Salam semua. Dua tiga hari ni asyik terbaca cerita sedih je mengenai konflik keluarga.
Saya pum nak kongsi cerita mengenai abang saya juga. Harap kite semua dapat ambil iktibar dan contoh.
Abang saya abang sulung. Banyak tanggungan adik2 yang masih belajar (satu ketika dahulu waktu mula-mula kahwin dengan kakak ipar saya) . Walaupun bukan abang yang tanggung kami adik beradik secata total, tapi abang sentiasa membantu abah. Kadang-kadang terfikir juga mesti kakak ipar dulu terkejut masuk family kiteorang yang ya ampun ramai ni.
Waktu raya, abang dan kakak ipar tak pernah lupa belikan baju raya untuk adik-adik dia. Setiap sorang dapat baju baru. Walhal time tu ingat lagi gaji abang tak lah besar mana. Orang kata baru nak hidup. Tapi yang kami semua respect dengan dua-dua ni adalah disebabkan karakter mereka yang saling melengkapi satu sama lain.
Apa yang abang & kak ipar saya beli untuk mak & abah, benda yang sama juga lah dibelikan untuk mak & pak mentua dia. Sama like sama brand, sama warna. Size je tak sama. Pernah dulu pergi ziarah rumah mak mentua, mengekek mak saya ketawa bila tengok kasut & handbag besan dia sama dengan dia punya.
Kak ipar saya pulak, pantang belikan set pinggan mangkuk baru untuk mak dia pasti terselit satu set yang sama untuk mak saya. Bukan setakat tu , setiap kali belikan baju untuk mak dia pasti ade satu bag juga untuk mak saya. Kalau bulan ni dah bawak mak abah saya makan luar jalan2, bulan depan pasti giliran mak & pak mentua.
Dah lebih 20 tahun berkahwin, tak pernah saya nampak dua-dua ni berkasar dengan orang tua. Cara dorang memuliakan ibu bapa masing2 sangatlah saya kagumi. Dari gaji yang cukup2 makan sampai lah hidup senang lenang. Adik beradik semua alhamdulillah selamat habis belajar dan mula berkerja dan membina rumahtangga masing2 walaupun ada yang belum bertemu jodoh tp alhamdulillah semua bekerjaya.
Pernah saya tanya abang saya apa rahsia hidup dia bahagia dan mewah. Jawab dia "pegang hati orang tua..doa dorang takde tandingannya. Bahagia kan mak abah & mak ayah mertua. Jangan lokek dengan adik beradik & ipar duai. Harta kita ni pinjaman dunia je. Ingat Allah ingat tanggungjawab. Priorities."
Bila saya tanya kat kak ipar soalan yang sama, jawapan yang saya dapat pun sama. Dia kata "sejak akak kahwin, keluarga abang dah jadi keluarga akak. Akak tak pernah nampak awak semua sebagai 'alah just adik ipar'. Tapi akak anggap awak semua adik akak tak kurang tak lebih macam adik-adik kandung. Kalau abang boleh sayangkan mak ayah akak dan keluarga akak macam mana dia sayangkan mak abah dia dan awak semua, kenapa pulak akak tak boleh buat benda yang sama? Bahagia tu bukan kita aje rasa. Bahagia tu tengok orang lain bahagia dengan kehadiran kita."
Saya terdiam. Betul apa yang dia kata. Saya nampak kehidupan mereka. Saya nampak jatuh bangun mereka. Saya nampak apa yang mereka buat untuk sampai ke tahap hidup yang sekarang. Apa yang saya tahu dua dua berhak untuk hidup bahagia dan mewah begitu. Sifat abang & kakak ipar yang saling bertolak ansur dan menghormati orang tua. Dua2 tahu tanggungjawab masing2.
Yang paling saya kagum, walaupun sudah lebih 20 tahun berkahwin, perangai mereka masih tak berubah. Waktu pulang ziarah mak abah, abang pasti menghulurkan duit saku untuk mak abah. Dan kemudiannya akak ipar akan hulur juga sampul lain. Mak akan tanya " ehhh tadi abang dah kasi. Awak tak payah lah kasi."
Nak tau apa akak ipar saya jawab? " itu duit abang. Memang tanggungjawab dia. Ni duit saya. Mak boleh shopping extra sikit bulan ni hehe."
When i look at her, i pray to allah if one day i were to be blessed with marriage and parents in laws, saya berdoa saya boleh mencontohi mereka dan saya boleh mengasihi orang tua suami saya sepenuh hati seperti mana saya mengasihi mak abah saya.
Kunci hidup ni senang. Yang suami perlu tahu tanggungjawab dia. Memang betul tanggungjawab suami lebih kepada kedua orang tuanya. Tapi kalau suami tahu kalau dengan memualikan orang tua tu kunci rezeki yang besar, pasti suami takkan mengabaikan keluarga isteri juga.
Ada empat mak ayah kan lagi untung sebenarnya. Ada empat doa AT LEAST yang sentiasa follow kita.
Untuk hati2 yang terluka sebab konflik keluarga, saya doakan semoga Allah sembuhkan hati2 yang terluka. Moga Allah gantikan dengan orang yang lebih memahami & menyayangi.
– nana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Firdaus Daus..in sya Allah kte bley..skrg pn alhamdlillah
Alhamdulillah menantu pemurah, mertua bersyukur..kalau menantu je pemurah tapi mertua tak bersyukur macam kisah sebelum ni, cerita lain pulak. Apepun, ini contoh yg sangat baik utk kita semua
Alif Shaiful Bukhari “pegang hati org tua , doa dorang takde tandingannya .. bahagiakan mak abah dan mak ayah mertua ..” things that i alwayss reminds you ..
Intan Faizul. Adib Furqan Bin Shahudin
Siti Rahayu Mohamed
Hmmmmm
Ekin Yasin lega sikit if baca kisah cmni :D
Setiap org pasti ada jalan hidup yg berbeza, kita yg tahu mcm mana nak mencorakkan kehidupan kita. Semua org nak jodoh mcm ni semoga Allah pertemukan kita dgn jodoh yg baik2.. aaminn
Safuan Alias
Worth to share. So much value.
Aiman Halim
Afiq Jazzny jom kte jd cmni.
Motivated!
Mock Syahmi good example
A must syg
Raja Mohamad Hafizuddin Hasif Abdul Rashid Hanif Abdul Rashid Tengku Mohamad Anwar Tengku Norazlan
Amirrullah Bin Rohaizat
Farhanhawa Yan
Asrulrezal Asri
Nice sharing ????
Ahmad Muizz Contoh yg baik
InsyaAllah awak.
Kita sama-sama jaga tau.
Okay sayang, sama sama ingat mengingati ?
Ya Allah kurniakan kami lelaki biasa2 ini isteri yg sedemikian
Saling memuliakan ibubapa kedua-dua pihak amalan adil lagi mulia :-)
Wah..mcm kakak Zuhafizah Zaki n abg Khairul Hashimi Mahamad…
Kan… Siti Mazidah Ahmad Zaki n Nurul Khairiah Ahmad Zaki…
Thanks alot kakak n abg simi..hihi
Ahmad Faizuddin
Massita Awang
Boleh jadi contoh ni. InsyaAllah
Muhamad Azizi Ahmad Zaki
Mohd Khairul Saharan baca dua perenggan akhir pun dah cukup
An Najm
Awang Hasmuni
Alhamdulillah cerita yg baik utk dikongsi. Tp rezeki dan dugaan setiap org xsama. Yg memainkan peranan Utama dan bijaksana adalah seorg suami.
Nik Auni Nazurah
Mohd Izharuzzaman tambah sikit lagi penuhkan lemari dapur mak..
Yusni Yatim Tuan Nasron u all the best.
Ashraf Aizzuddin inspiring
Balkis Misman
inspired :)
Ini maksudnya masing-masing menjalankan tanggung jawab dan tidak ada yang mengambil kesempatan. Semua orang bahagia. Tidak ada yang membuli dan tidak ada yang dibuli.
Al Husaini
Afnan Zainudin
Xiong Da harap kita sama2
Zam Ody
Sapik Benzani
Muhammad Idham Shamsuddin
Zue Zakaria
Ejoy Joy
Ibu bapa kunci segalanyer…dekt bukn kunci nyer…
Muhammad Ilyas nanti baca ni tau
Dah hehe
Dia bukan compare cerita dia dengan orang lain. Dia cerita untuk iktibar. Well, cerita ni actually bagus untuk panduan hidup jugak.
semua kisah kita x sama… tp ambik iktibar atas kisah org lain… ada org baik 2 aje ngan keluarga mentua.. ada org mcm seteru jer ngan mak mentua… dulu ada kisah pelik pada satu keluarga… setelah suami n isteri bercerai… emak pada si suami.. aiitu bekas mentua pada sang isteri …memilih utk tinggal dgn bekas menantu dr anak lelaki nye sendiri…
Ismail Nazaruddin
Yatim Mustapha… insyaAllah panduan utk future
Muhammad Fakhrurrazi
Hmm ok pasni mak awak sy blikan handbag dgn mak sy skali ye. Tp utk awk xde handbag, plastic bag je tw.
kahkah diamah
Amirah Syafiqah Rosli haha g buat air sana n readykan kari ayam dua belas mangkuk utk aku pat
Mohd Firdaus
Sha Ril boleh jadi panduan kite, inshaAllah!
Nur Nazarith Sofia Yusfariza Robiaai
Seputih Qaseh Nurul Binti Yusof Noorhasliza Binti Yusof Ekin Yusof Nur Halimah