Assalamualaikum .. terima kasih admin kerana approve. Bila nak raya ni aku jadi rindu sangat kat arwah abah. Aku ingat lagi tahun 2010 , seminggu sebelom raya puasa , aku merajuk dengan abah aku sebab masih tak belikan aku baju raya. Abah aku tahu aku merajuk , die cuba nak pujuk aku .Abah tanya , 150 cukup tak untuk beli baju raya ? Aku jawab mana cukup 150 nak beli apa. Aku kata sambil marah2, "baik jadi anak yatim senang kalau mcm ni, anak yatim dah tentu dapat zakat " . Abah aku diam je. Abah aku sgt garang orgnya. Tp aku tak tahu kenapa malam tu die diam dan xbnyak ckp. mungkin sbb tanda2 die nk pergi. abah aku polis . Malam tu die dpt call dr balai..ada kes dan dia kena bertugas .. Masa tu dah pukul 2 pagi. Dalam perjalanan abah aku ke tmpt kerja, abah aku excident dan cedera parah dan org call mak aku supaya pergi ke wad kecemasan dgn segera.

Masa tu aku rasa macm langit telah menimpa aku ,aku dpt merasakan allah telah memakbulkan "doa" aku td nak jd anak yatim. Allah tunai cash . Allahu ?.
Aku dan family bergegas pergi lawat abah, wayar berselirat di tubuh abah. Sungguh hatiku pilu ibarat ditusuk belati. Abah koma selama smnggu. Bila abah sedar dr koma, kesihatan abah dah xstabil sbb kecederaan parah masa excident. Abah meninggal sebulan selepas itu. Masa tu aku tgh struggle nak exam spm. 3 minggu seblom exam aku yg jaga abah di hospital. Walau aku dh cuba sehbs baik dgn jaga abah sblm mninggal tp smpai skg aku masih kesal. kesal dengan kata2 aku yg terlampau ikot emosi.

Sungguh aku tak nak jd anak yatim. Susah sangat takde abah. Dulu abah cakap, kalau aku dapat masuk u, dia akan belikan aku kereta. Tp abah pergi dulu sblm aku smpat SPM. Masa aku masuk universiti , org lain smua dtg ibu bapa mereka yg hantar.Tp aku , dtg dgn mak aku je naik bas. Bayangkan betapa susahnya pergi u naik bas. Sedih sungguh aku waktu tu. 3 thun aku di universiti, tu la kali pertama dan terakhir mak aku dtg. Tp aku xkisah… walau aku sedih. tp aku xpenah kata apa2 pada mak aku. Aku tahu , mak aku susah nak dtg jenguk aku. Sape nak bawak die. abah aku dah takde.

Dulu aku rasa abah ni tak penting sangat pun sbb aku lebih rpat dengan mak .Tp sebenarnya susah sangat bila abah takde.. Hargaila abah korang yg masih ada. walaupun die kdg xberapa rapat. tp sbnrnya die yg paling bnyk memainkn peranan dan jaga family kita. Al fatihah abah. Kakak rindu sangat abah. andainya abah masih ada. mesti kakak xsusah mcm ni. Tp kakak redha. allah lebih sygkan abah. maafkan kakak abah.

– cik bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

21 Comments

  1. Kita sama kak.ayah meninggal seminggu sblm raya 2015.lps trial exam spm. Tahu pom mase tgh belaja dkt skolah.ALLAHHU.berat dugaan.semangat nk blaja hilang .tp kutip balik bangkit balik :( .AL FATIHAH utk ayah

  2. Point yg besar adalah ambil sebagai iktibar dan pengajaran, jadikan sempadan dalam kita berkata2 dgn ibu dan ayah. Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah..sambung sendiri..

  3. Situasi kita hampir sama, tapi ayah saya meninggal sehari sebelum nak spm. Lagi perit. Sepanjang dia sakit saya yang jaga dia dekat hospital. Tak sangka sangat dia pergi dulu sebelum sempat tengok saya belajar, masuk uni dan grad masa hari pertama spm tu kalau boleh takna pergi, taknak jawab spm tp gigihkan diri jugak pergi. Jawab first paper bm time tu sambil nangis nangis tahan je nk bgn dari kerusi

  4. sedihnyaaa. ya Allah panjangkanlah usia makbapak aku untuk aku balas jasa diorang. untuk aku jaga diorang. taktau cemana lah hidup kalau diorang takde

  5. aku dalam position kau sekarang ni. cakap something we don’t mean, and then xde peluang nak minta maaf. aku rasa, itu balasan dosa kita kot, rasa bersalah sepanjang hayat sbb xsempat minta maaf kat org yg kita sayng.

  6. Takziah atas pemergian arwah.. Tp 1 je tnye betul ke 150 tu xcukup nk beli baju raya? Alahai..kalau dpt 150 utk beli baju raya dh brsyukur sgt dh dek oiii…

  7. Berdoalah semoga mereka di tempat kan di tempat yang terbaik. Saya rasa, walaupun mak ayah saya tak perfect depan mata orang. Tapi dia perfect depan mata saya cukup lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *