Abusive & Narcissistic Father

Assalamualaikum, I’m sure the title above gives serious tones to the readers. Oleh itu, saya harap, pembaca boleh memberi feedback yang berpatutan.

Selalunya, kalau ada anak perempuan, mesti rapat dengan ayah. Saya tidak. Saya mampu tengok sahaja kawan-kawan saya bermanja-manja bersama ayah mereka. I always dreamed of having that relationship.

Tapi dengan ayah saya, I don’t think it’s worth it. Dulu masa saya kecil, apabila hendak bercakap dengan ayah, jawapannya selalu menyakitkan. Saya tak tipu. Selalu nangis sorang2, bila dia balas sebegitu.

Bila dah besar, saya selalu tanya diri saya, kenapa ayah tak boleh balas jawapan yang baik2. Dia selalu tengking2 kan kami.

Disebabkan ini, saya elakkan daripada bercakap dengan ayah. Kalau ada urusan dengan dia, saya akan suruh ibu beritahunya. I guess you could I’m traumatised by his actions.

Tambahan juga, ayah selalu mencarut ketika saya membesar. Bodoh, bangang, bahalul. Sedih tapi saya tak boleh bertindak ketika kecil. Tapi paling sedih, i got influenced by this. Alhamdulillah sekarang jarang carut.

Paling teruk, bila dia selalu ugut nak pukul saya. Dulu masa remaja, ketika makan malam, kalau tersalah cakap sikit je, mesti ayah kutip kerusi dan ugut nak baling pada saya. Kadang-kadang, baling air.

Disebabkan ini, I learned not to say anything especially to him. Apa2 pun diam je. Ni baru ketika saya remaja.

Masa saya kecil lagi teruk, ayah pakai tali pinggang. (I’m crying as I remember all those bad times) Saya tak faham with the act of hitting your children.

Dulu juga, ayah suka buruk-burukkan kami depan orang ramai. Kelakarkan ? Padahal saya ni tak pernah bukak mulut pon tentang ayah saya kepada sesiapa.

Sekarang umur saya 20 tahun, ayah masih lagi cuba nak pukul saya. Baru semalam insiden yang lama mula berlaku semula.

Hanya kerana saya berbalas ketika situasi yang tegang sedang berlaku. Kucing saya nazak. Dan saya telah memberi komen yang tiada langsung unsur carutan terhadap ayah saya.

Tiba-tiba sahaja dia melemparkan pukulan kepadaku. 3x. Pertama di kepala, Kedua di belakang saya, ketiga pada muka saya dengan kayu.

Everything went so fast. My only defend was to scream. I did and he stopped. Kenapa? Sebab saya tahu dia malu kalau jiran dengar bukan sebab dia rasa bersalah.

Bila kena pukul, at the moment tak rasa sakit, cuma terkejut. Sampaikan saya nangis satu malam dan tangan saya terketar-ketar. (Sebab macam pelik kan, kalau tak sakit, kenapa menangis? Haha) so basically, i went through Emotional trauma.

Esoknya, baru badan sakit2 dan lebam mula timbul. (Tadi saya garu2 hidung and then pelik, kenapa sakit ni? Oh terlupa semalam baru kena pukul)

Hari raya berlangsung esok. Dan saya tiada niat nak maafkan ayah saya ataupun tengok muka dia.

Banyak lagi yang saya boleh cerita. Pernah sekali ayah main sumpah2 sebab saya tak jumpa buku yang saya cari dekat kedai. Sedih saya pada masa tu. Apa la ayah cakap macam tu dekat anak. Saya cuma nak cari buku rujukan sahaja.

Saya faham kalau dia bertindak demikian jika saya kurang ajar tapi…to get that respond when you’re trying to find a book..

Don’t worry, semua masalah berkenaan ayah tak pernah dicerita dekat sesiapa sebab saya nak jaga maruah/ nama keluarga. Dengan saudara-mara pon tidak.

Hanya ibu sahaja yang share the same feeling as me.

I just want to know kalau ada sesiapa yang pernah went through this situation. I really someone to relate to. Tolong juga doakan baik2 untuk saya.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kita sama situasi. Ada ayah yg baran, abusive and narcissistic, egois juga. Cakap dgn anak2 yg dewasa ni pun menongkah langit, sombong mcm hidup x ada penghujung. Kita yg dah suami dan anak ni pun kdg kena naik tgn juga. Tapi last year, dia naik tgn juga depan kluarga lain. I took a brave step to make a cover report with police. Baru ada perubahan sket. Tapi mulut dan lidah masih tajam. Aksi muka sombong masih ada. InsyAllah org mcm ni ada balasan nya 1 fine day. My anak pun sebut : benci atok. Oh i mmg janji xkan jaga dia bila dia xbrdaya nanti. Sebab dia pun xmau jga arwah mak dia waktu arwah x sihat. So why bother..? Sorry for my bold statement. Akan ada komen yg x stuju tapi each to their own. I feel you!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *