Abang & kakak ipar yang bahagia.

Salam semua. Dua tiga hari ni asyik terbaca cerita sedih je mengenai konflik keluarga.

Saya pum nak kongsi cerita mengenai abang saya juga. Harap kite semua dapat ambil iktibar dan contoh.

Abang saya abang sulung. Banyak tanggungan adik2 yang masih belajar (satu ketika dahulu waktu mula-mula kahwin dengan kakak ipar saya) . Walaupun bukan abang yang tanggung kami adik beradik secata total, tapi abang sentiasa membantu abah. Kadang-kadang terfikir juga mesti kakak ipar dulu terkejut masuk family kiteorang yang ya ampun ramai ni.

Waktu raya, abang dan kakak ipar tak pernah lupa belikan baju raya untuk adik-adik dia. Setiap sorang dapat baju baru. Walhal time tu ingat lagi gaji abang tak lah besar mana. Orang kata baru nak hidup. Tapi yang kami semua respect dengan dua-dua ni adalah disebabkan karakter mereka yang saling melengkapi satu sama lain.

Apa yang abang & kak ipar saya beli untuk mak & abah, benda yang sama juga lah dibelikan untuk mak & pak mentua dia. Sama like sama brand, sama warna. Size je tak sama. Pernah dulu pergi ziarah rumah mak mentua, mengekek mak saya ketawa bila tengok kasut & handbag besan dia sama dengan dia punya.

Kak ipar saya pulak, pantang belikan set pinggan mangkuk baru untuk mak dia pasti terselit satu set yang sama untuk mak saya. Bukan setakat tu , setiap kali belikan baju untuk mak dia pasti ade satu bag juga untuk mak saya. Kalau bulan ni dah bawak mak abah saya makan luar jalan2, bulan depan pasti giliran mak & pak mentua.

Dah lebih 20 tahun berkahwin, tak pernah saya nampak dua-dua ni berkasar dengan orang tua. Cara dorang memuliakan ibu bapa masing2 sangatlah saya kagumi. Dari gaji yang cukup2 makan sampai lah hidup senang lenang. Adik beradik semua alhamdulillah selamat habis belajar dan mula berkerja dan membina rumahtangga masing2 walaupun ada yang belum bertemu jodoh tp alhamdulillah semua bekerjaya.

Pernah saya tanya abang saya apa rahsia hidup dia bahagia dan mewah. Jawab dia "pegang hati orang tua..doa dorang takde tandingannya. Bahagia kan mak abah & mak ayah mertua. Jangan lokek dengan adik beradik & ipar duai. Harta kita ni pinjaman dunia je. Ingat Allah ingat tanggungjawab. Priorities."

Bila saya tanya kat kak ipar soalan yang sama, jawapan yang saya dapat pun sama. Dia kata "sejak akak kahwin, keluarga abang dah jadi keluarga akak. Akak tak pernah nampak awak semua sebagai 'alah just adik ipar'. Tapi akak anggap awak semua adik akak tak kurang tak lebih macam adik-adik kandung. Kalau abang boleh sayangkan mak ayah akak dan keluarga akak macam mana dia sayangkan mak abah dia dan awak semua, kenapa pulak akak tak boleh buat benda yang sama? Bahagia tu bukan kita aje rasa. Bahagia tu tengok orang lain bahagia dengan kehadiran kita."

Saya terdiam. Betul apa yang dia kata. Saya nampak kehidupan mereka. Saya nampak jatuh bangun mereka. Saya nampak apa yang mereka buat untuk sampai ke tahap hidup yang sekarang. Apa yang saya tahu dua dua berhak untuk hidup bahagia dan mewah begitu. Sifat abang & kakak ipar yang saling bertolak ansur dan menghormati orang tua. Dua2 tahu tanggungjawab masing2.

Yang paling saya kagum, walaupun sudah lebih 20 tahun berkahwin, perangai mereka masih tak berubah. Waktu pulang ziarah mak abah, abang pasti menghulurkan duit saku untuk mak abah. Dan kemudiannya akak ipar akan hulur juga sampul lain. Mak akan tanya " ehhh tadi abang dah kasi. Awak tak payah lah kasi."

Nak tau apa akak ipar saya jawab? " itu duit abang. Memang tanggungjawab dia. Ni duit saya. Mak boleh shopping extra sikit bulan ni hehe."

When i look at her, i pray to allah if one day i were to be blessed with marriage and parents in laws, saya berdoa saya boleh mencontohi mereka dan saya boleh mengasihi orang tua suami saya sepenuh hati seperti mana saya mengasihi mak abah saya.

Kunci hidup ni senang. Yang suami perlu tahu tanggungjawab dia. Memang betul tanggungjawab suami lebih kepada kedua orang tuanya. Tapi kalau suami tahu kalau dengan memualikan orang tua tu kunci rezeki yang besar, pasti suami takkan mengabaikan keluarga isteri juga.

Ada empat mak ayah kan lagi untung sebenarnya. Ada empat doa AT LEAST yang sentiasa follow kita.

Untuk hati2 yang terluka sebab konflik keluarga, saya doakan semoga Allah sembuhkan hati2 yang terluka. Moga Allah gantikan dengan orang yang lebih memahami & menyayangi.

– nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

760 Comments

  1. conclusion psl ipar ke adk brdik kndung ke sumer yg aku bce mlibatkan duit..if kte byk duit kte rse bshagia..terus label org tu baik org tu bahagia…pdehal duit tu lah pemusnah sgalanya..

    • Bukan duit, rezeki. Tak semua org byk duit tu bahagia. Org yang bahagia, berkongsi rezeki dgn org lain. Duit tu pemusnah, kalau kita yang bawak dia ke arah kemusnahan. Duit tu takde akal, kita manusia yang berakal ni yang kawal.

    • Ada btul jugak ckp sis, kita kalau baik mcm mana pn, hormat mcm mana pn, kalau kita x ada duit, x belikan apa2, mmg pandang kita sebelah mata ja

    • Huhu mgkin org pndg baik hormat bgus bila ada ‘duit’ je . Cuba org yg x ada duit tp sifat dia baik penyayang amik berat , tp x pernah hulur duit knon nya . Ada org nak layan? Nk puji melambung ? Hmm dunia .

    • Sbb tu org kata duit mmg xdpt beli kebahagiaan..tp dgn duit kita dpt bahagiakan org kesayangan kita…cth nk apreciate org trsayang kita so kita nk buat sumtin kita kena beli sesuatu itu arau bahan2 kita nk buat itu..nk buat kek kt dia pon kena beli bahan2 nk buat kek tu, nk bwk jalan pon kena simpan duit dulu sikit2..so mmg duit bkn segala2nya tp segala2nya kt dunia skrg ni kena ada duit sekurg2nya, kna simpan duit….☺☺

    • Tak perlu kaya untuk memberi.. Semuanya terletak pada hati.. Kalau ada sikit, bagi sikit.. Itulah kunci kepada kemurahan rezeki.. Duit bukan pemusnah.. Tp bg saya kedekut dan tamak itu lagi pemusnah..

    • Apa kata kita pula yang tak payah pandang isu duit tu dalam mana-mana cerita dan fokuskan kepada sifat adil, ehsan dan saling mengingati dalam cerita ni. Bayangkan dorg ni org miskin tp still tak lokek berbelanja utk kedua-dua belah keluarga. Berbelanja tu tak semestinya duit. Belanja masa dan perhatian pun dikira belanja jugak.

  2. Ahmad Farhan tu sbb stiap.kali blik sne..sy xpnah miss bg mak abah duit..berkat..n adik ipar tgguvraya sure dpt walo xbyk n walo rmai..insyaAllah rezeki bersama

  3. Alhamdulillah. Cuma nak tanya abang sulong dan kakak ipar nana tinggal sekali dengan parents ke asing? That’s the very important point kat sini kalau nak compare and relate dengan kisah2 sebelum ni.

    • Bagi saya, penulis ni bcerita bukan for the sake of comparing ataupun nak relate. Mungkin sekadar nak menghiburkan balik hati hati kita yang sedih + sakit hati dengan cerita cerita sebelum ni. Biasa lah, jalan cerita setiap marriage lain lain, ada susah dia, ada senang dia, penting nya kat sini kita belajar dari semua ?

    • Kalo tinggal sebumbung hatta dgn ibubapa sekalipun, pasti ada konflik. Inikan pula dgn mertua. I’ve seen this happened to my sister, only ALLAH knows how she survive for 20 years till now just because she is not a “menantu pilihan”. Mak saya pernah berpesan, walau sesusah mana kita biar kita berumah sendiri, jangan serumah. Pengalaman yang baik kita jadikan tauladan, sebaliknya jadikan pedoman.

    • Sya sebumbung dgn mertua… setakat ni xdk masalah… klau kluar shopping brang dpur mak mertua siap tnya nk mkn apa amik la.. tp sbg menantu kena pndai mainkan peranan… msak n kemas rumah… ikut kehendak mertua.. inshaa Allah lpas ni nk cri rumah sndiri… lg pun baru kawin xckup duit nk cri rumah sndri lg… lgpun gji suami cukup2 mkn je

    • Shahrina My yup sis… “Bkn mnantu pilihan ” byk kisah camtu, buat la baik cane n pegang la cane pon hti org tua still deorg xkn trime sbb bkn pilihan, dlm kes ni rezki die dpt mertue yg baik n lmbut hti, sng la nk pegang hti org tue .

  4. Alhamdulillah…bahagia begini yg setiap pasangan mahukan…saling menghormati dan tolak ansur.. hidup bermuafakat.. Semoga bahagia hingga ke jannah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *