Ada sape2 tau kisah ni? Kalau ada boleh komen.
Tengku Ali ? Pernah tak anda semua kenal siapakah gerangannya hamba allah ini. Beliau adalah anak jati Negeri Terengganu Darul Iman. Kalau anda tidak kenal tak mengapa kerana ada lagi yang lebih teruk dari anda dimana anak jati Terengganu sendiri tidak mengenali beliau atau ada yang pura-pura tak kenal. Siapakah Tengku Ali sebenarnya dan apakah kaitannya dengan Tahta Kerajaan Negeri Terengganu.
Tengku Ali dilahirkan pada tahun 1914 di Istana Tepi Bukit berhampiran Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan putera sulung Sultan Terengganu ke 13 iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III yang memerintah diantara tahun 1920-1942. Bondanya adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sewaktu berusia 8 tahun dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Andrew School, England sewaktu berusia 15 tahun dan menyambung pelajaranya diperingkat ijazah di Oxford Univerisity dalam bidang Geography. Walau bagaimanapun beliau tidak sempat memperolehi ijazah. Pada tahun 1934 beliau kembali ke tanahair dan pernah bertugas dengan Mubin Sheppard di Kemaman, Di Selangor dan Kuala Lumpur bersama Raja Uda dan Residen British Selangor pada waktu itu dan kembali semula ke Terengganu pada 1937 dan pernah bertugas sebagai penguasa polis & kastam dan pegawai pelatih di Mahkamah Besar Kuala Terengganu.
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu ke-13.
Sultan Sulaiman mangkat pada 25 September 1942 (14 Ramadhan 1361) jam 05:30pm hari Jumaat di Istana Timur, Padang Seri Negara, Kuala Terengganu. Sepertimana anda semua maklum, tahun 1942 adalah zaman era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Setelah Al-Marhum Sultan Sulaiman dimakamkan dikubah Masjid Abidin, Tengku Ali ditabalkan sebagi Sultan dihadapan Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri, ketua-ketua pejabat kemajuan, kerabat-kerabat diraja dan lain-lain.
Jepun menyerah kalah pada 12 September 1945 dan pemerintahan Tanah Melayu kembali ke pentadbiran tentera British. Pada 05 November 1945 , seramai 13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu mengadakan mesyuarat di Istana Maziah tanpa pengatahuan Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu.
Pada hari Ahad, 16 Disember 1945, beberapa orang kerabat diraja, menteri-menteri dan Hardley berhimpun di Istana Maziah tanpa pengetahuan Tengku Ali dan dalam perhimpunan ini mereka mengistiharkan Tengku Ali tidak lagi menjadi Sultan Terengganu. Mereka yang terlibat diantaranya Umar Mahmud, Tengku Hitam, AbdulRahman, Muhammad Saleh Ahmad, Abu Bakar Mustafa, Tengku Embung, Abdullah, Abdul Kadir, Abdullah Yunus, Wan Muda Wan Ali, Tengku Hitam Hussein, Muhammad Hashim dan Tengku Wok. Diantara mereka hanya Tengku Wok sahaja yang pernah meminta maaf kepada Tengku Ali.
Setelah turun dari tahta Tengku Ali menjalankan pelbagai tugas untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga dimana Tengku Ali pernah menjadi pemandu kereta sewa dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang hingga ke Singapura dan pernah DYMM Sultan Pahang mengeluarkan perintah supaya beliau di "tangkap" tapi beliau dapat meloloskan diri. Beliau juga pernah menjadi Tauke Wayang bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain di seluruh Terengganu bersama anak sulungnya Tengku Abdul Halim.
Tengku Ali. Beliau mangkat pada 17 Mei 1996 dalam usia 82 tahun. Perjuangannya mencari pengiktirafan sebagai Sultan Terenggnu terputus ditengah jalan. Beliau dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
Makam Tengku Ali telah dibina oleh anakanda beliau iaitu YH Dato' Setia Pahlawan YM Tengku Dato' Haji Iskandar Abu Bakar ibni Tengku Ali, DSAP; DIMP; SAP; AMN; PJK. Tengku Dato' Iskandar adalah anakanda Tengku Ali dan bekas Tengku Ampuan Terengganu iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil bt Al-Marhum Sultan Abu Bakar, SIMP. Beliau sekarang bertugs di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sebagai Penolong Pengelola Bijaya DiRaja KDYMM Sultan Pahang. YAM Tengku Ainon Jamil telah berpisah dengan Tengku Ali selepas Tengku Ali diturunkan dari Tahta Kerajan Terengganu.
Beliau pernah membawa kes Tahta Kerajaan Terengganu ke Mahkamah tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Apa yang terkilan di hati Tengku Ali adalah beliau tidak pernah diiktiraf sebagai Sultan Terengganu dimana seolah-olah selepas kemangkatan Sultan Sulaiman pada 25 September 1942, Terengganu tiadak mempunyai Sultan sehingga bapa saudaranya, Tengku Ismail menaiki tahta sebagai Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 16.12.1945.
– Royal.