Suami Keliru II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-keliru/).

Terima kasih admin sudi siarkan confession saya yang lepas.

Berlapang dada dalam membaca kesemua reply. Terima kasih semua.

Saya terima, hadam dan proses secara professional. Ada ruang saya juga membetulkan diri.

1) Soal gaji/pendapatan.

Saya dan isteri kedua-dua golongan professional. Keseluruhan income wife termasuk passive businessnya dalam 5.5k per month. Gaji saya termasuk 2nd job (business from home) around 8k per month.

Full expenses saya tanggung. Kecuali kos-kos kecil yang wife pelawa untuk tanggung. Contohnya bil wifi dan utiliti.

Installment rumah, petrol expenses 3 biji kereta kami, groceries, maintenance kereta, makan pakai, toiletries dan lain-lain berkaitan kami 3 beranak, saya yang tanggung. Ada kehendak-kehendak dia untuk beli, itu di luar tanggungjawab, ya ada dia beli.

2) Rupawan/daripada keluarga berharta.

Saya dan isteri datang daripada single income household. Di mana hanya ayah yang bekerja dan mak suri rumah. Kami berdua tidak terlalu senang.

Tetapi dibandingkan, keluarga saya stabil sebab saya tiada adik yang masih belum bekerja atau masih bersekolah. Kos hidup keluarga sebelah isteri, ada sebahagian ditanggung oleh anak-anak. Ini saya tidak masuk campur.

Urusan isteri, menggunakan pendapatan dia yang tidak saya berhak daripada segi agama. Isteri tidaklah terlalu rupawan yang buatkan saya tergila-gila sehingga sudi jadi hamba abdi tanpa sedar.

3) Perkakas rumah

Ya kami ada beberapa electrical appliances yang membantu hidup. Dishwasher. Mesin basuh. Dryer. Water dispenser dan sebagainya untuk memudahcara hidup kami.

Tapi, household chores yang memberat menjadikan electrical appliances ni run tanpa mampu menampung the amount of chores yang ada. Dishwasher contohnya, masih perlukan manual handwash untuk cover saki baki yang tak muat.

Wife punya perangai, even 1 sudu pon tidak akan basuh. Jadi bertimbun sinki dengan segala benda sampai melimpah. Load into dishwasher pon boleh kira dengan jari berapa kali dia buat.

4) Daily routine.

Ada suggest baju tak perlu basuh hari-hari dan sebagainya. Kenapa perlu asingkan baju dgn anak punya. Anak ada sedikit masalah eczema yang memerlukan penjagaan rapi daripada segi kebersihan dan sebagainya.

5) Rutin isteri memasak.

Dia utamakan bekal anak ke rumah pengasuh. Saya akan jd terakhir. Ada masa ada bahagian saya. Ada masa, saya tangan kosong, sekadar tolong angkat bekal dia dan anak load dalam kereta sahaja.

6) Penat menyusu anak.

Saya sedar dan faham. Sebab itu saya involve. Cuma itu bukan alasan. Ada background history kenapa saya frustrated dan rasa itu sekadar alasan. Mula kahwin, without any kid, ini sudah dia mulakan. Alasan senggugut yang kerap. Saya sabar.

Few months later, Allah rezekikan anak dalam rahim dia, dia kata penat sakit letih sebab membawa pembawakan budak. Hujung trimester, berat membawa perut. Okay it’s okay. Saya masih faham. Lepas ada anak. Begini pula.

7) Cuba untuk tidak buat.

Saya dah cuba. Dan dibalas dengan maki hamun, marah-marah 6am sebab dia bangun untuk masak bekal anak, tengok sinki penuh.

Malam sebelumnya saya tak nak buat sebab tak larat. Sekadar on masa muat dalam dishwasher, dan cleark basuh pam susu dia dan botol-botol anak.

Cuma sinki untuk pinggan mangkuk kami sahaja saya tak larat untuk clearkan (kami ada sinki asing, barang kami dan anak). Saya pilih clearkan sinki barang anak sebab perlu guna balik esoknya.

8) Cuba marah/tegur/nasihat.

Saya dah cuba slowtalk. Lepas bersama contohnya. Advice baik-baik. Curah hati lah orang kata. Tapi nothing. Dia perlekeh lagi ada.

Saya cuba jerkah. Marah. Tengking sekadar untuk menakutkan dan serius berkenaan ini. Dia perlekeh dan kata, kalau rasa tak tahan, go ahead. Dia tak kisah bercerai.

Saya dah cuba asing tempat tidur. Dia buat tak tahu. Saya pernah cuba stop buat semua benda, dia ignore dan end up saya sendiri tak tahan rumah serabut. So, I did everything already.

9) Kaunseling.

Saya pernah slowtalk dengan dia untuk ajak ke kaunseling. Dia perlekeh kata ridiculous semua kaunseling ni. Pointless. Waste of money and time. So saya opted for individual counselling berbayar.

Untuk tenangkan hati sendiri supaya emosi terkawal untuk handle situasi ni. Few times. Dia end up dapat tahu, and said “tu je lah hang boleh buat pon”. Which, saya tak faham apa lagi yang tak cukup.

10) Talak.

Saya pernah ke tahap cabar dia untuk ke rumah adik beradiknya berdekatan. Atas alasan saya nak jatuhkan talak biar ada yang saksi.

Saya ugut untuk tunaikan hasrat mulut dia yang berzikir untuk bercerai. Dia merayu, minta maaf dan sebagainya. Tak ulang lagi. Tapi end up, bila okay, dia akan naik kepala lagi.

11) Orang tua.

Saya santuni ibu ayahnya dengan sebaik boleh. Ayahnya sakit. Saya sama-sama EL dan terus balik untuk handle process admission, melawat, drive here and there. Sampai masa ayah saya sakit, dia tak dapat nak balik. Ada urusan kerja. Jadi saya ok. Decide balik untuk jaga ayah saya.

Few days, dia marah-marah. Kata saya tak sedar dah ada isteri. Buat macam bujang. Dia ugut, balik atau dia nak cerai. Ridiculous kan.

12) Ihsan semasa sakit.

Isteri bersalin czer. Ni peak dia dalam sakit yang teruk. Nak bangun pon susah. Saya sangat simpati dan ihsan. Dia sakit sebab melahirkan zuriat saya. Saya jaga tatang dia sebaik boleh.

Maaf cakap, even cuci kemaluan dia selepas buang air pon, saya buat semata taknak dia put pressure on the czer area semasa membersihkan diri. Mandikan dia.

Even dia buang air besar pon saya tunggu luar pintu, dan masuk lepas dia ready nak membersihkan. Takut. Takut isteri jatuh atau luka atau tumpah darah. Semua saya fikir dan cuba elak.

Sepanjang pantang few weeks pertama dia memang lemah. Susu pon tak ada. Jadi 1 minggu paternity leave memang saya manfaatkan untuk all out uruskan anak dan dia. Susu anak 100% saya handle. Masak untuk dia. Hidang sampai ke dalam bilik. Suapkan. Basuh balik. Everything.

Dia cuma baring rehat semata-mata. Dari anak hingga dia. Saya uruskan. Sampai kesihatan saya drop menyebabkan tonsil semakin bengkak, Dr advise untuk operate. Tapi saya hold memikirkan anak kecil dan isteri belum fully recover.

13) Saya operation.

Saya drive sendiri ke hospital sendirian. Saya duduk di hospital sendirian. Wife ada melawat. Saya faham dia nak uruskan anak. Saya taknak susahkan dia. Cuma saya harap bila balik daripada hospital, dia dapat drivekan saya balik.

Tapi dia nak balik kampung uruskan keluarga dia. Dan dari kampung dia terus balik ke rumah kami. Jadi saya uruskan discharge sendiri. Settlekan bil sendiri. Angkat barang sendiri. Menapak ke parking sendiri.

Saya yang baru sehari operation, esoknya drive sendiri 1.5hours balik ke rumah. Kantoi dengan orang tua saya. Sebab orang tua saya tanpa inform awal, datang ke rumah kami untuk tengok keadaan saya. Barulah mereka tahu saya drive seorang diri balik lepas operation.

14) Foundation marriage yang lemah.

One week after our wedding, kami duduk rumah yang saya sediakan. Sebelum nikah, saya tinggal seorang diri. Lengkapkan rumah untuk sambut isteri. Persiapan ni saya buat almost 1 year before kahwin. One week duduk di rumah tu.

Dia complaint jauh dari tempat kerja dia. Walau location kind of middle between tempat kerja dia dan saya.

Office saya around 30mins. Dia around 45mins. Dia insists pindah rumah serta merta. Maka kami berpindahlah. Dengan kos dan tenaga mengemas dan sebagainya 98% daripada saya.

Now distance saya ke office around 1hrs-1.5hrs, dia pula 15mins. Erti meratukan isteri kan. :) Sadly, dia tak betah duduk dia negeri tersebut. Around 1.5months duduk rumah baru, dia apply kerja di negeri asalnya. Interview online. Got accepted.

Dia terima dan decide untuk pindah seorang diri balik ke negeri asalnya. While saya, orang terakhir yang tahu. Selepas seluruh keluarganya meraikan dia kembali dekat pada mereka. Hancurnya saya masa tu.

Meluah pada orang tua saya. What should I do. Is this the end of my marriage? Should I proceed with divorce pada masa dan ketika itu? My mom, cried heavily over the phone.

While my dad, dengan tenang. Ikutlah. Kalau itu boleh menyelamatkan. Ikutlah. Kalau itu boleh membetulkan keadaan. Bertambah hancurnya saya, ayah masih cuba untuk neutral dan nasihatkan yang baik-baik.

Cut story short, Allah izinkan. One month later, saya dapat better job offer dan dapat duduk sekali.

15) Husband role.

Saya faham ada yang kata saya perlu tegas. Tapi kau akan mati akal untuk membarankan diri bila facing this kind of individual. Sedikit jiwa saya terdetik, wife maybe ada sedikit masalah mental. Narcissistic ke? I dont know.

Betapa saya mencuba untuk bagi ketenangan dalam household saya ni. Saya dah cuba improve daripada segi rutin apa yang boleh kurangkan lagi beban dia since dia masih terikat dengan menyusu anak. Saya sungguh faham. Cuma ya saya manusia. Ada masa saya juga penat.

Lets acknowledge it too. Let it slide even ada apa-apa yang tak teratur atau tak terkemas. Macam mana saya let it slide bila perlu kutip baju kotor dia yang dilempar atas lantai bila balik kerja.

Macam mana saya let it slide bila dia campak merata beg, barang atas sofa sampai nak duduk pon tak boleh. Macam mana saya let it slide bila saya perlu kutip kotak-kotak parcel yang dia dah buka tapi tinggalkan atas lantai, dengan pisau atau gunting.

Demi Allah, saya tidak memenangkan diri saya. Saya penuh khilaf. Cara saya sendiri salah daripada mula. Saya terima.

But past is past. I want to embrace it better. How to make it better for both of us. For the sake of our son.

Yang semakin cerdik.

Yang semakin besar.

Yang semakin tau memujuk.

He often pat my chest whenever my wife yell at me over small thing. Macam mana my son go slap her mom bila mana she nagging non stop at me.

Without me, myself yang ajar dia. Tidak ya.

Rasa kelakar tengok budak tu. But I know it is not right untuk buat macam tu dekat mak dia. So instead of feel i wont the battle, memang saya akan tegur anak. Light pat at his hand sebab buat macam tu dekat wife.

Gitulah hidup. Ye dak.

Allah aturkan these few years I am stuck at the dead end. With non stop marriage issues macam ni.

Berperang dengan emosi.

Hari-hari drive dengan hamun dia dekat whatsApp.

Jadi zikir pula.

Sampai wonder, hamun apa pagi ini? Topik apa pula? Gunting yang hilang? The one yang dia guna tapi tinggal atas lantai lepas buka parcel but she blame me because I took it and put somewhere else. Contoh ya contoh. Haha.

Okay that is all for now. Saya nak tidur.

Today, I reached my limit. Atas saranan agama, dalam pertelingkahan, maka saya asingkan tempat tidur kami.

Sadis juga tidur guestroom seorang. Anak takde dekat sebelah. Sambil hujan renyai-renyai dekat luar. Guruh sedikit. Petir sedikit. Sunyi setakat bunyi angin aircond semata.

How time flies, ya. How could I end up with life sebegini. Kah kah.

-Suami Atas Kertas, 09-05-2024 01.05am-

– Suami Atas Kertas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

38 Comments

    • First time comment in this website 🤣 MasyaAllah xsangka nak sibuk2 tinggalkan komen jugak ek. I just want to say that u are a great husband & dad. Kalau ada pertandingan, u deserve to be one of the winner. Lelaki teraniaya mmg ramai ya cuma mereka x bersuara. Lelaki baik ramai, tp mereka diam. Jd dunia xnmpk mereka wujud. Sy bersimpati dgn ujian encik. But i dont want to talk about solutions or opinion here. Just u are a great husband & dad…and… insyaAllah syurga untuk suami seperti encik. Kdg2 kita xhbis fikir why why why…tak hbis2 fkir mana silap, apa silap. Tp itu lah…ujian Allah itu kerana kita mmpu, Allah maha tahu. Allah kata kalau kita nak apa2…minta je padanya. sy doakan semoga Allah permudah urusan encik, ditenangkan hati & diberikan jalan keluar terbaik bg setiap masalah yg ada. Aaaaaamiin ya mujib.

  1. Dik, semoga segalanya selesai dgn baik. Berpisah bukan bermakna awak kalah atau menyerah. Bukan juga bermaksud anak kurang kasih sayang.

  2. Bang, tinggalkan lah bini toksik tu. Kawen dengan saya jelah.. saya rajin, pembersih, baik hati, comel pun ye jugak hahahaa.

  3. 1.enough is enough
    2.cerai je laa.dia x perlukan hg pn.dipergunakan je
    3.cari gf baru.hidup sekali mati sekali

  4. hi anon, anon dah buat yang terbaik dan termampu anon. sekarang, anon bertawakal. apa jadi pun selepas ini, anon dah buat yang termampu. semoga dipermudahkan semuanya buat anon dan isteri dalam menjalani hari-hari mendatang

  5. berat gila dugaan, asal bini dia jahat gila eh? asala pempuan jahat camni dpt laki baik gila?? pastu nnt risau abg ni jadi jahat pulak sbb bini dia

  6. Ya Allah apa punya perangai teruknya isteri abang ni. Kenapa saya selalu perasan, isteri perangai macam ni selalu dapat suami baik. Ini lah ya, dunia ni tak adil. Cerai je la isteri toksik macam ni. Terlampau banyak red flag. Tak reti nak hargai suami baik macam tu. Dah tahu perangai macam tu, pergi kahwin tu kenapa?

  7. di saat ramai struggle tk jumpa jodoh, walaupun lama bersiap sedia nk mendirikan rumah tangga, org yg dah berkeluarga pula byk buat hal mcm ni. Perempuan mcm ni tk reti bersyukur ke apa? tk faham lah

  8. semoga dipermudahkan urusan tuan. pilih keputusan terbaik untuk diri sendiri. terus kuat dan terus hidup. semoga tuan dapat kedamaian dalam hati tuan.

  9. Pendapat saya satu mungkin isteri encik ada masalah mental atau keduanya isteri tidak redha mendapat suami spt encik. Mungkin ada sesuatu dalam diri encik yang dia tak boleh terima Dari yang encik cerita dia nak pindah tinggal dekat dengan keluarganya, maknanya dia lebih pentingkan keluarga daripada perasaan suami sendiri. Mungkin dia taknak teruskan pernikahan dan terus terusan buat encik makin bencikan dia. Cuba tanya betul ke dia taknak kan encik. Bila perempuan dah tak suka, suami baik macam malaikat pun dia taknak.. tapi kalau isteri encik ada masalah mental, boleh bawa dia berubat ke doktor.

  10. Ya Allah.. nak nangis baca. komen saya sama macam komen komen lain dekat sini. why and why. Ujian Allah untuk abang kot.. di saat ramai perempuan2 baik yang takut nak kawin sebab takut jumpa lelaki takbaik sementara abang lelaki baik dapat isteri macam ni.. i wonder, tiada sedikit pun ke rasa kesian atau ehsan ye isteri abang ni dekat suami dia. kenapa kahwin at first? macam sesuatu.. istikharah lah bang, semoga abang dapat jawapan terbaik for all of you.

  11. stiap org ujian lain lain. sy pernah trduduk dgn ujian hidup sy. tapi apa yg sy boleh summarise kan, setiap ujian hidup kita terasa sesak, ksong & nakkan ketenangan je. at that time sy tkmmpu nk doa lebih2, cuma mntak Allah bagi Hati yg Tenang. then, minta Allah tnjuk kan Jalan & serahkan urusan Hidup hnya pda Allah. Cerai bukan solution. truskan bergantung harap pda Allah. sbnrnya Ujian hidup mcm ni lah yg buat kita tak lalai & mnghrapkan pertolongan Allah. klau hidup serba serbi perfect, mgkin doa/ibadah kita tak beria mcm tgh sakit skrg. Bersabarlah ya. insyaAllah ada ganjaranNya

  12. Some of my point on previous comment got answered here.

    Sedih membaca luahan saudara.
    Sesungguhnya, Allah hadirkan ujian pd saudara ni mmg sesuai dgn kemampuan saudara.

    Allah jodohka dengan isteri yang mencabar tapi Allah kurniakan anak yang bijak.MasyaAllah.

    How about hiring a maid?since income korang pon mampu.

    Apa yang saudara fikirkan tentang masalah mental tu, maybe.

    Mungkin jalan terakhir pujuk dia diagnos?
    Tapi dari gaya pmpn begini mmg susah nak admit dan relakan diri untuk jumpa psikiatri.

    Nak suggest baca buku, Susahnya hidup dengan manusia karya akif basri & asim hatta.Hope dapat memujuk hati saudara dalam keserabutan.

    Kami mendoakan yg terbaik buat confessor.

  13. semoga baik-baik buat encik.saya teringat tentang satu hadith. tentang isteri yang menyakiti suami nya
    Daripada Mu’adz Bin Jabal
    Tidak ada seorang wanita yg myakiti suaminya di dunia,melainkan isterinya daripada bidadari di akhirat berkata. ” Jangan engkau menyakitinya, Allah membunuhnya, sesungguhnya dia hanya sementara di sisi mu, hampir2 dia meninggalkan mu dan pergi kepada kami” riwayat Imam Al-tarmizi

  14. tinggalkan. bagi pengajaran pada isteri atas nikmat yg dia dustakan. jika itu jalan terakhir. mana tahu bila kehilangan nikmat, dia kembali di landasan betul.

  15. Cadangan 1-Minta tlg someone yg dia hormat utk tegur slh dia.
    Cad 2-Face 2 Face n beritahu u serious akan ke stage divorce if dia x nk berubah.
    Cad 3-Bila dia terbuka utk berubah bagi dia masa.
    Cad 4-Berdoa bersungguh2 spy dia berubah, bagi masa n lastly u tgk klu dia still x berubah then bolehla ke stage divorce.

  16. Isteri saudara bersikap ego, mementingkan diri malah bersikap kurang ajar dan biadap mungkin kerana beliau mempunyai pendapatan sendiri yang stabil dan berasa tidak kisah jika hidup tanpa suami. Maaf saya katakan, sekiranya saudara dan isteri faham tanggung jawab masing-masing menurut islam, isteri saudara menjurus kepada nusyuz dan saudara pula menjurus kepada dayus.

    Saudara sudah berterus terang dan cuba mencari jalan penyelesaian namun disambut sinis oleh pihak isteri. Adakah saudara tidak kisah dihamun oleh seorang isteri yang syurganya di bawah telapak kaki suami? Bacul jika begitu saudara.

    Saya tidak mahu menasihati saudara supaya berpisah dengan isteri kerana memikirkan anak-anak. Tetapi jika semuanya sudah dibuat sehabis baik namun keadaan pula sebaliknya, saudara sendiri tahu jalan keluar ada di tangan saudara.

  17. Saya dulu pun penat mcm tuan jgk dulu.Kami try ambil maid dari Medan, Alhamdulillah banyak membantu.anak2 x perlu hantar pengasuh dah.Banyak masak dapat diluangkan bersama

  18. Sy alami masalah yg sama dgn anda..
    Dulu konon nak tulis kat status.. Tp takut beliau terbaca.. Kemudian br jumpa page ni br2 ini.. Namun belum berkesempatan nak menulis panjang berjela mcm yg anda tulis..
    So.. I feel u bro..

    Perbezaannya kami suami isteri bekerja biasa2 jer.. Bekerja sendiri.. Makanya kami 24 dlm rumah mengadap 1 sama lain bertiga dgn seorg anak umur 3 tahun.. So selain masalah yg anda huraikan.. Utk sy bertambah lg dgn masalah kewangan yg x cukup utk sara kehidupan kami sekeluarga.. Mmg hari2 kais pg makan tgh hari, kais ptg makan mlm. Ada hari2 tertentu dpt durian runtuh, bolehlah utk makan 3 4 hari..

    Dia mmg x minta mcm2, yg bukan2.. Tp dia x berjimat.. Asal ada duit lebih, akan beli segala jenis makanan.. Yg viral2, yg agak mahal.. Dan dia sgt jarang masak.. Seminggu sekali pun susah. So samada sy akan masak ataupun terpaksalah order dr kedai.. Dan bila sy masak.. Selalunya pulak dia akan kata xkena selera dia.. Tetap nak kena beli juga..
    Setiap kali masa terluang dan ada duit sikit, dia akan ajak jln2 ke bandar cuci mata.. Bila dah cuci mata, kenalah juga belanja makan minum, beli 1 2 barang kehendak, tgk wayang dan beli mainan utk anak. Kalau x kena gaya, tidur hotel pula lps tu..

    Masa awal kahwin mmg byk benda dia buat.. Atau kami buat sama2/bergilir.. Tp makin lama, yg buat sama2 tu, dia dah x buat, so sy kena buat sorg.. Dan benda yg pttnya dia buat sorg, dia akan minta tolong sy buat.. Dan bila sy dah tolong buat.. Benda tu terus bertukar tgn jadi kerja sy pulak yg buat slps tu.. Makanya skrg hampir semua perkara dlm rumah, sy yg buat.
    So, yer.. Mmg ada bbrp perkara yg sy x buat langsung sbb xnak slps ni benda tu jd kerja sy.. Contohnya mengemop lantai. Masalahnya setiap kali dia terpaksa mengemop lantai, mmg mulut dia akan berzikir menyalahkan sy x tolong dia buat tu.. Rumah sy mmg dah tunggang langgang.. Sbb agak byk juga benda yg kami 2 2 xnak buat.. So mmg sy sgt stress..

    Bab membasuh mmg semua sy buat mcm anda.. Basuh baju, sidai baju.. Lps sy angkat dan letak kat penyidai dlm bilik atau longgok yg jenis kain pelikat. Mmg mcm tu jelah.. X pernah berlipat.. Baju x pernah bergosok.
    Pinggan mangkuk periuk belanga sinki dan botol susu anak semua sy basuh. Kalau kuali x basuh, dia x jd masak. Kalau pinggan x basuh. Dia basuh 1 jer utk dia guna, kalau nak guna. Botol susu anak berkeladak susu pun, dia akan bilas lebih kurang jer dan terus guna bg anak minum kalau dia terpaksa bancuhkan susu anak. Sbb bancuh susu anak tu pun kerja sy juga.. Termasuklah urus anak mandi, makan pakai anak dan pakaikan pampers anak tgh mlm.. Kalau lupa pakaikan pampers, mmg terkencing atas tilamlah. Dan mmg dia x heran pun kesan kencing anak tu.. Biar je anak tido situ lg tiap2 mlm.. Cadar, selimut dan tuala kami pun kalau sy x ambik basuh, mmg dia x ambik tau.. Kami pakai jela sampai sy dah x sanggup tgk. Terpaksalah sy basuh juga.. Mujurnya kurang kotor cadar kami sbb kami x bersama pun dah dekat setahun.. Nak harap dia minta utk bersama, mmg x pernah langsung sejak 6 tahun kawin. Bila sy ajak bersama pulak, asyik penat alasannya.. Ataupun xde mood.. Dan xde mood tu dia salahkan sbb dia pakai implanon, implant hormon kat lengan tu. Sampai sy dah jemu dan malas nak ajak dah.. Tp mmg sy sengsara..

    Bila time dia marah, mmg dia akan kata nyesal kawin. Kalau xde anak, dah lama dia cabut lari. Padahal bukan dia yg jaga anak pun.. Kalau dia terpaksa urus anak, kesian anak asyik kena marah. Sampai sy yg x sanggup nak bg dia urus anak.
    Mcm anda juga. Family sy hampir tiada yg bercerai. Semua pakcik makcik dan sepupu sepapat sy xde yg bercerai.. Alhamdulillah semua yg ketiadaan suami atau isteri hanya sebb pasangam meninggal.. Berbeza dgn isteri, sgt ramai ahli keluarganya yg bercerai berai.. Ibu dan bapanya juga bercerai. Sbb tu dia rasa x heran kalau cerai agaknya.. Cuma sy yg masih menahan diri dr melafazkan cerai..

    Kami juga dah 4 kali berpindah atas sbb2 tertentu.. Dan setiap kali berpindah dia akan minta pindah kerumah yg lebih besar, yg lebih mahal.. Dan inipun dia tgh berangan nak ajak pindah lg lps habis kontrak sewa hujung tahun nnti. Next dia nak cari rumah yg fully furnish pulak.. Yg rumah dah lengkap semua peralatan yg mn dia nak masuk rumah tu nnti lenggang bawa badan jer..

    Ada bbrp point lg nak ulas.. Tp cukuplah itu saja.. Papepun nak ckp, masalah kita sama bro.. Tq kpd semua yg komen luahan hati brader ni.. Sy akan cuba ambil pedoman dan jawapan utk brader ni utk diaplikasikan kpd masalah sy..

    Entahlah berapa lama lg hubungan kami boleh bertahan. Hanya Allah yg tau..

    Suami yg keliru dan tersakiti.

    • Salam, bro. Saya confessor. Terdetik untuk reply memandangkan situasi bro 90% menghampiri apa yang saya sedang alami. Saya sungguh struggle. Daripada mental, tenaga. Masa dan wang ringgit. Terlaly banyak saya dah korbankan untuk rumah tangga ni. PhD saya dah berhenti separuh jalan nak fokus pada menafkahkan anak isteri. Saya dah cuba sehabis baik menjadi support system terbaik untuk dia. Tapi dia tak sudi menjadi support system untuk saya.

      Moga ada jalan keluar untuk kita.

      Saya doakan bro diberikan ganjaran setimpal atas lelahnya dalam menafkahkan, atas sabarnya dalam menghidupkan tanggungjawab di bahu.

      Terima kasih atas reply bro. Saya appreciate.

  19. Dik.. akk bagi cadangan awak buat rawatan islam dulu. Cari org yg betul2 pakar boleh merawat.
    Takut dia ada guna sihir. Supaya awak ikut jaa kehendak dia. Akk juga pernah alami macamni. Seolah2 kita ni bodoh tak bertempat. Badan pun jadi rabak sebab penat. Dia pulak buat derkk jee. Makin menekan2 kita.
    Akk bnyk kali buat rawatan. Tapi bnyk rawatan mereka tak betul2 pakar merawat. Tiba yg terakhir kali ni selepas 26 tahun perkahwinan baru dpt kesan. Dia beri akk sihir penunduk dan patuh jaa cakap dia. Sedih tak tahu nak cakap.
    Padahal sblm 2 ni akk selualu juga buat rawtan rukyah.. tapi rupanya setiap kali dirawat syaitan tu menyorok sbb pergi sekali dgn suami ni.
    Selepas dirawat nii akk seolah2 bangun dari lena yang panjang. Banyak akk terkejut dgn kejadian2 tak terduga spnjg disihir ni. Sepanjang waktu disihir ni akk mengalami bnyk masalah terutama kesihatan. Lutut akk ni macam ada paku dan wajah akk jadi kehitaman berbelap dan gatal2. Rupanya ia meletak paku pd lutut akk dan miang buluh pd wajah akk. Kalau tengok perwatakkan macam org alim. Solat ke masjid tak tinggal. Mengaji tak miss hari2. Tapi rupanya. Sifat tamak nak menguasai tu merosakkan kita.
    Swkarang akk seolah2 berada di masa lalu. Setiap hari akk jadi sedih seolah2 kehidupan kita yg swpatutnya dia telah rampas. Sungguh akk tak redha. Hari2 akk doa allah balas perbuatan dia. Dan sekarang dia sedang menerima karmanya.
    Rawatlah diri awak sampai pulih. Tinggal kan isteri yg toxic tu. Bina kehidupan lebih baik. Akk doakan awak baik2 saja.

    • Ni sbb bini encik riak ni sbb dia ade duit gaji sendiri… Dulu bekas isteri pakcik sy pom gini la… Siap pakej berskandal dgn offiçemate… Last2 diam2 pakcik sy kawen lain… Dah kantoi dia suruh pakcik sy ceraikan no 2, mmg la pakcik sy ceraikan… Last2 dorg cerai sbb dia mintak cerai… Pakcik sy bahagia je skrg dgn bini no 2 tu, sbb wife dia ade kerja gaji besar pom jenis xriak… Dtg balik kg pom boleh msk dgm family ape sume… Bekas wife plak kene tinggal dgn scandal lepas dia cerai… Sampai rumah ape sume kene jual… Skrg bru la kenal keluarga kami, dulu klu dtg pom mcm jijik je rumah nenek sy tu… Tp nampak la dia makin berubah… Harap2 terus la berubah…

  20. Kesiannya tt. Apa kata tt balik2 keja tu cakap gini kat wife ” Awk, sy penat. Awk pun tanak jadi hamba suami kan. Sy ada 2 options sekarang. Hire maid atau bagi madu kat awk.”

    Dengan perangai wife gitu, nak berbincang pun susah. Tapi apa2 pun tt lebih kenal wife. Suarakan dkt parents dia, suruh depa pulak nasihat.

  21. Sorry unpopular opinion dari aku.
    Bini dia salah bab tak hormat suami, marah2 dan sinis je kalau ikut Islam. Bukan tugas isteri tanggung tugas dan penat suami. Jangan samakan adat melayu dgn hukum Islam yang anggap taat tu maksudnya wajib penat lelah untuk suami. Allah bagi lelaki lagi kuat ada sebabnya. Guna maid lah untuk mudahkan urusan harian. Lagi pulak bini pun kerja dan keluar duit untuk keluarga, bukan mengangkang. Masih mengandung, beranak, jaga anak dan masak sekali sekala. Masak bukan tugas isteri. Compare dengan suami2 biawak yang bangga serah semua dekat bini, bini tt masih buat lebih dari tanggungjawab beliau. Cuma salah dari segi adat melayu lah yang pantang dengar suami penat, bini senang lenang.
    Ada kemungkinan bini kawen terpaksa atas sebab2 tertentu, so tak kisah pun bab bersama atau bercerai. Banyak je perempuan bersama sebab wajib, bukan nak atau rela hati. Tt mungkin tak perasan kut bini pernah terasa, yalah bini tu tak cantik mana kan. Buat apa nak jaga hati lebih2.
    Nak ugut poligami, teruskan. Tapi bini yang tawar hati dan tak mau jadi hamba suami takkan peduli. Silap haribulan, dia cari luar dulu..

    • Salam Mr/Mrs/Ms Arta. Saya confessor. Ada sedikit khilaf dan lontaran emosi dalam reply cik/encik.

      Pertama. Saya faham makna tugas. Sebab itu tidak pernah sesekali saya rungutkan bab tugas sepanjang bernikah. Sebab itulah saya masih setia untuk buat.

      Kedua. Saya frustrated hanya atas kadar tidak taat/hormat/kurang ajar. Yang di mana confession ini hanya bertujuan untuk mendapatkan sudut pandang orang luar yang adil dan tidak berat sebelah memmandangkan tiada details diri kami suami isteri yang saya kongsikan.

      Ketiga. Ugutan poligami tidak pernah saya keluarkan dalam confession saya. Jika dibaca kedua-dua confession, sudah saya pesan bernikah lain bukan penyelesaian dan menjatuhkan talak bukan keutamaan. Saya hanya perlukan sudut pandang berbeza daripada orang luar daripada cycle kami. Jika ada yang saya boleh perbetulkan daripada pihak saya, saya akan buay. Dan jika ada cadangan untuk mengatasi demi memperbaiki kami suami isteri saya akan cuba.

      Keempat. Tidak ada rupa maka tidak perlu dijaga hatinya? Jika benar saya berpendirian begini, dari awal saya tidak akan menikah dengan dia. Ikhlas saya terima dia seadanya. Begitu juga dalam sihat dan sakitnya saya santuni seperti telah dijelaskan. Jika rupa adalah sandaran kebaikan saya kepada isteri, tidak akan terjadi confession ini sebab daripada awal saya tidak akan berbakti/menyantuni dia sebegini rupa.

      Jadi mohon maaf saya sedikit tidak bersetuju reply cik/encik yang tidak menepati confession saya dan sedikit hiasa atas komen cadangan orang lain yang dipukul rata ke atas saya.

      Terima kasih atas reply. Masih ada yang boleh saya pelajari.

    • Maaf cik arta. Saya seorang isteri, yang juga bekerja, dan paling tak setuju kalau asyik diagung2 kan kononnya semua tugas dalam tumahtangga itu tanggung jawab suami sepenuhnya. Sedangkan si suami itu tugasnya yang sebenar adalah mencari nafkah, dan tanggungjawab isteri pula patuh dan taat jika suami meminta dia buat. Makanya jika suami meminta dia menjalankan kerja di rumah, apa alasan isteri utk tidak taat? Sedangkan kerja di luar rumah itu sebenarnya tidak perlu pun bagi wanita seperti isteri Suami Keliru ini, kerana nafkah ditunaikan sepenuhnya oleh sang suami. Kerja beliau hanya utk memenuhi kehendak beliau sahaja.
      Ini sudahlah nafkah diberi, tugas di rumah pun suami juga yang 100% buat. Maka apa jer tugas isteri tu? Takkan en Arta nak cakap sekadar melayan suami di tempat tidur? Takkan sedangkal itu tugas isteri ? Layanan kepada suami perihal makan minumnya bagaimana? Layanan yang menyenangkan hatinya, bukan kah tugas isteri. Layanan memberikan ketenangan kepada suami dengan menyediakan rumah yang kemas, bukankah tugas isteri ? Kalaupun nak kata itu bukan tugas isteri, bukankah sepatutnya bersama2 dilakukan, sebab kerja pun bersama2.

      Saya pun dulu menyusukan semua anak , tapi saya memasak, saya buat separuh kerja rumah, manakala yang tidak terbuat barulah dibuat oleh suami. Suami nampak tak sempat basuh peralatan mengepam, suami saya akan buat. Adakala saya sempat, saya buat sendiri. Bukan menghumban semua kerja atas bahu suami. Suami pun tahu erti penat. Maka penat itu kami kongsi..

  22. Assalamualaikum.. harap apa yang saya akan sampaikan membantu dalam rumahtangga tt.. Soalan drp mulut tt sama macam soalan suami pernah ajukan kpd saya dlu “apa lagi yang tak cukup?”. segala yg saudara buat, itulah yg suami saya buat tp pada waktu tu saya sendiri tak pasti kenapa saya tak boleh pandang wajah suami saya. Semua benda rasa tak kena.. dia tengah minum air kosong pun saya rasa nak marah.

    Bila jauh rasa bersalah tapi bila berdepan rasa marah. Suami ajak kaunseling tapi saya taknak. Sampai satu tahap suami ajak jumpa ustaz. Tiba2 ja ustaz datang rumah. Daripada situ, saya minum air penawar dan sentiasa amalkan doa pendinding.. kami pagar semula rumah.. hati saya makin rasa lembut.. suami ajak jemaah sama2 selalu. Alhamdulillah.. saya dah takde rasa marah ataupun sakit lagi.. sampai sekarang suami akan tiup doa pelembut hati dekat saya setiap malam…

    Mungkin saudara dan isteri boleh pergi berubat juga utk ambil air penawar.. Semua dengan izin Allah.. Saya doakan semoga hubungan saudara dan isteri bertambah baik.. Amin…

  23. Suami keliru tak rasa nak poligami? Tak rasa nak cari isteri yang lebih baik? Lebih cantik? Melayan makan, pakai, tidur, urus anak dan rumah lebih sikit?

    Baiknya…. Teruskanlah baik tu. Apa sangatlah nak jaga anak sorang dua, masak basuh, kemas.. kenapa berkira lelah sangat.

    Baiknya… Sampai rasa tertekan.. teruskanlah baik tu, ikut je arahan dan sombong isteri tu… Sabar kan dapat pahala.

    Cuba dengar cerita pengaduan daripada pihak isteri pula, lagi banyak xpuas hati, sampai masalah dengan keluarga mentua pun keluar…

    Buang ego. Kalau nak gaduh pun buatlah, apa baik sangat… Kalau dia baik kenalah baik. Tak pun cari alasan nak tinggalkan dia urus anak dan rumah. Keluar 4 bulan.

  24. Saya seorang yang pembersih sampai tahap saya tak boleh buat kerja jika sekeliling saya tidak bersih. Tetapi saya ada habit dari kecil, tinggalkan cawan atas meja lepas minum (ni selalu bila malam nak tidur ), atau letak tudung di atas para atau mana2 sementara nak masuk ke bilik. Personality tt sama seperti suami saya yang tak boleh tengok barang2 yang bukan ditempatnya. Saya struggle untuk perbaiki habit saya, kita memang selalu gaduh untuk kecil2 ni, kadang saya kesian juga dengan anak2 sebab setiap kali suami balik, mainan semua mesti kemas rapi dalam almari.

    Suami saya juga sgt rajin, dari awal kawin, saya mmg tak pernah buat kerja rumah yang suami buat. Contohnya bab baju semua suami yang jaga, dari basuh, sidai, angkat, lipat, iron sehingga la simpan kembali dalam almari. Jadi saya berpendapat untuk biarkan kerja rumah yang suami boleh buat, jadi saya uruskan yang lain, eg. Masak, mop rumah, basuh pinggan, basuh tandas dll. Saya juga bekerja, kami berdua bekerja dlm bidang professional.

    Cuba bezanya suami saya tidak banyak cakap, bila dia tak suka, dia akan silent treatment saya. Jadi saya la yang terkulat atau emosi dalam mencari dimanakah salah saya.

    Kami sudah hampir 6 tahun tapi ada kala rasa sayang yang melangit, ada kala saya redha dengan jodoh Allah beri ini. Tapi yang pasti setiap perkara saya akan jelaskan pada suami. Sebagai contoh, saya akan beritahu suami yang kita bahagi2 tugas, saya tak tolong dalam penjagaan baju dan lain2 yang suami buat.

    Pendapat saya, dalam islam tu tugasan rumah bukan tanggungjwb isteri, tetapi sudah menjadi budaya orang kita yang mana semua pun dibebankan pada si isteri. Apa yang TT rasa ni, sebenarnya adalah perasaan semua isteri yang mempunyai suami yg tidak membantu dari segi soal kerja rumah, jaga anak mahupun sokongan emosi.

    Cuma satu amalan saya yang beri saya banyak berlapang dada & memperbaiki habit adalah dengan solat tahajud. Suami saya pun seorang yang sangat ego tetapi saya nampak dari hari ke hari kita sama2 berubah, cuba memahami satu sama lain, buang habit pasangan tak suka.

    Semoga yang baik untuk TT sekeluarga. Kami juga dalam fasa jatuh dan naik.

    • Mulakan baca 1 hadis dalam rumah setiap hari, kalo isteri takmo dengar, tuan baca ditempat yg isteri boleh dengar, sebaiknya beli kitab muntakhab ahadith n baca hadis2 dlm tu setiap hari dirumah. Atau boleh mula cari jemaah keluar 3 hari untuk belajar2 agama atau paling utama, solatlah di surau @masjid setiap kali waktu solat. Sesungguhnya lelaki yg solat di tempat azan dilaungkan membawa pulang rahmat kerumahnya. Hanya agama yg dapat melunakkan hati yg keras 🌹In shaa Allah

  25. Rasanya bini tu memang ada masalah psikologi. Ciri-ciri personaliti yang suami ceritakan tu memang menunjukkan tanda-tanda bini tu sedang mengalami masalah psikologi. Yang penting, suami jangan salahkan diri. Cuma kena jaga diri sendiri juga. Biar bini tu fikir sendiri macam mana nak improve kan diri dia sendiri kalau dah jenis susah sangat nak bawa berbincang. Semoga Allah merahmati semua dalam urusan kita yang juga kita minta sangat Dia permudahkan. Serta semoga selalu berada dalam perlindungan, pemeliharaan dan kasih sayang Dia selalu. Jaga diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *