Abang Aku Robot V

Untuk part I, (https://iiumc.com/abang-aku-robot/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/abang-aku-robot-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/abang-aku-robot-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/abang-aku-robot-iv/).

Pada tahun 2017, masa tu mak ngah aku lahirkan baby sulong, dan dia berpantang di rumah aku, mak aku jagakan.

Si Robot ni kebetulan dapat cuti seminggu cuti kebajikan sebab baru pulang dari operasi masa tu.

Masa balik je dia terkejut ada sepupu baharu. Dia campak beg terus pergi tengok.

Lepas tu mak aku cakap lah mak ngah berpantang di sini. Lepas tu dia keluar aku tak tahu dia pergi mana.

Balik je… Dia bawak balik batu sungai yang entah dari mana dia rembat. Lepas tu dia beli ikan selar kuning banyak giler.

Dia pun tanya mak ngah aku dah makan belum. Mak ngah cakap belum dia pergi siang ikan dekat dapur lepas tu bakar dalam 3 ekor.

Sambil tu dia panaskan batu sungai tu dia prepare daun lengkuas cengkudu dengan sireh. Untuk bungkus batu tu. Part sireh tu aku kena sound dengan dia.

“Kau belajar je tinggi daun kaduk daun sireh kau tak kenal. Itu daun kaduk lah penyamun.. aku nak sireh”

Last2 dia yang carikan…

Lepas tu dia siapkan kan nasi panas ikan selar bakar dengan lada hitam tumbuk.

Mak ngah aku makan lah dengan selera.

Kalau hari lain dia masak sup sayur, sup sawi sup lobak..

Kadang daging bakar itu pun sikit dia bagi dia kata takut mak ngah gatal.

Stokin askar hijau dia yang dalam plastik dia suruh mak ngah pakai selimut askar warna hijau dia tu pun dia bawak balik dia suruh pakai.

Malam2 dia tuam dekat mak ngah aku. Tuam kaki tuam dekat perut. Pak ngah aku ni pulak takut2 nak buatkan.

Dia lah pergi listkan barang bagi pak ngah aku suruh beli dekat kedai jamu. Suruh beli pilis lah apa lah.

Masa tu aku baru tahu rupanya pilis ni yang tampal dekat dahi ada jual kedai jamu.

Pak ngah aku ni first dapat baby dia jadi takut2 si sulong ni lah duk guide suruh buat itu ini.

Kami anak beranak panggil dia pak bidan. Kerja hakiki askar part time bidan.

Dalam masa seminggu tu dia punya lah jaga macam anak raja dia jaga mak ngah aku.

Adik2 aku ni kalau buat bising sikit je. Habis lah kena jeling maut.

Kipas malam2 tak bagi buka sebab nanti masuk angin. Dia punya overthinking tu lain macam.

Sekarang sepupu aku tu dah besar, kalau sepupu aku nakal je mesti dia sound.

“Kau cantik sikit perangai. Kau kecik dulu berak kau aku basuh tau”

Geng2 sepupu ni kalau ada dia mesti behave giler. Lepas makan pinggan tak basuh dia bebel.

Dia jadi serba tahu sebab masa dia kecik dulu dia duduk dengan nenek angkat dekat johor. Jadi dia selalu ikut opah dia pergi jadi bidan mengurut orang bersalin sebab tu dia tahu.

Dia lah yang tentukan apa boleh makan apa tak boleh makan. Segala pantang larang mak nenek straight giler.

Kalau nak mandi serum tu daun lengkuas aku terambil daun bunga kantan dia bebel..

Aku mana tahu kadang tertukar kot. Sabar je lah. Daun nak buat mandi herba tu dia lah yang duk cari dekat semak dekat rumah orang. Memang part cari daun tu memeng detail giler @@!#

Mak ngah aku ada cakap. Masa dia takde dekat rumah. Kalau gini gaya along jaga aku hari2 nak beranak lah macam ni.

Kalau orang tanya masa pantang ambil upah bidan mana. Mak cik aku cakap lah anak saudara yang tolong jaga kan time dia balik.

Aku akui dia memang pakar pasal herba pasal hutan ni sebab itu kerja dia hari2, dia ni nampak macam jantan tapi tu lah dangdut suka sangat dengar.

Kalau dalam kereta dia… ada dua versi musik je.. dangdut rhoma irama dangdut zaman dulu2 lepas tu rock mat saleh macam linkin park, scorpion.

Tapi dangdut tu memang dia suka sangat dengar..

Aku tak kata dia sempurna ada je kelemahan dia macam math ke memang dia tak reti. Kalau bab kira2 memang dia out…

Itu je lah aku nak kongsi. Terima kasih kerana sudi membaca ragam Si Sulong aku ni yang tak ada perasaan ibarat Robotcop.

– Izah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ko sbnrnya kagum gila kt abang sulong ko kan dik? Ko tabik Spring kan kt dia. Skrg dia dah kawin ke? Cite biar habis la😂

  2. Settle semua bab cerita abg robot awak sis haha. Menarik eh!. Dari cara awk cerita neh mcm serba serbi dia tahu. Semoga awk sentiasa bersyukur dikurniakan abg mcm tuh. Bebel2 tuh biasa lerr janji hatinya baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *