abang da kakak aku – 8:44 AM

abang da kakak aku

Assalamualaikum
Fisrtly, terima kasih kerana approve confession ni
Aku ada seorang abang dan seorang kakak. Masa aku kecil aku selalu kena pukul dengan abang dan kakak aku. Aku selalu kena cubit, tampar, sepak oleh mereka. Abang aku pernah tolak aku kena bucu pintu dan kepala aku berdarah, mula-mula dia kalut jugak dan bila ma dan abah aku tanya abang aku suruh cakap yang aku sendiri jatuh. Aku ingat lagi yang kakak aku pernah koyak buku sekolah aku, aku salotape balik setiap helai yang dia koyak sambil nangis. Bila cikgu tanya kat sekolah aku cakap adik aku yang koyakkan. Kalau aku kena pukul, aku tak bagitau pun kat ma dan abah aku sebab aku takut nanti abang dan kakak aku akan pukul aku lebih teruk. Kadang-kadang ma dan abah dapat tahu jugak yang dioarng pukul aku then diorang kena marah tapi lepas tu aku kena balik. Duit belanja sekolah pulak aku kena bagi separuh dekat abang aku. Dulu-dulu, belanja sekolah Rm1 je tapi aku hanya ada 50sen untuk belanja sekolah, Aku ada seorang adik lelaki dan adik perempuan, mereka pun selalu kena macam aku tapi diorang ni jenis melawan sikit. Ada masa tu abang dan adik lelaki aku bergaduh. sebenarnya kakak aku pun selalu kena pukul dengan abang aku, bila dia kena pukul then dia lepaskan geram kat aku pula. tapi dia dia kadang-kadang akan lawan balik abang aku. Boleh dikatakan abang aku adalah 'big boss' dalam rumah tu. Banyangkan, bila kami adik beradik duduk kat sofa then abang aku datang nak duduk, yang lain semua bangun dan bagi dia duduk.

Tapi tu semua cerita dulu, bila aku masuk sekolah menengah diorang dah kurang pukul aku tapi diorang selalu suruh aku buat tu buat ni. sekarang ni umur aku dah 23 tahun dan diorang pun tak macam dulu dah . Tapi aku rasa benda apa yang diorang buat kat aku dulu affect aku sampai sekarang. hubungan aku dan abang dan kakak aku jadi sangat akward, aku tak boleh nak bergurau senda dengan diorang. bila diorang suruh buat something, aku akan automatik buat tanpa melawan, walaupun dalam hati aku ni panas. Sekarang diorang pun dah kerja dan selalu belanja aku makan. Aku sebenarnya happy sangat bila diorang belanja aku makan haha mungkin boleh tebus balik kesalahan diorang kat aku dulu hehe. Tapi tulah aku macam krik-krik sikit dengan diorang.

Kakak aku rapat dengan adik perempuan aku, kadang kadang aku jaelous dengan adik perempuan aku tu. Walaubagaimanapun, aku memang rapat dengan adik lelaki dan perempuan aku, kalau balik kampung aku suka lepak dengan adik-adik aku. Tapi sekarang aku kesian dekat abang aku, sebab dia macam tak rapat pun dengan adik-adik dia, kalau jumpa pun cakap benda-benda penting je. Aku tak tahu aku dapat rasakan abang aku sebenarnya nak rapat dengan kiteorang, tapi tak xsemudah tu sebab jauh disudut hati kami, parut tu masih lagi ada.Aku just berharap hubungan kami adik beradik semakin rapat.:((

– Erin

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *