Tadi petang aku makan kat evoke sorang2, order kuew teow kungfu, lepas habis makan, aku kena habiskan milo ais aku pulak. Kenyang baq hang. Masa bersusah payah nak habiskan air, tiba-tiba dari jauh aku nampak kat luar cafe pakcik yang jual buah kt hs, dekat dengan dry area tu. Aku perati je dia. Pakai kopiah, kurus, badan membongkok sikit. Dia nak makan yong taufu. Tiba-tiba mata aku rasa cam pedih sangat. Rasa nak nangis. He is exactly looks like abah. Memang muka 100% tak sama, tapi kelakuan, badan sama macam abah. Mata memang dah panas, tiba-tiba jatuh la satu dua air mata. Aku cuba tundukkan kepala, supaya aku tak nampak dia. Aku tak nak nangis. Malu. Bila emosi dah stabil, aku angkat kepala, tapi bila aku angkat kepala, terus pulk aku ternampak pakcik tu. Hadoi, emosi jadi tak stabil balik.
Tahu kenapa? First Aku sayang n rindu abah. tapi aku tak dapat peluk cium dia macam mana anak orang-orang lain buat kat abah dia. Ayah aku penyegan. Anak dia pun satu, layankan je ayah dia yang penyegan tu. Sampai kesudah aku tak pernah dapat rasa macam mana rasanya seorang anak memeluk ayah dia. How it feel eh?
Kedua ayah aku adalah ayah yang sangat2 bertanggungjawab. Aku adik beradik ramai, sorang pun takde amik pinjaman PTPTN. And anak dia yang naif ni selalu takde rasa nak berkorban macam mana abah berkorban. Abah tak pernah lupa bagi duit belanja kat aku, abang, kakak, and adik beradik lain. Abah tak pernah nasihat kitorang untuk study biar berjaya, biar jadi doktor, biar jadi engineer. Dia selalu pesan kat kitorang takut Allah, buat semua benda kerana Allah. And sometimes anak dia yang bendul ni pun malas nak study. Yela, dia ingat ayah dia tak support dia supaya belajar sungguh2. Habis puluh ribu yang abah dah habis kan untuk duit makan, yuran, mahalah UIA ni ap der? Nasihat pada diri aku, n pada yang terbaca massage ni abah cuma sorang, sayangilah dia, kasihilah dia, dia pun ada perasaan even though dia selalu nampak macam takde perasaan. Abah I miss you, I love you. Anakmu minta maaf.
Apa komen korang tentang aku?
– Sis Tak Penyayang
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
hari raya nanti boleh salam cium tangan dan scara spontan peluk ayah…dpt peluk ayah ni rasa sangat lega tenang jiwa.try lah.mmng ayah malu tp bliau mmng sngt ingin pelukan dr seorang anak.time kecik die peluk cium kita.bila da besar.kita pulak kena peluk cium mereka.okay
haah betul tu … Lgi ayah segan nk peluk lagi kuat kite peluk Hahaha ciummm lagi .. Bila lagi nk merasa kn ??
ayah ku pulak dia selalu suruh urut2 tubuh2nya. masa tu la ayah ku tanya pasal pelajaran ke kehidupan ke. skrg jarang dah dia suh urut2, dia segan kot sbab aku dah besar. skrg sembang masa makan je. umo kami beza mcm siti ngan datuk k je.
Peluklah ayah selagi dia masih ada. Peluk lah dia. Sbb bila dia dah takde Allah je yang tahu mcm mana perasaan rindukan arwah ayah :( peluklah dia, hargai lah dia. Pengorbanan seorg ayah tu tak ternilai.
Abah kita sama perangai la…. Penyegan… And well, mmg xde maknanye fmily nak peluk cium ni. Kami tau kami syg sesama sendiri.
But itu kami… Kalian2…. do it while he is still with u… Mcm sy abah br pergi.. So dh xde peluang… …
Ayh sy dh xde sjk umur 19 thn..wlpn xpnh nk ucp kt 2 syg kt sy..tp ayh slalu tegaskn dlm hdp sy.jgn sesx lari pd maslah. Ksih syg ditunjuk melalui perbuatan. N sy membesar dgn semangat dn ksih syg yg arwh tgglkn n ibu sy sntiasa ad u sy..alhamdulillah..
Haha.nangeh terus baca.sama la..bila jenazah sampai kat umah.aku peluk puas2..arap2 pasni jumpa blk.aameen.