Adab Waktu Telefon

Telefon sudah jadi sesuatu yang wajib dimiliki oleh setiap orang di zaman yang maju ini, tak kisah lah ‘smart phone’ atau tidak.

Aku sebenarnya kurang gemar orang telefon masa aku solat, aku tahu kalau telefon mesti ada perkara penting.. Tapi tak kurang juga yang telefon untuk bercakap bende remeh.

Jadi dekat sini, aku cadangkan, waktu telefon yang sesuai. Ni cadangan je tau.

1) Pagi

Sebaiknya di waktu pagi telefon lah sekitar waktu 9 pagi… Kalau terlalu pagi bimbang orang yang ingin di hubungi dalam keadaan sibuk..

2) Zohor

Sebaiknya sekitar waktu zohor 1 – 2 petang, elakan lah telefon seseorang. Bukan apa kita tak tahu dia tengah siap siap nak solat ke, tengah solat ke,

3) Asar

Elakan telefon pada waktu 4-5 petang.

4) Maghrib

Sekarang bulan ramadhan, jadi biasanya pukul 6.30 orang dah mula sibuk, ada yang nak mandi, ada yang sibuk memasak, macam macam lah.. Jadi elakan telefon sekitar waktu 6.30 petang – 8 malam

5) Isyak

Terus terang cakap, kalau bulan biasa, bukan bulan ramadhan elakan telefon di waktu 8.00 – 9.00 malam. Tapi kalau bulan ramadan elakan telefon sehingga 10 malam, sebab ada terawih. Kalau boleh tak perlu telefon terus, kalau urgent lain cerita.

6) Malam

Sebenarnya kan kalau bulan biasa elakan telefon selepas 10 malan.. Yelah masa tu masa berehat, masa untuk keluarga, bila ada telefon pada waktu malam aku rasa agak mengangu.. kadang tu ada telefon aku pukul 10 lebih sebab nak top up.

Tapi waktu waktu ini tidak lagi logik dipakai, kalau ada perkara penting seperti masuk hospital ke, kematian ke. Kes kes yang tak boleh tunggu dah…

Mungkin ada yang kata, ‘alah telefon berapa minit je pun, tu pun berkira’. Abang, kakak, pakcik, makcik sekalian, mungkin bagi kalian, beberapa minit tapi ini soal menganggu waktu. Kadang malam nak rehat.

Masa solat pula kalau telefon berbunyi amatlah mengangu.. Silent? Tak kan lah nak solat dekat rumah pun nak silent, melainkanlah pergi masjid..

Sekian,

Maaf andai ada salah kata..

– Blue (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *