Abu Hasan Si Pencuri

Salam semua. Aku Hasan, kebetulan tengok cerita P. Ramlee. Pakai je lah nama ni. Sebenarnya aku nak tanya pendapat para pembaca budiman semua. Wajar ke tidak….

Aku lepasan U, grad 3-4 tahun dah. Jurusan ekonomi pengurusan. Belajar atas biasiswa Mara jadi memang takde komitmen hutang.

Lepas grad kerja sekejap di bahagian retail. Sempat merasa gaji tetap. Dapat simpan 4-5 ribu untuk motivasi sendiri. Sewa bilik basic, cukup la untuk aku sorang.

Tak lama kemudian bapak panggil balik. Tolong dia berniaga kedai runcit kat kampung. Kedai kecik je tapi ada pembeli tetap setiap hari. Diorang ni peniaga juga, jual laksa nasi lemak kuih kuih kat kampung. Jadi kena buka kedai setiap hari.

Pukul 7 pagi mesti dah buka. Tutup 1 tengahari. Dulu mak tolong, tapi sejak ada cucu baru mak banyak duduk rumah jaga anak abang ngah. Percuma.

Sejak aku tolong kat kedai, baru tahu sales harian boleh tahan. 6-7 ratus tak lari. Sabtu Ahad cecah 2k. Minggu akhir bulan puasa haritu sales harian 2-3k.

Lepas tolak kos beli barang, baki bapak serah semua kat mak untuk belanja rumah. Aku? Bapak diam je tak cakap apa-apa pun pasal gaji.

Bapak ni jenis tak banyak cakap. Balik kedai dia tidur kejap. Solat Zohor dan makan. Lepas tu main phone. Baca quran. Zikir. Tidur. Bangun solat Asar. Minum kopi pastu ajak aku ke kedai borong top-up barang kedai.

Malam lepas Isya’ dia tidur awal. Bangun awal, pergi kedai awal. Macam tu lah rutin dia. Aku pun kena ikut jadual dia.

Semua ok kerja kedai takde masalah. Yang buat pening sekarang ni aku segan betul nak buka mulut minta gaji kat bapak.

Makan minum rumah semua bapak tanggung. Apa aku nak, bapak cover time beli barang. Sabun syampu aiskrim segala mak-neka, semua bapak bayar. Maybe bagi dia tak perlu lah gaji kot.

Wei aku malu nak tanya gaji sebab kadang bila tengok muka bapak rasa kesian pun ada. Hidup dia habis semua kat keluarga saja. Tapi aku pun nak berkeluarga juga. Nak ada simpanan.

Masa mak pujuk balik kerja dengan bapak, ada la mak cakap kedai tu aku dapat bila bapak takde nanti. Aku ye kan je. Tapi dah masuk setahun lebih, simpanan pun tinggal sen saja. Siapa tak panik.

Mak cakap rumah pun aku jaga nanti sebab abang kakak semua dah kahwin ada rumah sendiri.

Bukan nak kutuk tapi rumah pusaka ni dah dekat 40 tahun korang bayangkan macam-macam hal nak kena urus. Anai-anai tikus semua ada. Dengan takde simpanan macam mana lah nak renovate rumah ni.

Masa balik dulu, simpanan aku habiskan untuk deko bilik bujang. (Konsep luar setinggan, dalam kondo). Baru lah semangat. Anak buah semua aku haramkan tak boleh masuk bilik.

Bil rumah semua mak bayar. Time raya bapak beli semua barang dapur. Abang kakak datang lenggang kangkung. Masuk rumah kemas, balik rumah kecah.

Pasal renovate rumah memang diorang lepas tangan. Bapak pun diam. Pintu pecah cucu tendang pun dia diam saja. Abang Long pun diam buat tak faham padahal anak dia punya kerja. Bab tu aku malas nak ulas.

Ok, balik pada masalah kewajaran tadi tu. Dalam bulan puasa haritu aku geram. Kerja macam kuli. Angkat tepung, kacang, pulut, bawang, kentang. Lencun buat kerja tapi takde gaji.

Last-last aku ambil (curi?) duit sales RM30 sehari. Sabtu Ahad aku pau RM50. Semua masuk bank. Buat semangat nak kerja. Nak beli baju raya. Semangat aku pilih baju raya.

Tiba time nak bayar, aku letak balik. Sebab aku pun tak tahu apa status duit tu.

Termenung tepi longkang kejap. Otak blank. Puasa tapi curi duit bapak. Last-last beli roti John buat buka puasa. Balik tu aku kesat air mata. Ada duit tapi bukan duit aku.

Nak cerita kat mak, baik tak payah. Nanti dia bagitau abang kakak, hmmmm habis kena ceramah anak soleh lah.

Eh memang nasib anak bongsu kena buli macam ni ke?

Pendek cerita, wajar ke tidak tindakan aku? Korang rasa macam mana? Kalau isteri tu pernah juga dengar hadith boleh ambil sekadar perlu. Kalau anak?

Tolong la jangan kecam aku yang kecundang ni.

– Abu Hasan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. apa kata awak tanya bapak awak? cuba slow talk dengan dia kata awak pun nak juga duit untuk simpanan masa depan. macam awak kata, awak ambil rm30-5o je sehari. should be no problem kot?

  2. awak kena minta gaji dengan ayah awak.
    ayah awak minta awak balik kampung jaga kedai, bermaksud dia menggajikan awak.
    awak boleh lepaskan kerja tu dan cari kerja di bandar.
    setiap kerja mesti ada upahnya.

  3. aa bagitahu bapak yang awak ada ambil duit sales, bagitahu jumlah yg tepat. pastu slowtalk dgn bapak cakap nk gaji..bagi gaji harian. awak kena pandai tolerate dgn bapak. kalau boleh minta hitam putih pasal kedai n rumah tu nt jd milik awak. adk baeradik ni lain mcm tambah skrg pun depa xpeduli dan xdak common sense dgn situasi awk skrg.

  4. Awak cuba2 la konon nk kerja balek kt bandar . Bila abh protes, baru la story yg awak pun perlu simpanan kewangan yg kukuh utk masa depan awak. Lepas tu, rancangla utk expand kedai runcit jadi mini market ke, tambahbaik perkhidmatan….semoga awak terus berjaya menjadi usahawan…

  5. awak graduan kot.. dpt biasiswa bukan student biasa2 ni.. patutnya awak cerdik pandai.. apa barang curi RM30-50.. lemahhh.. ok2 gurau je..

    tepuk dada tanya selera.. nak stay kat kedai atau hijrah ke bandar..

    kalau sy jadi awak, sy xkan harapkan mak ayah sy utk tentukan hidup sy.. awak ada pilihan.. mak ayah awak kan sihat lagi.. awak tinggalkan dulu hal kampung, g cari kerja kat bandar.. mak ayah awak tak nak upah org uruskan kedai tu yg cari free labour macam awak ni.. expect semua benda ditanggung xyah bayar gaji.. kerja org gaji pun dpt upah, dik…

  6. minta dekat ayah. sebab kerja kena ada gaji. dan kena ada simpanan. ayah tak selamanya hidup. cakap kat ayah, nak kerja lain

  7. baik kau selamat kan diri kau
    cari keje lain jee
    end of the day suma akan tinggalkan kau
    xpayah kesian kan org

  8. nasihat akak la kan, awak kena bincang dengan ayah pasal gaji. slowtalk elok-elok. cakap pada ayah awak nak gaji jugak dan perlu ada simpanan. kalaulah ayah bagitau awak takda gaji@sekadar tolong je ke ape ke awak bagitau balik awak nak ke luar negeri balik cari kerja.. sebab mana boleh takde gaji, takde simpanan.. nanti stress asyik duk mikir ke duit takde.. bincang elok-elok ok dengan orang tua. duit yang awak ambil tu nanti kena ganti balik.

  9. kes hg ni aku boleh relate sebab lebih kurang sama. tp jgn tiru style aku la…sebab aku ni sejenis hati kering. aku syg aku, lebih dari aku syg org. so bila aku decide nak buat something, aku x pakai emosi.

    mak aku sejenis yg nak anak2 duduk dekat dgn dia. kalau boleh cari keja area2 situ ja. Aku plak ada degree, stay kampung. ko bayangkan, jawatan tinggi aku x layak, jawatan rendah, alasan aku dpt “anda terlebih layak”. aku mcm, “faaaaaaK”

    nak cerita full panjang sangat. so, pendek citer aku ‘lari’, build my career. dah Alhamdulillah success, aku balik mintak ampun. settle.

    My point is, hg decide la halatuju sendiri. kdg2 mak ayah ni terlepas pandang yg anak2 ni pun ada keperluan/tujuan hidup. So, it is ur task to let them know.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *