Assalamualaikum wbt… Kebelakangan ini saya terlihat ramai artis yang berubah gaya hidup selepas menyertai kumpulan jemaah tabligh.
Penampilan mereka mula selesa berkopiah berbanding sebelumnya.. Katanya hidayah milik Allah.
Kenapa mereka cenderung untuk menyertai kumpulan jemaah tabligh ini… Apa kelebihan kumpulan ini sehingga berjaya menarik hati dan jiwa mereka untuk mengikuti cara penampilan mereka?
Alhamdulillah, kelihatan kini mereka lebih banyak bercakap tentang iman, islam dan dakwah. Katanya dalam usaha mendalami ilmu agama dan gaya hidup sunnah.
Namun, jika bukan menyertai tabligh mereka tidak mampu menghayati Islam kah. Maaf dengan persoalan ini, jika boleh ada yang dapat menjelaskan kepada saya tentang jemaah ini.
Saya tidak tahu gerakan mereka kerana saya bukan dari keluarga atau didikan madrasah mereka, namun saya ada mencari sedikit info di internet dan ada sedikit kekeliruan tentang kumpulan yang ramai pengikutnya di dunia ini.
Antara kekeliruan ini tentang mereka keluar, ada yang keluar 3 hari, 10 hari, 4 bulan malah setahun. Dahulu ada saudara saya yang keluar begini, dia tinggalkan anak isteri dengan keluarganya.
Apa yang saya dapati dia keluar niat ke jalan Allah namun tidak meninggalkan nafkah yang cukup.
Jika anak isteri sakit tidak dapat menghubunginya. Mereka diajar untuk benar-benar tawakal dan mengharapkan bantuan Allah swt.
Namun seakan ada kepincangan di situ, lepas tangan, pentingkan diri, tak ambil tahu masalah keluarga… Mungkin hanya segelintir begini bukan semua.
Kemudian kumpulan mereka sering disalah tafsir oleh masyarakat awalnya. Dakwah cara mereka. Ada markas mereka.
Pernah saudara saya tu kata hanya kumpulan mereka yang benar diterima Allah.
Mereka memuliakan maulana mereka namun seakan tidak suka agamawan yang lain. Mungkin ini yang saya nilai dari saudara saya sahaja. Secara umum.
Apa kelebihan dan pendekatan yang ada dalam jemaah tabligh ini sehingga ada yang mampu berubah total dalam mendekati Allah bila menyertainya.
Walaubagaimanapun, ilmu agama ini boleh dituntut dalam banyak cara dan bidang, tidak terhad pada gerakan tertentu sahaja.
Yang dibimbangi mereka yang drastik berubah dan berdakwah ini namun cetek ilmunya tidak mampu istiqamah di jalan Allah dan berubah kembali ke cara lama.
Lebih baik berubah secara berperingkat sehingga betul-betul ikhlas dan faham.
Saya gembira melihat artis yang sebelum agak sosial namun berubah menjaga aurat dan pergaulan bahkan perwatakan yang lebih islamik. Kalah mereka yang rasa lebih islamik dulu.
Satu gerakan Islam yang pernah diharamkan dahulu adalah Arqam.
Ahlinya baik dan sering menampilkan persekitaran cintakan Allah dan rasul namun akhirnya terbongkar ada kesesatan di dalamnya. Perkara yang tidak terlihat seperti ajaran sesat namun sesat.
Ada juga jiran yang dulunya masuk Arqam. Bila dah keluar, isterinya dari berpurdah hitam bertudung bawal.
Bukan kita nak nilai iman seseorang dari pakaiannya namun manusia ini suka menilai luaran. Jadi berhati-hati bawa imej Islam agar tak difitnah.
Ini adalah penilaian saya yang mahukan lebih penerangan pencerahan dari kalian. Mohon kongsikan komen. Semoga hati kita terpimpin dalam taufiq hidayahNya. Takbir, Allahu Akhbar!
Terima kasih admin sudi siarkan.
– Iman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit