Abang, Boleh Adik Tegur

Assalammualaikum semua. Terima kasih admin kalau siarkan confession ni. Umur aku 25 tahun. Aku ada abang berumur 29 tahun. Sorang adik lelaki, sorang adik perempuan masih bersekolah menengah. Ibu aku meninggal dunia lepas bersalin adik aku yg bongsu.

Aku nak tanya pendapat pembaca, apa yang aku silap dalam menegur abang aku? Dari abang aku mula universiti, dia selalu bawa perempuan masuk rumah dan masuk dalam bilik dia pintu berkunci. Masa tu aku masih lagi sekolah menengah. Ayah aku selalu tak balik rumah sebab dia driver lori.. nak kejar duit lebih. Termasuk tahun ni, dah 10 tahun abang aku buat macam ni.

Aku mula menutup aurat dengan sempurna masa aku 22 tahun. Sebelum tu aku freehair , tapi tak pakai ketat atau seksi. Cuma jeans longgar dan t-shirt besar abang aku je. Selama ni aku tak tegur sbb aku tahu, aku tak perfect. Tapi baru-baru ni perempuan tu sampai tinggal kat rumah aku. Bila ayah aku balik, diorang tinggal tempat lain. Ayah aku kerja, diorang tinggal sini. Jadi aku pun beritahu ayah aku untuk nasihat abang aku.

Tapi bila abang aku tahu, yang aku inform ayah aku… dia naik berang. Dia kata kat aku, “Dik, kitorang repair laptop je ek dalam bilik. Please get ur facts right before u think we did something like s**. Come on la. Kau pun bukan alim. Takat baru start pakai tudung bawal dan belajar solat je kau dah kecoh tegur orang. Kau silap la dik. Sebelum tegur orang, kau cermin diri kau dulu. Kau tak boleh kondem orang nanti orang lagi taknak berubah.”

Mula-mula aku fikir aku tak salah. Sebab aku “care” pasal abang aku. Dia ahli keluarga aku, dia bukan orang luar. Jadi aku bertanggungjawab untuk tegur dia. Dan aku rasa, kalau tunggu diri aku perfect baru nak tegur.. makdudnya sampai kiamat pun aku takkan tegur. Sebab tak ada manusia yang perfect. Nabi Musa pernah membunuh orang, kemudian bertaubat , tapi tetap beri peringatan. Nabi Yunus juga pernah buat silap. Apa tah aku ni yg manusia biasa lagi banyak buat dosa. Takkan aku nak berhenti memberi peringatan? Perlu kah tunggu sampai seorang tu perfect baru boleh menegur?

Itu apa aku fikir pada awalnya. Tapi sekarang aku mula termakan kata kata abang aku. Aku mula rasa aku tak patut beritahu ayah aku. Aku rasa diri aku ni tak layak nak bagi nasihat kat sesiapa pun. Salah ke apa aku buat? Perlu ke aku minta maaf pada abang aku sebab aku beritahu ayah?.

Masa aku freehair dulu, aku pernah kena baling dengan batu sebab aku tak menutup aurat. Tapi aku langsung tak marah pakcik tu. Sebab aku tahu, memang patut aku kena baling dgn batu.. sebab aku buat silap. Aku langgar hukum Allah. Dia tegur aku, aku kena terima dgn hati terbuka. Masa tu dahi aku berdarah, sampai sekarang masih ade parut. Aku tak pasti pakcik tu nyanyuk ataupun apa, sebab aku pun tak kenal dia siapa. Aku tengah lalu nak pegi 99speedmart tiba tiba je dia baling batu 2 kali kat aku sambil jerit jerit suruh aku tutup aurat.

Aku fikir, kalau langgar hukum kena kecam. Kalau berubah pun kena kecam. Lebih baik aku berubah je.. sekurangnya takda la dahi aku berdarah lagi. Aku bukanlah jenis yg ambik port pasal dosa orang lain. Kawan-kawan aku masih ade yang pergi club. Kalau aku ter mencarut depan diorang, diorang tegur aku pun aku terima. Bagi diorang, walaupun aku dah berubah, diorang tetap kawan aku dan diorang kata diorang je yg boleh mencarut. Aku tak boleh sebab aku bawa imej perempuan muslim.

Kena tegur dengan batu, aku terima. Kena tegur dgn kawan pergi club juga aku terima. Tapi abang aku, dia keluarga aku. Aku taknak menuju ke syurga sorang sorang.. sebab tu aku tegur.. tapi jadi aku yang salah. Aku sayangkan kawan2 aku, aku sayangkan keluarga aku. Tapi kenapa aku tegur dgn lembut dikatakan aku ni salah dalam menegur.. sedangkan apa aku cakap…

“abang.. kalau boleh jgn dekati zina… berdosa bang.. adik sedih..”

Wahai pembaca.. ajar lah aku bagaimana tegur yang lagi lembut.. aku tak tahu sebab aku kena tegur dengan cara ganas baru aku berubah. Terima kasih.

– Adik

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *