Ada Suami Tapi Sunyi II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ada-suami-tapi-sunyi/).

Terima kasih yang sudi baca confession yang saya pernah tulis ‘Ada suami tapi sunyi’. Ada jugak yang condemn tapi lebih ramai memberi nasihat. Terima kasih.

Kebanyakan nasihat dah pernah saya apply tapi Allah masih belum makbulkan mungkin masih banyak saya perlu betulkan dalam diri terutama bab sempurna solat.

Ada yang kata saya sangat penyabar. Ya saya memang penyabar tapi jika sampai limit saya juga orang yang tak akan toleh belakang.

Selagi boleh sabar sabarlah kalau dah tak tertahan buat apa lagi tunggu. Saya berpegang dengan alasan rumahtangga baru 2 tahun.

Lagipun suami juga ada perubahan walaupun sedikit dan perit.

Saya akui suami bukanlah seorang yang tidak boleh dibentuk tapi prosesnya sangat jerih.

Nafkah zahir memang tiptop tapi nafkah batin, kesihatan mental isteri itulah yang masalahnya.

Suami selalu anggap remeh sampai isteri rasa sunyi. Tiada empati dari suami.

Saya memang buat hal sendiri, happykan diri, kisahkan hal anak sahaja.

Memang saya boleh buat semua tu tapi jauh di sudut hati mesti nak jugak suami yang boleh dijadikan teman bersembang.

Apa tujuan kahwin kalau dah masing2 buat hal sendiri.

Tapi suami saya zero bab communication. Ada yang suruh saya jadi laser.

Saya memang laser tapi suami pulak cakap akhlak saya buruk sedangkan dia tak sedar laser saya adalah reflection dari apa dia buat pada saya.

Saya kenal dengan suami 6 bulan sebelum kahwin.

Red flag 2 minggu sebelum kahwin tapi kita takkan kenal suami selagi tak tidur sebantal.

Bercinta 10 tahun pun tak dapat janjikan apa selepas kahwin.

Tetiba diduakan, tetibe di itu di inikan. Terlalu ramai kawan2 yang nasibnya sama.

Malah ada yang lagi teruk suaminya kalau bab menolong buat kerja rumah walaupun dah bercinta lama.

Takkan waktu dating nak bawak penyapu tunjuk yang dia rajin mengemas.

Kalau terlalu ramai lelaki yang macam ni tak kanlah tak ada seorang perempuan yang tak terkahwin dengan lelaki mcm ni. Sebab terlalu ramai lelaki yang memang tak dididik buat kerja rumah.

Yang ada pun berapa ramailah sangat. Kalau dapat yang rajin alhamdulillah.

Kalau tak memang isteri jugaklah kena usaha didik dulu.

Mak2 memang ramai suka merajakan anak lelaki dan suami dengan harapan pandailah dia buat kerja rumah bila dah kahwin nanti.

Senang je kan lepaskan tanggungjawab didik anak dia pada isteri pulak.

Waktu rebung tak nak didik bila dah jadi kayu disuruh isteri didik pula hmm.

Umur dah 30 isteri tegur tak makan nasihat dah. Yang tu cuma mencari gaduh je.

Last2 isteri jugak yang buat sendiri sebab taknak bergaduh. Saya masih bersyukur walaupun susah tapi suami masih boleh dibentuk.

Saya nak suami sama2 buat kerja supaya anak nampak yang suami ni ayah yang bertanggungjawab. Sebab saya dibesarkan dalam family yang lelaki2 dirajakan.

Kebanyakan kerja rumah mak yang buat. Sakit penat mak saya ayah saya memang tak kisah.

Pada dia biasa sahaja. Saya tak benci ayah saya cuma saya terkilan situasi dan budaya mcm tu dari dulu lagi.

Saya harap sangat anak saya tak benci bapaknya sebab itulah saya perlu didik dulu suami.

Hmm pelik kan sepatutnya bab mendidik ni ketua keluarga lah tapi sekarang jadi tanggungjawab isteri pilih dan corakkan keluarga yang mcm mana dia nak.

Dia juga lah yang kena kuat untuk hentikan budaya tak kaduk merajakan lelaki. Dalam rumahtangga sekarang sayalah yang paling cold.

Walaupun suami buat lawak saya buat tak kisah saja. Sebab saya dah penat jadi baik.

Kadang sampai lupa mcm mana nak senyum. Bila saya baik saya rasa dipijak.

Saya rindu diri saya dulu yang boleh bergurau senda. Bila saya jadi ‘cold’ suami boleh pula buat kerja tanpa disuruh.

Tapi bila saya jadi baik dan tak berkira dia lupa pulak untuk menolong buat kerja rumah.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *