adab.

salam. okay ni aku nak cerita pasal satu geng kelompok ni. aku pergi kem under sekolah 3 tahun lepas. kem ni cikgu bawak budak budak bermasalah je. and aku pulak taktau kenapa nak pergi sangat siap merayu mintak cikgu masukkan nama aku sekali.

nak dijadikan cerita, campsite kitorang ni memang betul tengah hutan & jauh dari pekan semualah.waktu sampai je kami kat situ, aku terdengarlah helpers kat situ dok bisik sesama sendiri cakap ada something wrong dekat campsite perempuan. aku pun, ha dah agaklh terus meremang bulu roma aku. aku ni dah biasa pergi camp macamtu sebab aku suka aktiviti lasak so aku pun taulah sikit nak kawal macammana.

lepastu adalah pulak satu puak perempuan ni yang jenis tergedik dalam hutan tu pulak. siap menjerit gelak gelak. kami semua solat maghrib yang depa pi kat dalam khemah tu gelak gelak. helpers pun pening nak layan.

malam tu pulak, aku dah cako kat group satu khemah aku. masuk je semua baca yassin. kebetulan helpers tu letakkan aku dekat khemah betul betul bawah pokok besar. sah aku taksedap hati, yang khemah sekelompok tu pulak aku takpaham. phone dibukaknya surah yassin lgi satu phone bukak lagu k-pop. yala, zaman kpop time tu.

ha, lupa nak bagitau salah sorang dari dalam group khemah aku ni dia senang nampak. pastu mulut dia cabui pergi sebut "weh, aku nampak macam orang berdirilah kat batu sana tu" haaaa. tu dia aku terus lempang dia.

aku bagi nasihat, lepas isyak baca lagi yassin dalam khemah terus tidur. and aku takkasi dorang bukak khemah. lepas baca tu aku pun tidurlah. tapi dalam pukul 3 macamtu aku tersedar sebab bunyi bising sangat kat luar. lepastu tetiba sorang dari khemah aku yang boleh nampak tu masuk khemah gelak gelak. aku pun makilah dia sapa suruh keluar time macamni.

bila masuk je dia kitorang yang terjaga ni dengar dorang menjerit nangis nangis. aku dengar dengan jelas ada budak ni sebut "kau nak apa, aku tak kacau kaulah. pergilah pergi. aku taknak tengok muka kau" jerit sambil nangis. and weh, before sesi menangis tu aku dapat tangkap ada budak dari khemah tu baru keluar toilet lepastu dia tanya member dalam khemah "eh, asal aku nampak khemah kita ni gerak kuat sangat. korang menari ke apa kat dalam ni? roboh khemah!" haaa member dia pun jawab "taklah, semua main phone je ni. tapi si N ni pulak kan dia cakap ada orang tampar dia" haaa time tulah depa semua tetiba kena kacau.

aku dari dalan khemah menjadi saksi dengar dorang menjerit menangis semua.mmber aku yang boleh nampak tu nak kluar nak tengok. ha aku pun ketuklah kepala dia. biol sangat nak keluar. aku suruh dia kejutkan geng khemah kami yang lain. bangun mamai mamai depa tu terus aku suruh baca yassin. kami ulang je surah yassin tu sampai subuh. bila subuh tu dengar yang lain keluar, aku pun keluarlah.

ha yang kena kacau tu korang takyah tanya, dorang dah kena tarik dengan helpers suruh masuk kat dewan. tapi kan, aku peliklah.sampai sekarang. kenapa khemah aku je yang tersedar dengar semua tu jadi. aku tanya khemah lain, dorang kata tak dengar apa pun.

since dari kejadian tu, dorang semua kena hantar balik.sebab takut benda tu jadi lagi. aku ni nak dikatakan lemah semangat memanglah. tapi aku terpaksa kuatkan. sebab benda benda tu lagi suka kalau dia tau kita ni lemah.

so, moral of the story. jaga adab takkira katmana kau berada. bukan kena jaga adab dengan orang je. jaga adab dengan alam jugak. bukan kita je duduk kat alam ni. ada satu lagi alam kita kena ingat.

– sha

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *