Hi semua, nama aku Wani, of course bukan nama sebenar. Aku baru sahaja berkahwin. Yes honey moon phase. Tapi tak bagi aku…
Aku dan suami ku mengenali secara dalam talian dan kami tidak mengambil masa lama untuk menikah.
Walaupun at first perkahwinan aku pada mulanya tak dapat persetujuan dari pihak suami ku kerana tempoh perkenalan terlampau sekejap.
Ada logiknya. Tapi akhirnya, setelah pancaroba onak duri, ombak berapi, aku dan suami ku di ijab kabul juga.
Dan kini, sudah beberapa bulan berlalu, apa lagi masyarakat kita, mesti tanya.. Bila nak dapat baby? Anak A dah pregnant, menantu kau bila pulak?
Bila pergi majlis aqiqah anak orang, mula bertanya, sudah ada isi belum? Sambil memegang perut ku, doa supaya cepat terisi.
Sebenarnya aku okay je.. Kadang kadang la koyak juga mental, lagi lagi bila hal ini datang dari mulut mak mentua aku sendiri,
Aku tak tahu nak luah dekat siapa, since family aku sendiri and parents ingatkan perkahwinan kami, sedang baik baik sahaja, bahagia dan happy….
Little did they knows… suami aku memang tak sentuh aku langsung.. Dan kalau ke arah situpun.. Lebih memuaskan pihak dia je. Pihak aku. Hmmm..
Mak mentua aku tak tahu ke anak dia tak sentuh aku langsung. And paling perit. Dia senang senang je nak suruh anak dia kahwin lain if aku tak pregnant.
Sometimes aku fikir.. Sampai menangis sorang sorang tak boleh tidur malam, apa kurang diri aku ni..
Macam macam cara aku buat.. Supaya dia interested, baju turn on turn off semua aku sapu, sampai kantoi dengan mak aku baju siapa yang pakai ni..
Sebab terlampau haram level macam nak pergi club mak aku cakap. Hahaha.. Sebab dekat luar aku takdelah macamtu kan. Normal normal je..
Tapi tahlah.. Rasa macam bertepuk sebelah tangan.. Bukan tu je, aku kadang kadang siap bawak pergi bercuti.. Kotlah dia bermood time cuti, tapi still sama.. Nothing happen..
Mesti orang ingat kitaorang something je bila pergi holiday. Tapi tiada apa yang berlaku ya. Hanya tidur di lokasi berbeza diknon. Kalau ada pun, sekali je. Tapi macam biasa puaskan part dia sahaja ya.
Part aku, kepuasan aku……. Tiada ya… tak wujud. Pada aku, even seorang perempuan still ada kemahuan ataupun desire yang patut dipenuhi kan…
Semua tips suami isteri aku dah khatam rasanya, bukan tu jugak, aku juga ada la minum jamu.. Kotlah bgi effect yang bagus untuk dia. Tapi malangnya macam mana nak bagi effect bagus. Try pun belum. Hahaha.
Sampai aku sendiri buntu. Tiap hari fikir, apalah aku kurang. Aku pernah tanya juga, apa kurang aku… so aku boleh improve.
Dia cakap everything okay je. Bagus, baik. Aku memang dah terbaik sebagai bini.. Penatnya rasa.. Sebab setiap hari aku akan hias diri aku sebaik mungkin, before dia balik, aku akan mandi, pakai cantik cantik, makeup sikit, pakai perfume sebaldi, masak sedap sedap.
Tapi ending nya.. Dia just makan, dan bUAt kerja sikit dan tidur. Or adakah aku ni ungrateful wife.
Dia ni ada orang lain ke selain dari aku. Aku teringin juga nak check handphone dia. Tapi dia selalu berkepit dengan handphone dia. Tak pernahlah aku nak dapat pegang suka hati. Di mana saja dia akan bawak.
Oh ya, suami aku straight ya, bukan g4y sebab aku dah buat survey dulu dah. Takut jugak la kan.
Dan bila aku dah rasa penat fikir.. Conclusion yang aku akan buat ialah, takpelah aku akan buat yang terbaik saja sebagai isteri, segala perkara aku akan buat habis baik supaya nanti bila suatu masa aku takkan menyesal bila aku akan angkat kaki..
Buat masa ni, boleh share apa tips yang boleh aku gunakan.. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi.. Mungkin aku banyak tak tahu since baru je melayan battery rumah tangga.
Tegur aku kalau salah, I want to be more better housewife. Thank you.
– Wani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit