Bukan Senang Nak Senang

Assalamualaikum..terima kasih andai confession ni disiarkan. Aku hanya nak berkongsi sedikit pengalaman kehidupan yang aku rasa takkan dapat aku lupa sampai bila-bila.

Aku ada 6 orang adik beradik dan aku anak yang ke 5. Aku bukanlah anak orang berada. Family aku boleh dikatakan orang susah jugalah dulu-dulu. Arwah abah aku kerja buruh je dan mak aku jual nasi lemak dan kuih muih pagi-pagi. Masa ni aku kecik lagi tapi aku dah boleh rasa kesusahan diorang untuk cari rezeki untuk kami adik beradik. Kami pergi sekolah jalan kaki dan duit yang kami bawak untuk ke sekolah ikut berapa saja yang abah ada. Kalau siapa yang bertuah dapat la banyak sikit dari yang lain tapi paling banyak pon tak lebih dari RM 2. Ye lah duduk kat kampung rasa banyak sangat dah tu RM2. Bila ada duit lebih aku simpan sebab aku tahu kadang-kadang abah tak cukup duit nak bagi kitorang. So aku boleh guna duit baki yang ada tu esoknya pulak. Hidup kami memang tak mewah. Nak beli apa-apa memang tak berani dan tak sampai hati nak mintak. Simpan duit sendiri untuk beli apa yang kami nak.

Kalau bab pakaian sekolah, jarang la boleh tukar baju baru. Recycle dari baju kakak-kakak. Kasut dan beg sekolah selagi boleh pakai guna la sampai koyak. Even koyak sikit-sikit aku jahit semula. Kasut sekolah sampai berlubang bocor tapak kaki stokin basah pun redha lagi pakai. Sebab aku tahu nak dapt yang baru susah. Bab yuran sekolah paling aku rasa sebak. Bayar yuran sikit-sikit RM 10 je tu pun cikgu puas mintak baru la aku bagitau abah. Abah cakap ni je yang abah ada.RM 10 masa tu mahal sangat aku rasa. Sampai cikgu kelas aku simpati tolong bayarkan yuran sekolah aku. Sampai sekarang aku tak lupa cikgu aku tu dan aku doakan dia dipermudahkan segala urusan dirahmati Allah selalu.

Tapi yang aku bangga dengan mak abah aku adalah walau diorang susah dan abah tak boleh bagi kemewahan kat mak, diorang hidup bahagia. Mak pun tak pernah merungut hidup susah. Kami adik beradik tak pernah nampak mak abah bergaduh depan kami. Awal pagi mak abah bangun buat kuih dan hantar ke kedai-kedai makan. Kadang-kadang kami gerak awal pergi sekolah sebab nak hantarkan dulu nasi lemak dan kuih yang mak buat. Bila balik sekolah kami singgah ambil duit utk nasik dan kuih-kuih tadi. Tak selalunya nasik dan kuih habis. Kadang-kadang bila aku ambik kuih dan nasik yang tak habis dijual aku rasa sedih sebab aku kesian mak aku bangun pukul 4 pagi semata-mata nak cari duit utk kami tapi jualan tak habis. Nak dapatkan RM10 pon ya Allah susahnya aku rasa. Bila bawak balik jualan yang tak habis aku nampak muka mak sedih tapi dia cakap takpelah rezeki setakat ni je untuk hari ni. Tabahnya mak aku. :'( Pernah jugak bila balik dari sekolah aku tengok abah atas bumbung bangunan tengah panas terik. Kesiannya abah aku cari duit untuk anak-anak bermandi peluh setiap hari.

Habis SPM aku cari kerja sementara tunggu keputusan IPTA. Duit gaji yang aku dapat aku simpan untuk sambung belajar nanti. Allah je tahu penatnya cari duit sendiri ni. Macam-macam kerja aku buat masa tu. Bila dapat gaji gembira tu Allah je yang tahu tapi aku tak boleh nak mewah-mewah beli itu ini sebab aku tahu duit tu berharga sangat. Aku dah terbiasa hidup susah sampai aku tak pandai nak guna duit tu untuk beli benda bukan-bukan. Aku dapat sambung belajar di salah satu ipta. Alhamdulillah aku anggap tu hadiah untuk mak abah atas susah payah cari duit utk aku dulu. Yuran untuk masuk ipta aku guna duit gaji aku masa aku kerja dulu. Aku tak nak dah susahkan mak abah. Alhamdulillah juga bila masuk ipta dapat PTPTN. Dengan duit tu aku guna sehabis baik malah aku bagi sikit kat mak aku untuk dia buat belanja rumah. Aku tak pernah mintak duit diorang sepanjang belajar tu sampaila habis belajar. Sapa kata tak cukup? Kalau niat kita baik insyaallah Allah bantu. Benda yang sikit pon kalau kita berkongsi untuk kebaikan insyaallah Allah cukupkan. :)

Dan sekarang aku dah bekerja. Alhamdulillah rezeki Allah bagi cepat sebab lepas belajar terus dapat kerja. Tapi yang aku rasa ralat sebab aku tak sempat nak balas budi arwah abah. Allah lebih sayangkan abah. Abah meninggal masa aku tahun pertama belajar. Sekarang aku hanya mampu balas jasa mak aku je. Aku tak pernah lupa bagi duit gaji aku kat mak. Ingat ye kawan-kawan bagi la duit gaji korang kat mak ayah walaupun sikit, insyaallah lagi bertambah rezeki korang bila bahagiakan diorang. Aku beli apa yang dia nak. Sebab aku tak nak dia rasa susah macam dulu dah. Sampai sekarang aku tak pandai nak berfoya-foya beli benda bukan-bukan. Mana yang aku rasa perlu je aku beli. Entahla maybe sebab aku dah terbiasa susah dulu buat aku rasa kena pandai uruskan duit.

Kesimpulannya di sini, aku nak cakap nak cari rezeki ni susah ye dan Hargailah mak ayah korang. Sapa-sapa yang ada lagi mak ayah bahagiakanlah diorang. Ingat jasa-jasa diorang selagi diorang masih ada. Sungguh aku jeles bila tengok orang lain yang masih ada ayah. Bila terkenang semua pengalaman dulu air mata ni tak pernah kering.

Sekian.

– Emma kembong

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit