abah sensitif

Thank you admin. Aku nak kongsi cerita pasal abah aku. Aku dari keluarga yang sederhana. Adik beradik semua tak kawin lagi dan beesekolah. Ok, abah aku ni mmg garang dan tegas orangnya. Kalau cakap dengan dia, dia akan gelarkan diri dia "abah" atau "aku". Tapi kami takkan balas "aku" balik. Just gelarkan diri nama sendiri je. Lagi satu kalau abah marah semua perkataan tak baik keluar dari mulut dia. Sepanjang aku hidup kat dunia ni, tak pernah sekali pun aku tgk abah menangis walaupun hari raya. Tak pernah. Hati keras macam batu kot.

Tapi tahun ni berubah bila abah aku jatuh sakit. Sampai tak boleh berjalan dan bergerak tapi boleh sembuh dengan izin Allah tapi mengambil masa yg lama nak sembuh. Allah uji abah sakit.Tapi sejak sakit dia tu, dia tak berubah. Bila marah, cakap lepas depan anak. Tapi yang peliknya, abah makin sensitif. Cepat sentap, menangis. Haa sejak dia sakit ni la baru aku dpt tengok dia nangis. Mungkin abah sedih kot sebab tiba2 jatuh sakit. Aku anak dia pun rasa sedih. Selalu la tengok dia menangis. Ada satu hari tu, entah tiba2 abah nangis teresak2. Teruk kot nangis. Tak pernah abah nangis macam tu sekali. Nak tahu sebab apa nangis? Abah tengok satu video tentang keluarga dimana lelaki tua tu sakit macam abah aku sakit. Sama. Dalam video tu anak dia sayang dan jaga ayahnya walaupun ayahnya sakit. Jadi, bila abah aku sakit, dia terasa laa. Aku paham perasaan dia. so kami pujuk la jgn nangis dan bykkan bersabar.

Lepas tu ada la jgk nampak ayah nangis tapi aku tak mampu duduk sebelah dia walaupun aku teringin sangat nak peluk abah. Aku pergi biarkan abah sorang2 dan aku nangis sorang2. Aku dan adik beradik berusaha nak jaga abah walaupun kadang2 kena marah. Asal kena marah je kami sentap. Dan lepastu kalau abah minta tolong kami buat tak tahu je. Rasa bersalah gila sebab aku tak paham keadaan dia. Dan kami tak rasa apa yg dia rasa. Orang sakit biasanya kan suka marah. kalau tolong umpama tak ikhlas. Macam terpaksa jaga abah sakit dan kami selalu mengeluh.

Sampai satu masa aku jaga abah waktu malam, aku penat dan aku mengeluh. Abah cakap, "dulu masa korang kecik2 abah la jaga siang malam, cari duit nak bagi korang makan, bangun tengah malam buatkan susu. Tak mengeluh sikit pun. Tapi bila abah sakit, tak boleh bangun dan bergerak, korang tak jaga abah." Bila abah cakap macam tu, hati aku bagai dicarik dan koyak rabak. Sentap nak mati. Mengeluh jaga abah yang sedang sakit umpama terpaksa dan tak ikhlas utk menjaganya. Aku diam. Tak mampu berkata2. Aku menangis. Esoknya aku peluk abah, aku minta maaf. Sejak tu bila abah minta tolong, aku cepat2 dtg. Walaupun kdg2 kena marah, tapi aku diam je. Tak nak mengeluh. Sebab aku fikir abah sakit. Kadang nak jaga orang sakit dengan ikhlas memang payah. Kesabaran kena tinggi. Aku selalu berdoa supaya aku terus kuat jaga abah dan dapatkan keikhlasan. Buanglah ego tu sebab orang tua memang perlukan anaknya jika mereka sakit. Abah boleh jaga anak, tapi anak belum tentu dapat jaga abah.

Baru2 ni aku dengan abah tengok cerita hindustan. Cerita tu memang sedih. Tengok banyak kali pun air mata mesti melimpah. Tapi abah aku first time tengok cerita ni. Akhir cerita tu aku dengar orang nangis. Aku pandang belakang, tengok abah aku nangis teresak2. Alahai abah ni, sensitif betul sekarang ni. Aku diam dan bagi tisu. Kemudian aku cakap, tulaa lain kali jangan tengok cerita sedih2. Haha. Abah nangis je. Kelakar pun ada. Biarlah abah menjiwai cerita tu sebab cerita tu pun pasal keluarga bukan cinta cintun.

Sungguh, bila abah jatuh sakit kehidupan berubah. Ibu tak kerja. Abah la yang tanggung keluarga. tapi dah abah sakit mcm mana nak kerja. Mujur adik beradik ada yg dah kerja. Boleh tlg sikit2. Nasib baik ada simpanan. Tu pun kadang aku tAk reti nak bersyukur dengan nikmat rezeki yg allah bagi. bila Allah tarik balik nikmat yg Dia dah beri maka kita kena muhasabah diri balik.

Aku sayang abah dan keluarga aku walaupun aku tak tahu nak tunjuk sayang tu macam mana. Cuma aku harap aku boleh jaga abah dan abah boleh sihat. Rindu nak tengok abah berjalan semula.

Sayang abah.

– anak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Org yg sakit ni sensitif… Dia rasa diri dia menyusahkan org lain… Memang susah nak lari dari sifat mengeluh… Kalau kita rasa perasaan tu… Cepat2 kita minta maaf… Contohnya sebelum abah kita nak tido ker… Masa tu kita minta maaf… Peringatan utk diri sendiri gak…

  2. Jaga lah beliau selagi masih berkesempatan.
    Bila dah kehilangan nnt, ko tak kan rasa ralat sedikitpun.
    Telan je segala ayat2 yg menyakitkan hati tu.
    Pekakkan telinga.
    Gd luck, moga semuanya baik2 sahaja.

    #pengalamansendiri

  3. Same hereee.. ayah aku susah nk nampak time dia nangis and time bila dia sakit sebab eksiden 3 bln lebih terlantar kat katil sangat lah sensitif and emosi. But now alhamdulillah dh boleh bergerak and berjalan.. i love you ayah.

  4. Sakit hati tu skjp je kat dunia ni, syurga tu la yg kekal abadi. the more you fight and endure it, mujahadah la ni.. Moga terus istiqomah dlm berbakti kpd kdua ibubapa mu

  5. Bila ibu kena operate because of relapse cancer stage 4 dua tahun lepas,aq rase bersyukur giler sebab Allah bagi aq peluang jaga ibu..aq fikir positif wlau setiap masa aq menanges masa tu..tapi aq x pena nmpk ibu menanges masa tu mungkin sbb dye nak act strong depan kiteorg..i look like a crazy girl muka serabai baju x terurus masa jaga ibu kat hospital but dalam hati ni tenang sgt dpt teman ibu masa dye perlukn aq..setiap kata2 aq jaga supaya x sakitkn hati dye..semua pendapat or benda dye ckp,semua aq iye kn wlau aq x setuju..u dont know the feeling bila kita hampir kehilangan ibu kita..semua benda dlm dunia ni aq sanggup bagi asalkan ibu sihat..alhamdulillah she is still here with me till today….

  6. We are in a same situation confessor Betul,orang sakit nie sensitif. Cepat sentap. Kalau dia marah pun,buat dunno je. Jangan melawan. Kadang-kadang sbb keadaan dia yg buat dia jd macam tu. Berbaktilah selagi abah masih ada. Besar pahala jaga orang sakit. Thats why aku tabik gila umi aku. Jaga abah tanpa mengeluh sikit pun Semoga abah confessor cepat sembuh and same goes to my abah. Amin

  7. same la kite.abah jth bln 10 thn lpas tu msk icu operate stay spital lbh kurg 2 bln.doc ckp abh kna strok pastu lumpuh sblh bdn belah kiri.abah dlu askar so mmg garang la.lpas skit ni memg totally berubah la.kuat marh kuat nangis.memg same mcm ayah confessor.ktorg dok umh pprt tu so katil abah memg dok kt ruang tamu la btoi2 dpn tv.raya hr tu ad cite seutas gelang emas ke ape tak silap kat tv3.rupenye abah tgok cite tu ingatkn tido.mlm tu abah ckp kt adk aku kluarkn duit dr akaun bank bli kn emas utk mak.smpi mcm tu skali.dia tgok majalah 3 pernah siar pasal tanjung malim syurga makanan trus dia kata lepas shat nnt nak pg syurga makanan.FYI abah x blh mkn ikot mulut.just minum susu ikot tiub sbb doc x bagi lg abah makn guna mulut buat masa ni.so confessor i feel u.we’re in the same situation tho.kna bnyk sbr dan hati kena ikhlas nk jg org sakit ni sbb kdg2 memg mencabr ksabaran.so keep it up.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *