Assalamualaikum semua, aku sebenarnya nak cerita tentang adab bangsa Melayu zaman kini. Melayukan terkenal dengan adab, kesantunan dan berbudi bahasa tapi aku tengok kian hari makin luntur.
Agaknya kenapa ya? Kita tak payah fikir tentang budak2 muda umur lewat 20an ke bawah tapi bagi mereka yang 30an ke atas ni (inikan golongan yang mungkin dah berumah tangga dan ada anak2). Tapi kenapa golongan ni agak biadap?
Budak2 zaman sekarang mungkin susah nak dibentuk sebab mereka dah generasi y dan z. Tapi yang 30an keatas ni apahal pula? Banyak dah kes berlaku sampai membawa kepada pergaduhan. Aku baru2 ni baca 1 page dalam facebook ni, page warga taman keramat ke apa tah. Aku walaupun tak duduk situ aku duduk gombak tapi aku suka je like2 mana2 page dalam facebook.
Kadang2 kita like benda yang diluar bidang kita untuk dapatkan maklumat dan sebagai general knowledge. Ok berbalik kepada page warga taman keramat ni. Aku selalu juga tengok masalah dia asyik2 pasal jalan yang dituraplahkan. Ye lah dari ampang, kawasan keramat, federal highway tu dan banyak lagi jalannya tak habis2 dengan construction. Siapa je yang tak suka sebab menyusahkan.
Tapi dalam kadang2 aku tengok page tu kan, aku tertarik dengan sorang ni, dia ada komen tentang adab admin page tu. Dia tulis macam ni lah aku ringkaskan, ‘maaf, kalau boleh admin jangan suka nak marah2 sebab tak elok untuk dibaca oleh kanak2’ macam tulah lebih kurang.
Aku rasa elok je dia komen siap maaf lagi, ayat takde bunga2 takde terabur terus je straight to the point dan yang paling penting aku baca tak rasa sakit hati pun. Tapi yang peliknya admin tu boleh ‘sound’ pula dia sekali pakej dengan likers2 yang lain nak serang facebook dia.
Ni apa masalahnya ni? Kalau aku orang comment/ message aku macam tu aku rasa seronok tau. Sebabnya sekurang2nya ada orang yang nak nasihatkan kita mana salah silap kita.
Aku bukan apa. Aku sendiri memang kerja bidang2 construction ni sekurang2nya dah 20 tahun aku kerja. Kami ni kerja setiap kali meeting atau site meeting asyik kena sembur ja. Tak kisahlah yang sembur tu client ke, contractor ke atau consultant ke. Semua masing2 nak tunjuk hebat, ayat berapi2 adalah bunyi macam gordon ramsey tu.
Tapi aku ni yang jadi orang bawah ni terpaksa hadap je lah telinga ni. Walaupun bos aku yang kena marah aku juga yang terasa sebabnya dalam construction we are one as a team. Mana2 yang kerja construction mesti tahu ayat ni.
Jadinya berbalik kepada orang yang nasihat ni (aku panggil dia Si Penasihat). Si Penasihat ni tak buat salah apa, nasihat sikit dah kena sembur dan dimalukan. Bertabahlah Si Penasihat (aku tak tahu dia lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke sebabnya dia guna fake account).
Ni satu hal lagi guna fake account pun kena marah juga. Habis admin dia tulis yang konon acah bagus nak nasihat orang tapi guna fake account dan baru like page dia tu. Acah bagus celah mananya? Sebab dia tak baguslah dia nasihat, orang yang nasihat ni bukan sebab dia bagus tapi sebab nak jadi baguslah. Nak didik hati dia menasihati dan dinasihati.
Aku tak tahu Si Penasihat ni student ke atau mungkin senior dalam bidang aku tapi aku tahu yang dia faham tentang construction. Ya lah sebagai pengguna jalan raya yang tiada latar belakang construction korang cuma nampak benda2 macam susah nak jalan, bahaya macam tu je.
Tapi bagi orang dalam construction, kami nampak semua tentang cuaca macam hujan ke tak? Berapa banyak kenderaan yang lalu sebab nak kira loading, check access road, material yang digunakan tu sesuai ke dengan cuaca dan time constraint tu. Ni aku cerita basic je lah. Memanglah bagi orang yang tak tahu apa2 kata senang je lah tampal jalan apa ke susah sangat? Apa asyik rosak je? Komen memang senang tapi senang2 ni pun leceh juga.
Aku bagi contoh macam cat exterior rumah, kalau kau cat rumah lepastu hujan, separuh dari cat tu akan jatuh sebab coating dia tak lama sama macam pakai inai baru pakai dah basuh tangan warna akan tak pekat. Contoh lain kalau kau pergi tampal gigi lepastu terus guna tempat tampal tu effect dia sama ada gigi tu sakit ataupun tempat tampalan tercabut macam tu lah tampal jalan, baru tampal tak sempat kering dengan betulnya tapi kenderaan lain dah lalu.
Aku yang kerja bidang construction ni dah tahu risiko dia, kita tak boleh tutup atau sekat jalan atau cover dari kena hujan. Jadinya untuk puaskan semua pihak kita tampal je lepastu seminggu dua akan rosak balik tapi sekurang2nya guna tarmac ni lagi cepat kering kalau nak dibandingkan dengan concrete. Kalu guna concrete untuk bangunan biasa tapi tak sempat kering dalam masa 7 hari alamatnya collapse lah building tu bila masuk loading nanti.
Lepastu yang reply comment dekat Si Penasihat tu tanya kerja MPAJ ke apa tu dah kenapa? Apa kenanya nasihat dengan kerja MPAJ? Korang tahu tak memang susah nak deal dengan kerajaan? Aku bukan nak kutuk kerajaan tapi ni hakikatnya.
Buat construction adalah bidang yang boleh tahan banyak nak kena deal dengan kerajaan ni sbbnya nak kena deal dengan PBT, majlis perbandaran, pejabat tanah, pejabat jupem, perancangan bandar dan wilayah, majlis alam sekitar, majlis paip dan saliran dan lain2 badan seperti bomba, tnb dan sebagainya.
Korang tahu tak proses dan procedure dia tu berapa lama? Penat menunggu tu, kalau tak ikut SOP boleh kena saman ataupun SWO. Jadinyanya aku rasa tak salah bila dia nasihat macam tu, Si Penasihat tu tak kata pun dia kerja MPAJ.
Lagi satu korang tahu tak setiap kali buat projek nak deal dengan kerajaan untuk dapatkan kelulusan dan mintak payment lah yang paling payah bertahun2 tunggu itupun bayar tak sampai 50% masih ada balance sbbnya banyak sangat alasan. Rasa memang nak bertumbuk je tapi sebabkan kami profesional jadi etika tu kena ada.
Kau admin page tu sibuk nak jaga kemudahan orang awam siap kata tak minta apa2 tak dapat gaji sambil maki2 dan nak perlekehkan nasihat Si Penasihat tu. Dia pun penduduk kawasan situ, itu hak dia, dia tak guna bahasa kesat pun. Ke kau tu yang panas?
Kalau kau ada hak memaki orang, dia pun ada hak memberi pandangan. Mentang2 dia fake account kau salahkan dia. Habis ingat orang lain yang buat account letak nama, letak muka dan letak latar belakang tu betul sangat?
Macam ni je lah kata bangsa Melayu? Nak dimartabatkan tapi guna ayat kesat jadinya macam mana bangsa lain dan hormat? Nasihat baik pun kau tak terima. Bangsa Melayu sekarang memang kurang adab. Dahlah itu je aku nak cakap, aku nak pergi sambung jaga bore piling tak habis dalam lagi.
Peace no war.
– ~ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit