Andai Masa Itu Boleh Diputarkan

Hai, aku Air Kotak (bukan nama sebenar) umur 37 tahun sekarang.

Kalau korang yang masih belum berkahwin, dan bercita2 nak menamatkan zaman bujang, dan tak kire, janji dapat kahwin, korang patut baca cerita ni sampai habis.

Aku perempuan, yang tak pernah bercinta dengan mana mana lelaki sebelum ni, atau tidak ada lelaki pon yang pernah cakap nak berkawan dengan aku.

Dan aku assume tidak ada lelaki yang suka aku.

So, nak dijadikan cerita, oleh kerana aku nak sangat berkahwin disebabkan ayah aku masa tu dah lama sakit. Takut ayah tak sempat nak tengok aku kahwin,

Selepas 7 bulan ala2 kenal dan bercinta kami decide untuk kahwin.

Cop, sebelum tu. Waktu selepas bertunang, aku memang nampak the true colour. Padahal sebelum tunang aku nampak semuanya indah belaka, bagaikan di syurga.

Namun oleh kerana sudah tunang, oleh kerana tak mahu meremukkan hati tunang, keluarga tunang, dan apa2 yang berkaitan, aku decide untuk berkahwin tanpa fikir apa yang akan jadi di hari kemudian.

True colour dia apa?

– Tak solat.

– Claim tuhan macam tuhan tu kawan kau.

– Baran tak tentu pasal.

Ingat ye wanita yang bakal berkahwin.

Kalau ada antara ciri di atas tolong laa solat taubat, solat hajat minta sungguh2 dengan Allah. Supaya diberikan petunjuk.

Jangan ingat lepas kahwin kau boleh ubah dia..

Jauuuhh sekali ye. Kita tak boleh ubah sesiapa pun. Ingat tu..

Biar lambat asalkan selamat.

Betul sangat tau pepatah ni. Biar lambat kahwin. Asalkan selamat jumpa jodoh yang betul.

Kita nak kahwin bukan kejap ye.. Ingat tu.

Andai masa tu boleh laa aku undur.. Aku nak pergi waktu zaman single. Aku nak doa sungguh sungguh, sebab aku tak nak menangis di kemudian hari.

Aku penat ye..

Biarlah cari suami walaupun yang bukan pakai kopiah 24 jam, tak pe.. Asalkan ko cari suami yang faham agama.

Bila suami yang faham agama dan amalkan agama, insyaAllah, kau selamat. At least kalau suami ko baran, tapi solat tak tinggal, adalah benda yang ko boleh banggakan..

Cuma better sangat cari yang solat dan tak baran. Tu ko beruntung sangat.

Dah 10 tahun aku kahwin, aku rasa hidup aku sama, mungkin ada la berubah tp tidak ketara sangat.

Aku masih belum ada anak dan masih tak tahu apa fungsi aku berkahwin sebenarnya.

Dan dalam hati aku, aku sering menyesal, menyesal pilih suami. Dan kadang aku selalu fikir nak cerai.

Cumanya aku masih waras fikir buruk dan baik. Namun hati aku sekarang ni sebenarnya dah hancur.. Remuk, berkecai, kemudian di gam semula dengan gam uhu..

Dengan hati yang menyimpan dendam yang tak hilang, masih bertahan, walau kadang ada air mata, tapi masih bertahan.

Sebab apa dendam? Hanya wanita yang pernah berkahwin dengan lelaki baran je yang tahu, bagaimana diorang ni beraksi..

Sekarang ni aku hanya doa. Allah bagi aku jalan dan bagi aku nampak hikmah diatas semua yang ditakdirkan.

Aku doa moga ada pahala, dan aku boleh masuk syurga atas tiket sabar.

Atau mungkin suami aku berubah 70% menjadi suami yang diidamkan.

Sebab aku pon, bukanlah solehah benar, nak dapat suami yang soleh.. Namun aku ada impian itu..

Doakan aku ye… Komen yang murni2 mungkin ada tips yang aku boleh apply, atau kata motivasi yang boleh aku pegang dan beri manfaat.

Terima kasih. Semoga segala doa yang baik2 berbalik kepada kalian.

– Air Kotak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sis klu dah nampak terang2 tu xperlu solat hajat mintak petunjuk dah… Terang2 dah boleh angkat kaki… Ni salahnya org kita… Nampak terang lg bersuluh pom still nak solat istikarah la solat hajat la konon nak mintak petunjuk.. nak mintak apenya lg… Dah ditunjuk tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *