Ada Ke Lelaki Yang Nak Bernikah Tapi Tak Nak Anak?

Assalamualaikum. Saya merupakan ibu tunggal yang bekerja dan mempunyai seorang anak.

Dulu berkenalan dengan bekas suami yang saya namakan W, sekejap je sebelum bernikah. Diperkenal oleh mutual friend. Total up tak sampai 6 bulan kenal terus bernikah.

Konsep kami bercinta selepas nikah. Fasa perkahwinan sangat mencabar. Terlalu banyak konflik. Konflik terbesar dalam perkahwinan kami bermula selepas saya melahirkan anak.

Untuk pengetahuan, sejurus selepas nikah saya terus mengandung. Saya ada beberapa masalah kesihatan masa mengandung, bersalin pun awal sebulan.

Fasa membesarkan anak bagi saya sangat traumatised sebab mental saya tak stabil selepas melahirkan. Boleh jadi perubahan hormon dan boleh jadi sebab saya stress dengan kerja saya masa tu.

Ketika anak berumur 6 bulan, kami PJJ selama setahun lebih. Anak duduk dengan saya. Kepenatan saya bukan kepalang masa ni. Pelbagai usaha dilakukan untuk saya memohon pindah.

Selepas diluluskan perpindahan, kami duduk bersama, kerap juga berbalah lebih-lebih lagi bila saya sibuk dengan kerja, stress dan penat.

Anak lebih rapat dengan saya walaupun saya tak nafikan, ayahnya pandai menjaga anak. Mungkin sebab ayahnya agak tegas.

Secara jujur, saya sangat burnout dalam usaha membesarkan anak dan bekerja. Saya sedar anak itu amanah, oleh itu saya berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak.

Sehingga saya sendiri burnout dengan kepenatan bekerja dan membesarkan anak. Oleh itu, saya sedar, saya tak mampu untuk menambah anak dalam masa yang sama bekerja.

5 tahun perkahwinan saya dengan W, terlalu banyak konflik. Konflik masalah komunikasi, konflik kewangan, kurang persefahaman dan sebagainya.

Banyak kali saya minta cerai. Tapi dia tak nak lafazkan sebab dia tak nak bayar mutaah. Konflik paling besar bilamana dia daripada dulu nak tambah bilangan anak tapi saya tak ready.

Saat kemuncak saya berlaku jujur dengan dia, saya nak berhenti kerja jika tambah anak. Sebab mental saya tak kuat sekiranya terus bekerja dalam masa yang sama membesarkan anak kecil.

Ketegangan konflik kami pada masa ni, saya memohon cerai. Dan dia pun setuju untuk lepaskan saya.

Perkara berlaku terlalu pantas. Kami sah bercerai. Anak duduk dengan saya.

Secara jujur, selepas perpisahan, semangat untuk saya terus membesarkan anak pudar serta-merta. Dulu balik kerja, saya paksa diri untuk spend time dengan anak. Sekarang, balik kerja je saya terus tidur.

Oh ya saya duduk dengan ibu bapa saya selepas sah bercerai.

Terlintas dalam fikiran saya, patut ke saya berikan hak jagaan anak kepada W. Sebab W ada perancangan untuk berkahwin baru dan menambah anak.

Sekurang-kurangnya anak kami yang berumur 4 tahun lebih akan ada kawan untuk bermain. Secara jujur, saya kesian tengok anak main seorang diri tapi saya takde kudrat nak melayan anak bermain.

Saya mula sangsi dengan keupayaan diri sendiri. Sedangkan dulu saya tersangat bersemangat buat aktiviti dengan anak, masa masih dalam perkahwinan. Sekarang semangat tu terus hilang.

Alhamdulillah rezeki saya, saya ada pekerjaan tetap, yang mana pendapatan saya ok.

Jauh dalam sudut hati saya, tipulah kalau saya tak nak berpasangan lagi.

Cuma saya tertanya-tanya, ada ke lelaki di luar sana sama ada bujang atau bapa tunggal yang sanggup berkahwin dengan ibu tunggal tanpa niat untuk mempunyai anak bersama.

Kerana saya tahu kemampuan diri sendiri.

Saya sedang mencari kekuatan dan semangat yang hilang.

Mohon doa semua semoga urusan saya dipermudah.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *