Salam semua. Thanks admin kalau confession ni di approved.
Aku dan tunang bakal berkahwin lepas habis blajar. Bln depan kami berdua sama2 akan habis blajar di uia, skrg tgh final sem.. Aku dan tunang mempunyai paras rupa physical yg agak jauh berbeza. Kalau nk senang cite, tunang aku hensem, tinggi kurus kulit cerah hidung mancung dan aku plak, hmm hny prmpuan biasa2. Mula2 masa time kami nk mula2 kenal hati budi msing2 dlu, aku xambek port psl isu ni. Even aku byk je denga org2 ckp blkg, tp aku buat xtaw je. Tambahan pula, dia yg bersungguh dlu nk menawan hati aku, ntah la mgkin sbb aku terima dia krn aku nmpak kesungguhan usaha dan keikhlasan dia nak kan aku, so aku xpernah kisah pon pk sgt psl rupa dia..
Kemudian sehinggalah, dia buat keputusan utk ke pringkat seterusnya iaitu bertunang. Dia bwk aku kenal dgn family dia. Alhamdulillah Mak ayah dia pon nmpak mcm berkenanlah kat aku, dr cara baik mereka melayan aku. Mereka slalu kalau dtg melawat tunang aku ni kt uia ble hujung mggu, mesti deorg nk jumpa aku skali. Dan mak dia selalu ajak aku dtg rumah, teman dia borak2 spend time buat aktiviti sama2 sbb aku n mak dia ni byk minat yg sama cam memasak, menjahit, menghias..anak2 prmpuan dia, sume jenis xminat hobi2 kepermpuanan ni. mak dia mmg baik dan penyayang. Tp.. Bila dah lama2 jd rapat dgn mak dia ni, lama2 aku byk tersinggung dgn kata2 mak dia..Mak dia selalu sgt ckp yg tunang aku ni handsome, n cerita psl sblum ni ramai prmpuan suka kat tunang aku ni. Seolah2 nk bgtaw kat aku yg aku ni bertuah sgt2 dpt anak dia.. Kalau skali skala dia ckp mcmtu xpe. Ble dh slalu, aku mcm start berpk, mmg dia purposedly ckp mcmtu nk smpaikan sumtg ke dkt aku? Apa tujuan dia? Lepastu mak dia ni suka sgt jgk cerita psl anak prmpuan dia. Tunang aku ni ada 3 adik bradik, yg prmpuan tu adik dia,2org.. Umur beza 2 3 tahun dr aku. Cerita yg sme jgk, puji2 anak dia ni cantik, putih tinggi comel.. Cerita psl rmai sgt lelaki nk tekel anak dia ni, smpai xtahu nk pilih mana satu..
Lama2, aku jd down.. Tak dpt dinafikan mmg apa yg mak dia ckp tu betul. Mmg tunang aku hensem. Dan adik2 prmpuan dia tu kalau nk dibandingkan dgn aku mmg agak jauh bezalah. Aku ni dh la badan tembam, lepas tu kulit pon xcerah mana, byk jerawat plak tu. Aku start rasa serba kekurangan sgt.. Skrg tiap kali aku tgok cermin, aku slalu menangis. Aku malu. Aku gemok, xcantik. Aku xlayak dgn tunang aku. Mgkin itu yg mak dia nak smpaikan kt aku. Aku tertny2 kenapa dia suka kat aku. Lepastu makin slalu lah gaduh sbb aku asek timbulkan isu ni. Smpai tunang aku tu stress sgt n xtaw cmne nk yakinkan aku lg. Dia kata dia ikhlas sygkan aku, bg dia aku ni lain dprd prmpuan lain. Cantik di mata dia. Suka tlg org, hormat org tua, pndai ambil hati kluarga dia, pndai msak etc etc bla bla bla ntah la aku xtaw nk pecaya ke x bg aku dia just nk ambik hati aku je..
Yg membuatkan aku lg sedih, aku skang ni rse insecure gile dgn adik2 prmpuan die. Aku slalu stalk deorg kt social media.. Tgok gmba2 deorg, aku down, aku cemburu.. Aku rse pathetic sgt. Dan.. Aritu aku terbaca bbrapa conversation adik dia kat tweeter dgn kwn2 dia.. Mse tu dia dgn kwn dia tgh ckp psl isu hafiz roshdi yg artis hensem bru kawen tu. Korg taw kan? Nitizen duk kutuk isteri dia tu xcantik, buruk la n xsesuai ngn si hafiz tu. Aku berdebar gila baca.. Skali ada kwn dia tu ckp, "ni mcm kisah abg kau ngn awek dia la ni weyh".. Sedihnya..xtaw cmne nk gmbarkan prasaan ni.. Aku rse malu dan terhina sgt.. Byk kali jgk aku prasan, bila tiap kali jmp kluarga deorg ni, adik2 n mak dia ni akan pndg aku atas bwh.. N adik prmpuan dia ni kdg2 pgg2 bdn aku n ckp toughnye akak smbil gelak2.. Byk lg ayat2 deorg yg berbaur perlian, kdg2 xsggup nk igt.. Sedihnya hny tuhan yg tahu.. Aku taw deorg mmg layan aku baik, n xde pon ejek aku direct ke apa. Tp aku bnde ni berat bg aku nk hadapi sbgai seorg prmpuan..
So lg bbrapa bulan je lg kami akan berkahwin.. And ble dh jd mcmni aku rse mcm xde mood dh nk kawen. Ble g butik pngantin pon kdg mak die ckp, "bju pngntin ni utk prmpuan kurus2 mcm anak2 auntie lawa laa. Kalau mcm deorg kulit pon putih senang nk plih wrna baju".. Rse nak menitik je air mata aku time tu tp aku tahankan je.. So guys, what should i do? Aku taw die lelaki yg baik, ikhlas sygkan aku, xkan la aku nk tggalkan die semata sbb hal mcmni je kan.. N aku jgk byk kali pujuk dri spy bersyukur dgn physical aku yg sempurna wlaupon xcantik mana tp xde lah kurg cam cacat ke apa, alhamdulillah.. Tp sbgai seorg prmpuan, ssh nye nk hadapi kata2 perlian dan hinaan org ttg rupa paras ni.. Rasa low self confidence sgt :(
– Ugly duckling
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Muhd Khusairi Izzani awak, baca ni. Pastu wasep.
Fana dah baca. jap Fana wasep yana jugak. Hahaha
Fana tak payah lah.
?
Nabilah pun dah baca. Nanti kita wasep.
Nabilah pun tak payah.
Salam sis, apa kata sis tanya adik2 dia, mcmana nak dpt kulit cantik mcm diorg.. Nnt diorg boleh suggest product, simultaneously build relationship ngn diorg. Suruh diorg buat make over ke.. :)
Dik u r beautiful inside and outside..paras rupa bkn segala2nya..pernah jumpa x org yg mula2 kt tgk lawanya tp lama2 jd buruk di mata kt sbb perangai dia xlawa dan mcm tu lah sebaliknya…kecantikan dlmn akn kekal tp kecantikan luaran tdk kekal..be strong..jgn terpengaruh dgn dunia sekarang yg terlalu taksub dgn kecantikan luaran..lihat dr sudut positif,tunang adk terima adk for who u r..Alhamdulillah..semoga Allah mudahkn urusan adik =)
Awak, beruntunglah dapat bakal suami yang boleh terima seadanya macam tu. Dia sedar yang kecantikan tu hanya sementara. Teruskan. Jangan tinggalkan dia. Tu jer nak pesan..
You are going to marry him, and that means his family will be yours too one day, in shaa Allah.
Tak semua lelaki pandang rupa and alhamdulillah he is one of them. Boleh nak down tapi jangan lama2. Bersyukur dgn apa yg akak ada. kalau akak rasa akak gemuk, ada org yg lagi gemuk sampaikan telan banyak pil utk kurus. Akak rasa akak xputih, muka xflawless, ada org memang born naturally tan. Kulit mmg xcerah.
Bersyukurlah akak. Pasal family dia, akak doakan yg baik2. Berbaik sangka dengan depa dalam semua keadaan. One day they’ll fall in love with your beauty.
“heart beauty.”
:)
Nurul Farhida Najie Perdana Khalid
Nak buat cmna niii
Dahlahhh far nak cari yg muka pecah.
Hahahah bukan ke bagi muhammad robert, kau ni ala2 mcm pempuan Latin. Ok letteww ?
Bersabar la Dik dgn mulut mak mertua dan adik ipar mcm tu.
do smething, usaha cntikkn diri.. kamu boleh if kamu nk berubah.. jgn duduk tgok cermin je.. buktikn pada fmly mertua kamu nt smpai bila nk tgok cermin, even x jadi kahwin, nt mcm mana dgn next next pny bakal suami? xkn nk tgok cermin lgi, pastu x jadi lgi .. berubah lah
Ala dik yg belom kahwin kurus, cantik atau apa apa pon belon tentu kekal. Tp betul la mcm org2 atas ni ckp, kalau ada jalan utk cantikkan diri and boleh gain your confident, kenapa tak cuba kan? Cuba la dgn masa yang ada ni.
Cantik luar tu penting dia sikit je dalam.lagi penting. Tp sbb penting cuba laa sikit sikit. At least la boleh naikkan confident diri. Sbb dr apa akak baca dorang suka je kat awak. Good luckkk!!
Contohilah Meghan Trainor. Love yourself.
jgn dgr sgt ckp org. org xtaw apa kita or dia nmpk special dkt diri msing2. org hnya taw nk ckp je psl kita. so xperlu lah nk putuskn ke apa, teruskan. sbb apa kurang atau lebihnya kita, pasangan tu yg hadap kita, org lain mmpu mengata.
Sedih la, msti rasa insecure gila. Pe kata tanya je terus mother in law ngn princess dia semua mcm mana nk cantik. Acah2 la tanya tips kecantikan sbb slalu rasa insecure. Bkn muka innocent sikit haha. Mybe dyorg akan tersedar sndr
Lepas ni akak masak sedap2 bg somi akak makan then chubbykan dia jgak. All the best kak
to confesser: kalau u betul2 nk ubahkan diri u kepada lebih baik,dn lbh sihat, saya mintak u pm i..ad benda yg saya nk kongsikan kat u..jgn lupa tw…pkai fake fb pn x ap, klu u segan :)
Sabar je sis. Manusia memang suka mengata. Kita boleh fikir sendiri yang mana baik mana yang tak. Jangan dipengaruhi sangat dengan orang pandang negatif ni. :)
Biase jer isu…klu dh 2,2 suke n trust kwen jer..the rest hadap same2 nnt..keep it simple woman!!
Nurfatin Ayuni
Pasaipa tag kak yuni sehhh hahaha ?
Huwaaaa! Jangan tinggal kan dia. Kacak kot hahaha. Rupa awak tu boleh adjust. Kurus, gi slim world ke exercise ke apa boleh kurus! Gelap tu mandi susu lah tada putih dah! Jerawat tu.. alahai banyak jes treatment utk jerawat, usahakan cari skin care yg sesuai! Tapi hati tunang yg baik tk pndang rupa tu mana nak dapat?! Dah, jgn nangis nangis ! !
? slalu membaca ekk
Wan Firwan Fauzi membaca apa
Kite x kan mampu ubah org… Cube ubah diri kite sndri. Mmg x mudah, tp harus cube…
cantik is subjective . betullah tu , kau cantik dimata tunang kau . kalau rasa insecure , start ubah diri , jaga pemakanan , aku tgk ramai orang buat atkins , dr gemuk n hitam jadi kurus n putih ,aku tk tahu lh teori nya mcm mna , tp kalau nk kau blh cuba .
btw, kawin bukan hal memain , tunang kau nak kawin ngan kau kot, hargailah, buka dengar ckp org, kesian tunang kau stressed pasal benda remeh. n kawin bukan sbb rupa . jgn lh sempit sgt pemikiran . huhuhu .
aku ni tak shantek mana pun , tp shantek dimata suami aku, dia tak pernah lah nk tgk perempuan lain, n tak pernah puji orang lain, (tp kalau dia nampak org pakai burqa, dia ckp mesti lg cantik, maksudnya dia nk aku pakai mcm tu . haha )
ehhh. tercerita hal aku pulak . btw, kuatkan semangat, solat istikharah, minta petunjuk Allah. bincang elok2 ngan tunang,bgtau apa y kau terasa hati dgn adik2 n mak dia cakap atau perli kau . benda ni kena cakap baru tunang kau paham .
hmmm . kau paham tak apa yg aku cuba sampaikan ?
huhuhu . oklah byeee
Produk nak gebu nak cantik nak kurus banyak. Usaha lah beli. Lepas 2 doa bg tabah, doa bg yg dok perli tu berubah. Amin
X mo ckp byk. U r beautiful. Be yourself. Love yourself.
Salam sis. Baca dengan niat yg baik ya. Bila kita dgr dan fikir baik2, baiklah ia.
Mungkin mereka x bermaksud mengejek. Hanya sbb mereka x pernah terkurang cantik tu, jd ada benda yg mereka x perasan kata2 tu dh mengguris perasaan.
Sy bg contoh. Sis x pernah cacat. Maka kata2 sis di post tu, “yelah xdelah kurang mcm cacat ke apa”, bagi mereka yg cacat mungkin dh mengguris perasaan dan mengalirkan air mata memikirkan mereka “kekurangan”.
Semoga dapat menyuntik fikiran yg positif kepada sis. Kita muhasabah ya. In shaa Allah.
“Yg paling cantik adalah apabila kita dicintai walau fizikal x menyebelahi, tentunya yg cantik itu hati”
My opinion la kan, you nak kawen dgn tunang you, bukan family dia , so abaikan apa yg family dia ckp, tak semua org suka kita, tak semua org akan senang dgn kita , tapi tunang you dah pilih you untuk dijadikan isteri, ibu kpd anak2 dia, and teman sehidup semati dia.. I tahu apa yg you rasa sbb i dah penah rasa apa yg you tgh lalui skrg ni , and apa yg i hadapi lebih berat dpd apa you hadapi skrg, tapi i buat cara i, i tak kisah apa org nak ckp, ni hidup kita, sonkita yg tentukan.. Jgn dgr ckp org yg nak down kan kita.. Inshaallah i doakan semuanya rancangan , usaha yg you dgn tunang dah plan akan berjalan dgn lancar ,amin.. Banyakkan berdoa , mintak petunjuk, solat istikharah.. Inshaallah Allah akan permudahkan segalanya.. Amin ☺
Mcm ni dik. Nak ubah ciptaan Allah ni bukan itu jln dia. Bersyukur la tunang betul2 ikhlas n sygkan awak. Kira rezeki awak dpt husband ade rupa. Pasal mak adik2 dia tu kacang je dik non. Y penting confidence kene ada. Rupa paras x seharusnya kene cantik putih gebu gebas. Penampilan tu kene tip top. Skrg kan dah mcm2 fashion muslimah y urban kan. Shawl pon mcm2 gaya skrg smpai xlarat nak follow dah. Be simple yet ellegance. U dont have to have a pretty face to look stunning. No.
sis diet atkin la..nnty makan supliment..dalam 2 bulan pon dah kurus klau ikot syarat yg ok..
Emeilia Aznam
Erm.. Sis, satu je nk pesan. BERUBAH. Gemuk, cantik, kurus, jerawat etc tu sume boleh berunah. So, kalau sis finally decide nk berubah, boleh pm sy. Nnti sy bantu setakat yg mampu. InsyaAllah. :)
I feel ya sis
Gemuk boleh kurus. Kalau jenis pendek tak boleh tinggi sis. Satu lagi’ confidence is the new sexy’. Kalau confidence, nothing can beat us
Makcik tu pon jgn trlalu riak….ada ank segak lh anak cntik lh…tu semua anugerah allah jaga elok2 bkan suroh bangga2 kn…pinjaman jer tu…nanti bla allah murka dia trik blik apa yg dia bgi mnyesal x guna dah…skrng dunia mcm2 dh jadi….akak harap adek sabar bnyk2 tepuk dada tnya selera yg baik ikut yg buruk simpang kn…amin…..
assalam dik. im trying to be real here. if i were u…i wld hv just cancelled the engagemnt. there is nothing to hokd kn when u knw ppl tht r going to be ur in laws r criticising u. ..although indirectly…but it signifies something. it wld be scarier if the comments carry on until u t married. his love alone is not enough…acceptance by ur future family is important too. of course u wont be staying together with ur fut in laws but u ll be meeting them throughout ur life. my suggestion is….he is not the man 4 u because his family says so. think abt it.
Aku rasa kan, best thing is;
1) Buat Diet Atkins Strict before wedding
2) Beli Awet Muda Putri Alya sampai wedding
Nur Syahira Arudin
selalu tgk kat page atkin tu.. perempuan yg ala2 makcik..lepas atkin terus kurus and putih..jd cun melecun.. try ler… y not.. d mana ade kemahuan disitu ade jalan.. doa..tawakal.. yg penting usaha…
Aini Alisha
Hmm i feel u sis. Rasa insecure dgn org yg kita rasa jauh lebih cantik dari kita. Been there done that. So what do i do? Buat sesuatu yg boleh naikkn semula self confident. Kalau u rasa u bdn berisi. Why not u try healthy diet. Kalau u rasa u xlawa berjerawat. Fix it. U takkan automatik jd lawa dear. Serius. I berani ckp sbb i tgh buat benda yg sama. Bkn nk kata tak bersyukur. No. Jauh sama sekali. Tp kalau those things boleh boost up ur confident level why not? In fact u nk kawen kan? So tak salah rasanya nk melawa dpn suami u nanti. Janji niat tak lari lah. Kita sama2 perempuan so basically i faham apa yg u rasa. I mampu ckp je. Tp u yg decide what to do. Oh haa, istikharah jgn tinggal sis
jgn terlalu pikirkan kata2 org..ambik yg baik je…simple
i feel u sis,apa yg org lain fikir or rase psl diri kita, delete trus dari hidup kita…jgn dihiraukn..kuatkn smangat dan bykkan brsyukur…rmai sgt yg cantik flawless kt luar sana tpi x de jodoh pn..utamakn pndgn Allah saja..sm ada org suka atau x pd kita,serahkn pd Allah sbb Dia yg pegang hati2 mnusia..redha je
Yg tembam bleh slim..yg gelap bleh cerah..pm me dear, i bkn jual produk..ikhlas nak bantu..kita cantik cara sihat..sedangkan mak nyah yg sah2 asal jantan tu pun bleh jdi cun mengalahkn pmpuan ini kan lagi kita org pmpuan yg tulen..don’t gve up..sedih sja xguna klau xda effort nak upgrade diri..jgn disebabkn hal ni hubungan ngn mak mentua n ipar2 jdi xbest..sis dah ckup bertuah tau dpt tunang & mak mentua yg baik..jgn biarkn diri trus hanyut dgn rsa down or rendah diri..Xlama lagi nak kawen kan? Lets work it out!
kwin lps tu pndh jauh2.klau blik rmh mertua sentiasa pkai earphones dgr lgu ..
Pm aku. Aku tolong sampai kau kurus.
Mslh ni hnya awk yg bleh selesaikan. Awk rs awk temban? Then cuba kruskn badan. Awk rs awk byk jerawat? Then cuba buang jerawat awk. Try produk yg sesuai tuk kulit muka awk. Awk rs awk pendek? Terima hakikat kejadian Allah sbb mmg dh xleh nk tggi dh. Awk rs kulit awk xcerah? Then pk positive, knp org kulit hitam bleh jd model? Sbb hitam tu menawan. Kesimpulannye xguna down sorang diri, awk ada tunang yg support awk, syg awk, then awk perlu syg diri awk lebih lg. Kt luar sana ada org yg alami keadaan lbh truk dr awk dan yg penting mereka berusaha untuk syg diri mereka sndr. Nak seribu daya, xnak seribu dalih. I dulu krus gak tp pas kawin jd makin comel plak. yg penting yakin pada dri sndr. Lg satu, kecantikan tu universal. Mata kita xsama pandangan dia.
Rahimi Ali
I feel you sis.. :(
Rafi perempuan memang insecure k , deal with it
Ala dik. Ilek2x. Ko g beli suppplement ke, pencuci muka ke, bg cantik kulit, tak perlu putih, cukup fair and flawless gitu. Ko tgk mat salleh, banyak kawen dgn org kulit gelap. Kalau ko perhati, diaorg cantik sbnrnya.
Pape pun dik, x semu laki tgk kecantikan luaran. Asal ko jenis pembersih, berkeyakinan, ada pesonaliti,pun dah ok. Ada laki suka perempuan bijak even x cantik mcm miss uuniverrse.
Yg penting, ko yakin diri. Yg MANA kurang, pertingkatkan lg. Hati ni, allah yg pegang, kalau allah dah tentukan hati laki tu suka kat ko, maka suka la.
Aisyahananie Sophie
Cantik is too subjective. Cantik dari segi paras rupa, akhlak, budibahasa dan sebagainya. ‘cantik’ ni akan dimamah dek usia. Tapi kalau cantik dengan akhlak, akan kekal sampai bila2.. Si dia cantik, tapi ditinggalkan. Si dia cantik, tapi diceraikan. Si dia cantik, tapi buruk perangainya. Si dia cantik, tapi menyakitkan hati orang. Banyak perumpamaan boleh dibuat kan? So wht u need to do is just ignores those words that’ll make u down, worst, negative etc. why don’t u do something or appreciating ur self rather than thinking those negative vibes surrounded ur life. Idk, like exercise ke, do it for ur own sake, not bcuz u wanted to change bcuz of what people want you to be, Just be yourself. I know u can do it, it’s all in ur mind. Good luck! N congrats for ya wedding soon!
Salam sis….nasihat saya sis jangan tinggalkan lelaki yg baik seperti tunang sis tu. Terima sis dgn seadanya. Sis cantik dimatanya. Kecantikan bukan terletak pada rupa paras tetapi tingkah laku, lenggok dan gaya, pertuturan kita boleh cantik dipandang. Pasal ibu mertua tu saya pasti dia tak berniat langsung nak guriskan hati sis. Rasanya dia sayang kot. Even mak sendiri pun memang suka bangdingkan kita dgn anak org lain yg lebih baik. Anggaplah itu telatah org tua. Saya rasa sis sedang dihasut bisikan syaitan yg memang nak runtuhkan masjid. Berzikir banyak banyak dan solat selalu insya allah sis akan lebih tenang. Terlalu ramai diluar sana saya lihat couple yg seorg terlebih handsome /cantik banding dgn seorg lagi dan hidup bahagia je…memang allah jadikan kita utk saling lengkap melengkapi. So sis…tahniah ye dan semoga berbahagia hingga ke jannah. Ameen!!