About TaWe, bersyukurlah – 8:38 AM

About TaWe, bersyukurlah

Salam brothers and sisters sekalian, tak lama lagi nak start sem baru and adik adik baru akan daftar kat IIUM. Tahniah bro ucapkan.

Mesti ramai adik adik yang buat research kat Google pasal IIUM kan? Especially pasal orientation week.

Kat IIUM ni we call it as Taaruf Week (TaWe). Bro dulu pun macam anda, sebelum masuk IIUM bro saja google pasal taaruf week ni. Dari blog blog yg bro baca, banyak yang kata penat lah,menyeksakan lah, frustrating lah.

Pada mulanya bro percaya semua tu, lagi lagi bro ni direct intake. Lagi banyak perkara yang mengganggu fikiran. tapi setelah bermulanya TaWe, segala tanggapan bro meleset.

Jika nak dibandingkan orientation week waktu bro kat asasi dulu,lagi dahsyat dan torturing berbanding TaWe. Seriously.

Baik bro ceritakan pasal orientation week waktu asasi dulu.

(Maaf jika apa yang akam diceritakan ini macam provocative, tapi niat bro hanya nak kongsi pengalaman and bukan nak aibkan siapa siapa)

Dulu daftar pagi,tengah hari dah start orientation week. Turun bawah dah kena maki hamun dengan senior. Org kata first impression reflects the whole thing kan? And benda tu memang betul. Bro dah agak this orientation week will be hell.

Balik dari dewan pukul 10, okay lah kan konon konon dpt balik awal. Sekali, rupanya lepas balik dari dewan ada pula perjumpaan kat atas jalan tar depan kolej. Kena maki hamun lagi dgn senior. Sebabkan sorg yang buat salah, semua kena tahan sampai pukul 2 pagi. (Berterusan selama 5 hari berturut turut).

Dah lah pukul 2 baru boleh naik bilik,pukul 3:45 siren dah bunyi sebab kena turun pukul 4:15.

Dalam dewan pulak, nak tidur tak boleh. Nak bercakap dgn org sebelah pun tak boleh. Nak main phone, apa tah lagi.

Lepas tu, gap yg ada antara talks hanya dipenuhi dgn lawak bodoh oleh committee and maki hamun oleh (mostly) committee yg emotional unstable all the time.
Kami faham anda penat, bertungkus lumus tapi apa salahnya berbudi bahasa, ye dak?

Kalau time makan, bygkan baru je dpt makanan, committee dah berdiri sebelah kau terpekik pekik suruh kau cepat habiskan makanan.

Serious rasa macam kambing dalam kandang.

Peraturan dia sangat strict. Sangat stressful and menyiksa jiwa raga bak hang.

Sebab tu bagi bro, taaruf week sangat lah relaxing and menenangkan, tak kelam kabut. Segalanya teratur.

Committee pun senyum je, CAC best,
Penat tu normal lah kan? Nasihat bro, bykkan minum plain water.

Jadi bro rasa student IIUM yg dok kutuk kutuk, merungut, whining pasal TaWe ni, tak bersyukur.

Sebab they never had it worst.

Jadi awak awak yang akan daftar next week tu, jangan risau sangat pasal taaruf week okay?
Just stay positive and ingat tujuan awak masuk IIUM.

1st day awak kat IIUM, niatkan untuk Allah. Dan nak bagi ibu bapa awak bangga dengan kejayaan awak.

Jazzakallah

– Brother A

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *