ada sesuatu tak kena

Assalamualaikum. ribuan terima ksh for admin yg sudi app story yg aku nak share. aku taktahu apa yg tak kena dgn ayah aku. cemburu buta, prasangka yg melampau. entahla. biar aku share serba sdikit. ayah aku ni cemburu kuat terhadap mak aku knonnya mak aku sllu main cinta dgn jantan lain. sdgkan mak aku tu da mcm hamba ayah aku, da mcm belangkas ke mana pegi bkepit je sbb mak aku taknak d tuduh yg bkn2 n cuba elak pergaduhan. mak aku turun kejap je nak putik lada ke,jolok jantung psang ke,putik sayur ke ayah aku msti ekori knonnya ada llaki yg tgh tggu mak aku kat belakang umah. Ya Allah. takdenye org nak dtg rumah aku memandangkan rumah aku agak jauh dr jiran2 lg pun jiran2 baik laki mau pun ppuan sume segan dtg umah aku dek kerana mereka da sedia maklum dgn sikap ayah aku yg tak berapa elok. klu ada pun yg nak kat mak aku, baik dorg ngorat aku yg msh anak dara ni. kekdg tu ayah aku tenung mak aku tajam semcm je, bkn mak aku je aku pun sm. ayah aku asyik perati je kiteorg. paling tak suka bila mkn, ayah aku renung mak dgn aku silih bganti..dgn mata tajam, ilang trus selera mkn aku. bila ada sedara mara meninggal atau kawen kami tak pegi sbb kata ayah aku mak aku main mata je ngn jantan. aku ngn mak sebulan sekali kuar ke pekan beli belanja dapur, tu pun mak asyik kelam kabut beli brg. klu aku ngn mak lmbt blik, mula la ayah aku dgn prasangka buruknya. satu sikap pelik ayah aku, dia tak suka pegi tmpt yg ramai org misalnya ke pekan, majlis2 atau kenduri. ayah aku akan cemas dan takut semcm, asyik nak blik je. kegemaran ayah aku minum air campur cuka, knon katanya nak elak dr kena racun dan buatan org. knonnya aku dgn mak bsekongkol nak bunuh ayah lpas tu tanah dan harta ayah mak bolot. aku pun taktau knp ayah aku boleh bfikiran sjauh itu. korang rasa apa yg tak kena ek dgn ayah aku?

– Gadis Tunggal

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *