Untuk part I, (https://iiumc.com/ad1k-ipar-aku-nak-jadi-raja-tapi-miskin/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/ad1k-ipar-aku-nak-jadi-raja-ii/).
As salam, aku kakak, aku menulis lagi, sekadar berkongsi.
Semalam, raya ke-4 cinta hati aku ada cakap tentang adik aku yang tak datang beraya dekat rumah aku, kemudian aku pun jawab – jangan dipaksa, kita bukan orang tua dia.
Kemudian cinta hati aku mengingatkan aku kejadian tahun 2015 di mana aku bergolok gadai untuk Peah agar dia tak masuk penjara, Peah kerja di bank masa nie, dah level A.M sebenarnya walaupun gaji tak berapa okay,
Dia ada “hilang”kan duit customer, adik aku call aku sebelum masuk interrogation dengan polis, aku ingat lagi puas aku pusing cari duit sebanyak itu untuk adik aku.
Walaupun tiada bukti menunding kepada adik aku, tapi macam mana pun tetap kena ganti jumlah yang hilang itu. Sakitnya ketika itu, Allah swt saja yang tau, tebalnya muka aku meminjam sana-sini pun tak cukup dan akhirnya aku guna personal loan,
Bertahun-tahun aku sakit membayar semula, sikit pun Peah tak peduli, siap disown aku 2-3 bulan as kakak apabila aku mintak dia tolong sikit separuh-separuh. Cuma dia kembali kepada aku sebab hidup dia jadi terlalu susah, nak beli telur pun takde duit masa tu.
Peah agak down sebab nama dia dah tak kerja di situ, aku rasa tak adil – orang lain yang “enjoy” tapi orang lain yang letih membayar, Alhamdulillah aku dh settle loan tu tahun 2019, cuma bila teringat, tipulah tak rasa sedih.
Aku banyak tolong Peah, dari deposit sewa rumah, in the end keluar sebab tak bayar (time nie dia masih kerja bank), deposit rumah saja total 12k (sebab dia pindah 3 kali),
In the end bila dia kahwin, aku agak lega, tapi rupanya raja jadian tu sebenarnya loser (tak bertanggungjawab), belum campur yang Peah pinjam tiap2 bulan, belum campur duit customer yang dia hilangkan, belum campur lakibini tu asyik meminjam aku.
Bukan aku nk mengungkit, cuma aku sedang memaafkan diri aku kerana terlalu sayang, terlalu memberi kepada orang yang tak hargai & tak menghormati – oleh itu aku tulis disini, agar aku tak perlu aibkan kepada sesiapa yang mengenali kami.
Sambung balik kepada hari raya tahun nie – pasca aku pulang meninggalkan Peah & raja jadian di pulau percutian.
Aku pulang ber-ramadhan hanya dengan cinta hati aku, setiap hari aku titipkan doa yang baik2 untuk keluarga aku, sama ada masih hidup mahupaun telah meninggal.
Aku dah maafkan Peah, aku cuma belum mampu memaafkan diri aku membazir usia, tenaga & resources untuk Peah.
Ramadhan ke-12, aku demam, ada infection dalam mata aku & perlu urgent surgery di hospital swasta berhampiran rumah aku,
Alhamdulillah surgery takde parut mahupun side effects, aku pulih seperti sediakala, Peah tak lawat aku tapi family members lain & kawan2 datang melawat aku tapi Peah kirim salam pun tidak.
Kemudian aku dapat tahu – hari kedua aku di hospital, Peah jatuh, sakit teruk bahu kanan-nya, pergi klinik x-ray tapi takde keretakkan & patah, cuma sakit tu tak boleh tahan.
Aku tau klinik takkan layan kau macam dekat hospital, kau memang kena pergi hospital untuk rawatan tapi Peah takde insurance kad mahupun savings, dia up up story di status betapa sakitnya bahu & badan dia.
Aku tak reply dia, aku cuma bagitau adik aku lagi sorang untuk bawa Peah ke hospital columbia asia sebab murah sakit dari hospital lain & aku boleh bayarkan dulu,
Tapi adik aku cakap – tak perlu, biar suami dia yang fikir tapi sampai harinie Peah masih sakit bahu & bahagian kanan badan.
Peah beraya sorang tahun nie, raja jadian balik kampung, itu saja story yang aku tau dari adik aku lagi sorang,
Aku pulak beraya dengan cinta hati aku di rumah wali kami sambil merancang penikahan aku & cinta hati, raya ke-3 adik aku lagi sorang bawak Peah beraya dengan aku dekat rumah wali kami,
Adik aku ada call nk beraya di rumah aku tapi aku takde dekat rumah raya kali nie, si Peah waktu salam2 raya takde sedikit pun meminta maaf atau apa2.
Peah agak terkulat-kulat apabila wali kami bertanyakan hal raja jadian yang tak beraya skali dengan Peah – Peah jawab sebab Peah kerja raya pertama tu, jadi raja jadian balik kampung tumpang kereta kakak dia.
Padahal boleh je tunggu Peah habis kerja jam 5 petang, kemudian balik lah kampung bersama tapi terpulanglah hidup masing-masing.
Itu saja story aku untuk harinie,
Kalau ada masa lagi, aku story lagi.
Doakan yang baik-baik untuk semua orang, agar yang baik2 juga datang kepada kita.
Aamiin Allahumma Aamiin.
Regards,
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit