Anak Yang Tersakiti

Aku Kakcik, dari adik-beradik 6 orang. Aku jarang cemburu, tapi aku selalu kecil hati.

Sejak aku remaja, setelah aku tahu ibu pernah cuba buang aku dari kandungan sebab tak bersedia untuk anak ketiga, aku ambil point ni untuk pujuk hati.

Tiap kali rasa kecil hati, aku akan cakap “oh ye la, ibu dan abah kan tak terima aku lahir. Siapa la aku dalam keluarga ni.”

Ini ayat pujuk hati supaya aku sedar diri. Bangga tau ibu kalau bercerita bab ni kat orang-orang. Aku kecil hati.

Along dan angah, anak kesayangan. Dari zaman sekolah, tiap kali mereka ada exam, takde siapa boleh ganggu. Tapi aku, semua kerja aku kena buat.

Bila dah dewasa, masing-masing dah kerja perangai ni bawak bersama. Along dan angah penat, balik kerja tidur, bangun untuk makan, kadang pinggan cawan sendiri tinggal tak berbasuh.

Baju kerja atau baju harian, ye mereka basuh asing. Tapi tinggal dalam mesin basuh, orang lain tolong sidai dan lipat. Anak emas, sampai dah umur kerja masih dilayan emas. Aku, cindarela mereka.

Sekarang kakde, adik aku jadi mangsa. Tapi pakej dua anak teruna kesayangan ibu sama perangai along dan angah.

Angah dah kahwin, keluar dari rumah ikut suami. Aku dan kakde jadi anak dan adik beradik cinderela dalam rumah ni.

Dua anak teruna tu aku tanggung makan pakai, ye la menetap dengan parents, kau takkan takde ringankan beban ibu abah kan? Mesti la turut sama bantu.

Internet rumah, bil astro, penapis air antara belanja rumah yang aku cover.

Kadang ibu abah saje bawak aku teman dorang pegi shopping sebulan sekali. Untung troli penuh barang dapur aku bayar.

Aku nak cerita part aku dan kakde yang tersakiti. Ibu abah nak pindah rumah, sebabkan abah dah nak pencen. Rumah sekarang dah tak boleh tinggal.

Rumah syarikat tempat kerja abahkan, abah pencen, rumah kena keluar. 2 tahun pandemik, dengan kekangan PKP, aku, kakde, abah dan bongsu yang rajin ulang-alik 90km pergi balik uruskan rumah selepas pencen abah.

Kakde dan bongsu masih pelajar, pandemik ni PDPR saja. Senang angkut sana-sini.

Abang, anak kelima dah bekerja. Banyak duit aku habis dalam urusan baiki rumah.

Along tak pernah jejak sejak 2 tahun kami ulang-alik kemas rumah. Angah, kan dah kawin, mana tinggal situ, buat apa dia nak datang tolong.

Rumah tu, waktu awal proses beli, abah bawa aku wakil urusan sampai dapat kunci. Konon sebab aku macam pandai sikit. Bagi sewa dan tukang halau penyewa puaka pun aku jadi wakil keluarga.

Aku tak cakap aku ada hak atas rumah tu, cuma nak cakap aku yang ada untuk dapatkan rumah tu.

Kini dah 2 tahun ulang alik, abang (anak kelima) yang datang sekali sekala tak membantu sangat, duit tak pernah hulur, tiba-tiba guna kuasa anak lelaki.

“Abang nak duduk sini lepas ibu abah balik kampung.” Terdiam aku dan kakde.

Aku tahu duit aku banyak habis untuk kemaskan rumah tu, aku tahu kakde orang yang bersusah payah cat rumah dua tingkat tu. Tiba-tiba adik dia sebut hak sebagai anak lelaki.

Kecik hati.

Rumah tu duduk pun tak lagi. Ibu abah nak tinggal situ sementara ibu habiskan tahun-tahun sebelum bersara, dan bongsu habiskan sekolahnya.

Ibu dengar terus setuju. Atas alasan anak-anak perempuan nanti dah kahwin, ikut laki masing-masing, dah beli rumah masing-masing.

Jadi rumah ini abang ambil, rumah kat kampung bongsu ambil. Anak-anak perempuan nanti kahwin, bina hidup dengan suami masing-masing.

Belum pape timbul isu harta. Aku nak ibu abah panjang umur dapat tengok cucu-cucu bersekolah.

Aku kalau boleh bab harta tak nak sebut lagi. Tak nak ada bergaduh perang mulut isu faraid bagai. Tengok sahaja pengajaran dari keluarga ibu. Sampai dah 10 tahun masih berperang hak harta.

Hari ini abah tiba-tiba keluar idea untuk jual rumah pencen tu untuk beli rumah dekat bandar. Penat lelah aku dan kakde, macam takde erti. Sebab abang bagi cadangan untuk beli rumah dekat bandar. Senang dia nak duduk situ nanti.

2 tahun aku ulang-alik, kadang ambil cuti semata pergi kemas, jadi sia-sia.

Anak-anak lelaki ibu abah, dimanjakan sangat sampai tak boleh berdikari. Anak-anak perempuan diajar untuk berdikari dari sekolah. Duit cari sendiri untuk hidup kalau nak belanja lebih.

Anak-anak lelaki nak apa saja semua bagi. Ibu kebelakangan ni selalu pujuk anak-anak untuk teman ibu kat kampung nanti.

Tapi nama aku tak pernah sebut. Ibarat taknak ajak aku. Kakde ada la jugak ibu ajak. Tapi lepas tu ibu cakap nanti kakde dah habis belajar, dah kerja, beli la rumah sendiri.

Aku tak tahu mana silapnya aku dan kakde. Ibu abah kalau sakit, yang bersusah aku dan kakde. Anak-anak lain takde. Semua beralasan.

Tapi kenapa bila senang, ibu abah tak nampak kami? Aku tak suka perangai abang. Dia langsung tak boleh pakai.

Dia gunakan hak dia sebagai anak lelaki untuk menentang kakak-kakak dalam segala segi. Tak boleh kira berapa kali dia guna tenaga lelaki dia untuk lawan kakak-kakak dia. Dia gunakan hak sebagai abang untuk buli bongsu, satu-satunya adik dia.

Ni dia timbulkan isu hak dalam islam dalam pembahagian harta. Ibu abah setuju. Tapi tidak aku. Apa hak aku dapat sebagai kakak?

Yang menggunakan duit yang aku dapat dari tenaga aku untuk sekolahkan kau, beli makanan dan pakaian kau?

Sejak anak-anak ibu bekerja, along dan aku yang banyak habiskan gaji bantu adik-adik. Angah kedekut walaupun gaji dia paling besar.

Ibu abah tak nampak aku share gaji aku sebab aku share pada seluruh keluarga. Angah tiap bulan bagi duit pada ibu abah.

Ibu selalu perli aku sebab aku tak bagi duit pada dia. Tapi dia tak nampak kereta yang dia bawak sana-sini tu kereta aku beli tapi aku tak pakai. Gaji aku tak besar, tapi alhamdulillah cukup.

Panjang, sebab aku kecil hati. Semua benda aku ungkit. Nanti aku minta maaf pada ibu abah, Aku ikhlas buat semua tu. Tapi kadang aku kecil hati.

Aku nak kahwin kalau kahwin boleh settlekan masalah ini. Doakan aku dapat jodoh terbaik dan kaya.

– Kakcik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *