Adab Bekerja

Salam..

Tq kat admin sgt2 klu memilih article saya diupload dalam confession ni. Terlebih dahulu, saya nak bgtau yg diri sendiri byk khilaf. Sy seorang berusia 23 tahun grad diploma in IT awal masa umo 20..jadi dapat kerja awal. Kerja kali ni yg kedua dan boleh bertahan sampai nak dekat 2 tahun jugak la. Saya bekerja di sebuah company IT kat KL..tp position 1st level je pon. Answer call, perform troubleshoot pastu escalate case pegi 2nd level. Dapat emel, reply emel daripada second level or client, key in report, escalate pegi 2nd level. Tula rutin harian aku. Keja nampak mudah, tapi klu tak berhati2 anda akan ditegur atau dimarah. Klu tak ditegur atau dimarah bos, anda takkan berubah ya tak?? Alhamdulillah, gaji OK..sekali dgn bonus dah 2 kali dah dapat dan bekerja selama 12 jam, diberi offday sebanyak 3-4 hari dalam seminggu, sbb extra 4 jam bekerja majikan bagi offday..OK la. Kata tension semua kerja ada tension..Nak relax, dok rumah, goyang kaki, tidur.

Company ni run for 24 hours, support system client 24 jam, 7 hari seminggu tanpa henti korang bayangkan ye. Saya bekerja permanent shift malam, jadi malam yang bekerja ada 3 org, partner 1 department dengan department depan. Saya tulis confession ni bukan semata-mata nak citer pasal keje saya, tapi ADAB Bekerja dengan rakan sekerja, dan adab dengan senior.

OK. Bayangkan ya. Kerja 12 jam korang tahu tak rasanya masya Allah penatnya mcm mana. Gila bapak letih klu baru 1st time masuk. Lagi2 malam hari. Walaupun malam suasana agak relax, tapi bayangkan malam ye.. MALAM…orang gunakan masa ni untuk berehat dgn keluarga..tapi kita bekerja.. OK ni satu part. Dahla supervisor cuma available masa opis hour sahaja, klu korang bekerja, tolonglah jangan serabutkan partner korang. Kerja dah lebih setahun, tapi masalah yang simple2 klu dapat tu tak pernah nak take note, tak pernah nak alert. Aku tak kisah kalau org tanya problem kat aku, tnye macam mana nak assist user. Tapi kalau soalan yang sama ko dok tanya dengan aku selalu selalu..aku rasa macam nak maki je. Kemon la, hari2 dpt isu sama pusing sikit user/client ckp takkan tak take note!
Kesabaran aku ada hadnya, lagi2 senior takde tengah malam ni.

Lagi 1, aku tak kisah kalau partner aku nak tido ke, nak main game ke, nak membuta ke. Tapi tolonglah. Cooperation, Work in a team tu penting. Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan harap partner ko je yang pegi reply emel dr internal (emel drpd second/third level) key in report pastu ko relax2 tak wat apa2 datang keje goyang kaki makan gaji buta. Kadang2 orang yang banyak take ownership ni slalu kena tegur, marah bos sbb kdg2 report dia buat x betul. Jadi, apakah fair untuk kedua-dua orang tersebut??Tak kan, ko banyak contribute tapi ko yang byk kena tegur, kena marah. Partner ko ilekkk je kan. Sudut positifnya, ko akan dapat improve dan gain knowledge better daripada partner ko yang tau nak mengangkang je pegi tempat keje.

Then, tolonglah kalau buat keje jangan asyik disuruh. Tipah, dah reply ke emel tu, Tipah tolong reply ye emel tu. Takkan nak suruh benda yang sama hari2….Aku pun ada keja lain gak…Keje dah lama, cuba take ownership sikit. Cara ko dah buat partner ko menyampah nak keje dengan ko..He/She might be not showing to u that u are annoying, tapi aku, kadang2 sound je spesis2 mcm ni. Aku bukan supervisor tapi aku kena jadi keras kepala. Kalau tak orang sesuka hati pijak kepala aku..Dengan supervisor takde memalam buta ni. Jangan rosakkan mood bekerja orang lain sebab pangai ko. Takkan aku sorang je nak layan emel bertingkek-tingkek, ko buat lek wat pis je.

Masa peralihan shift malam kepada siang. OK Peralihan. Maksudnya shift malam dah berhempas pulas keje malam igt katil nak tido sedap kat rumah, shift siang masuk. SILA DATANG AWAL SIKIT. Awal maksud aku yang membolehkan shift malam balik on time. Tak kesian ke kat member ko keje malam. Dahlah diorang masuk awal, balik lambat sebab nak tunggu ko. TAK KESIAN KE? Kalau budak shift malam balik awal tp xda sapa standby confirm2 kitorang kena marah dulu. Alasan jam, lambat bangun tak dapat cari parking tu semua alasan. Budak shift malam datang keje petang dengan nak hadap jam gila petang orang baru balik kita baru nak pegi keje ilekk je shift malam boleh sampai awal, on time. Korang boleh balik awal ke rumah dengan happy-nya. Kat KL ni klu ko lambat 10 minit je tau tak jalan dah jadi jam macam hape?Kalau sekali 2 dengan alasan munasabah takpelah tapi kalau dah selalu, memang……Sila bertimbang rasa sikit dan jangan pentingkan diri sendiri…Pastu cuba bekerja cepat sikit.

Ni aku nak bagitau adab dengan senior. Ko boleh bergelak ketawa dengan senior, ko boleh je. Tapi jangan samakan senior member sama batch ko. Siyes. Kalau buat salah cuba mengaku jangan menjawab. Kadang-kadang, senior tu salah, cuba diamkan je. Bila dia dah puas bebel, baru ko nak tegakkan pendirian ko. He/She probably akan terima pendapat ko tadi, dan perbetulkan balik.

Time nak cuti. Cuba sedaya upaya jangan nak suka2 mntak swipe shift dengan orang, pastu guna nama orang lain dengan alasan kepentingan diri ko. Please la, klu sekali sekala tak apa ni kalau dah selalu. Tindakan ko alone dah merosakkan jadual satu team. Tak pasal2 jadual kena rombak, orang tak cukup, bos pening pastu bos membebel satu team. Offday orang lain jadi rosak sebab ko. Ko, pe kesah nak cuti kan. Then kalau nak mintak AL tu cuba bagitau awal2 dengan bos supaya bos boleh susun jadual dengan elok.Dia nak approve cuti ko terpulang, ikut suka dia. Tak approve ko kena terima hakikat. Cuba mintak next time..Ni tak, sebab sorang 2 rosak jadual 1 team hokay. 1 TEAM. Cuba fikir kalau bos membebel tu mesti bersebab. Ingat dia suka ke benda mcm ni jadi hari2? Bos yang prihatin pun fikir pasal staff dia jugak. Tapi jangan amek kesempatan atas kebaikan bos ko.

Last but not least, jadilah seorang yang bermoral dalam kehidupan seharian lagi2 dalam pekerjaan. Rezeki yang berkat tu dtgnya dari sikap jujur, amanah dan saling bantu membantu meringankan beban kawan ko 1 team. Bukan menyusahkan..Dan tidak pernah lupa menjalankan tanggungjawab ko sbg seorang muslim. Solat tak tinggal..Jaga solat..Insya Allah, team ko sayang ko, Bos sayang ko.
Cuba kerja ikhlas mungkin dan jangan semata-mata kejar KPI. Insya Allah, kualiti keje ko akan bertambah baik.

Just my 2 cents,

Miss_N

– Miss_N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit