Ad1k Ipar Aku Nak Jadi Raja Tapi Miskin

Assalamualaikum. Nama aku Kakak (bukan nama sebenar). Aku nak cerita sebab aku tengah marah, aku nak cerita tentang adik ipar aku (lelaki) yang selalu buli adik aku apabila dia rasa tak selesa.

Aku namakan adik ipar aku nie Abi lah, sebab nama panjang kang kena censored pulak, nama adik aku nie Peah lah boleh tahan peel dia.

Kiteorang nie yatim piatu dari muda, tak ada kasih sayang keluarga & aku banyakkan habiskan 20an aku membesarkan adik2 aku tapi of course adik aku nie nak kasih sayang orang tua,

So dorang selalu mengendeng dekat makcik aku yang terang2 tak pernah welcome kiteorang & takut makanan/stock dia habis apabila kiteorang datang.

So bila aku tegah, adik aku akan gaduh dengan aku, sampai lah dia dah ada akal sendiri, baru dia faham apa yang aku cuba sampaikan selama nie.

Kemudian dia bernikah dengan Abi nie tapi Abi nie datang dengan pakej hutang, ketagih ganja & rokok.

Tapi adik aku tak dengar cakap aku sebab again aku bukan orang tua yang “banyak makan garam”, aku taktau macam mana nak sampaikan orang yang sayangkan kita akan sentiasa menasihatkan sesuatu yang baik untuk kita regardless umur dia.

So Abi & Peah nie menyewa lah bilik di KL sebab too standard to live in flat, apa masalah manusia dengan flat pun aku taktau.

Aku pun pernah jadi budak flat, sampai sekarang masih pakai t-shirt flat kegemaran aku tu wpun aku dah masuk golongan T2.

nak menumpang duduk dengan aku mmg tak lah, aku tak suka orang smoke plus aku menyampah dengan laki adik aku nie.

Abi & Peah nie selalu meminjam dari aku, aku selalu halalkan malas nak tuntut apa2, tapi lama2 jadi berlemak pulak pasangan nie, bil postpaid + iphone laki dia aku pulak yang kena bayar tiap2 bulan sampai habis bayar sebab taknak nama adik aku blacklist.

Faham tak kemudahan (dibaca dalam bahasa indonesian) ini?

Tiap2 bulan meminjam tu biasa tapi aku malas nak ambil pusing.

So habislah dekat situ – ingat dah habis dah – meminjam kereta pulak, okay lah aku malas nak gaduh aku bawak lah kereta lain.

Aku ada 3 kereta, ntah kenapa rezeki aku macam melimpah ruah pulak, so that’s why aku ada budget untuk beli toys orang dewasa – kereta.

Okay berbalik kpd cerita – kenapa aku marah sangat dengan si vavi nie. Kteorang pergi bercuti, last minute adik aku takde duit, so aku as kakak bayarkan pakej dia & abi nie. Kira fully sponsored percutian nie.

First of all, aku taknak datang pun trip nie sebab aku tak suka duduk chalet, wpun ianya murah tapi ianya lebih kpd campsite, aku tak suka/letih kalau tempat tu aku takleh rest sempurna, lepastu tempat nie jauh,

Aku tak suka bazir masa datang tempat macam nie sebab aku berniaga, tutup lama2 meaning takde lah income aku, so aku hanya pergi sebab adik aku beriya nak pergi sampai merajuk2 aku taknak ikut, dia yang booking semua pastu last2 laki bini pinjam duit aku.

Sepanjang kiteorang dekat sini, aku nmpk adik aku struggle sangat dengan abi nie, yang sikit2 marah adik aku bila dia tak jumpa phone dia, bila dia rasa lapar sehinggalah peak kemarahan aku ialah –

Dia terkencing dalam seluar lepas habis snorkelling, dia marah adik aku dekat depan chalet lepastu dia datang ke depan pantai dia marah aku kenapa keluar bilik kunci pintu, eh??? Apa logiknya jantan nie keluar bilik tak kunci pintu?

Disebabkan aku belum kahwin – dia ugut/perli/hina aku dekat adik aku – lepasnie kita jangan bawak dia (referring to aku),

Malam sebelum tu dia dah macam ugut aku yang tahun nie taknak bagi adik aku beraya dengan aku sebab aku tegur dia jangan smoke dalam bilik, aku sabar lagi tapi harinie aku dah hilang sabar so aku terkeluar dekat dia –

“Kau tu dah lah miskin, kereta takde, rumah pun tak boleh sewa yang proper, paksa adik aku kerja untuk tolong kau tutup hutang pastu kau nak bajet raja?

Kau nak jadi raja, pastikan kau kaya & kau mampu jaga adik aku. Bukannya kau miskin tapi berkepak. Dah lah pemalas tak tolong pun angkat bag atau apa2, merokok dalam rumah, adik aku dah lah semput tapi kau b*d*h & selfish,

So kau merokok juga walaupun orang lain setengah mati dengan bau kau, lepastu terkencing dalam seluar pun kau marah adik aku. Buat apa ada b**ang kalau tak boleh pikir nak kencing dekat mana?

Aku umur kau, bukan setakat membesarkan adik2 aku, aku dah bebas hutang tanpa perlu scam sesiapa berkahwin dengan aku untuk bantu hutang (aku perli dia) & kau sampai bila nak jadi loser macam nie?

Kau dah lah gagal memberi nafkah dekat adik aku, dia cuma sayangkan kau sebab tu tak tuntut fasakh, cuba kau jadi orang yang baik & berguna.

Kita nie lahir sebagai hamba, sedarlah diri tu hamba, apa depan nama kau ada nama Tengku ke? Tak kan? So wake up, takde siapa lebih dari siapa di sini.

Layan adik aku baik2 & kau jadi manusia yang baik. Miskin tak salah, aku pun miskin sblm senang tapi aku tak pernah bajet raja dengan sesiapa”

Lepastu dia pun touching, balik bilik ugut nak bercerai dengan adik aku kalau adik aku tak menangkan dia, so adik aku nie marah lah aku sebab sound tepek dekat laki dia.

So aku reply, “suruh lah raja tu bayar duit pakej nie dekat aku sekarang, nak jadi raja sangat, kenalah kaya. Dia nak bagi kebahagiaan dekat kau pun tak boleh, lagi nak jadi raja?”

Pastu adik aku cakap, “tu laki aku, kau hina dia macam kau hina aku”

Aku pun cakap, “bukan salah aku kalau kau tak sayangkan diri kau, kau dah besar, kau pilih jalan yang kau nak tapi kau jgn sesekali kata aku tak nasihatkan kau, orang lelaki kalau kau biar dia ugut & pijak kau, dia takkan hargai kau. Berkorban lah untuk kebaikkan diri sendiri bukan jantan”

So memang aku tau dorang takkan mampu bayar habis tapi aku dah sedih & marah sangat2, aku nak balik awal esok & aku nak move on dengan hidup aku. Biarlah raja tu pikir macam mana nak balik.

Sekian,

Selesai sudah tugasku sebagai kakak.

– Kakak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *