Salah Ke Ber’IC’kan 03

Salah Ke Ber’IC’kan 03

Assalamualaikum. Saya seorang gadis berusia lewat 20an, berasal dari kelantan tapi dari kecil tinggal bersama keluarga di selangor kerana kedua ibu dan ayah bekerja di selangor.

Selalu dengar luahan orang lain melalui socmed mengenai di’reject’ kerana berasal dari kelantan. Tapi in real life saya sendiri baru mengahadapi masalah yang sama.

Masalah saya bermula apabila saya berkawan dengan seorang bekas rakan sekolej sejak 2010. Tapi kami baru serius untuk berkahwin sejak tahun lepas. Saya namakan beliau A sahaja.

Kami memang merancang untul berkahwin pada tahun hadapan memandangkan A baru sahaja mula bekerja di kg. Halaman beliau. Untuk pengetahuan A berasal dari N9 sahaja.

Hinggalah minggu lepas A berubah. Menjauhkan diri dari saya. Saya minta A berterus terang kenapa beliau berubah. A menceritakan niat beliau untuk menyunting saya dalam beberapa bulan lagi kepada keluarganya. Berat untuk A ceritakan apa yang berlaku.

Akhirnya A cerita kan seluruh keluarga menentang kerana saya ber asal dari Kelantan. Saya mula kecewa. A ni sejenis lelaki anak emak. Apa2 masalah tentang diri sendiri dan keluarga susah untuk A luahkan kepada saya.

Saya berbincang dengan A, abang ipar A merupakan orang kelantan dan bermasalah.pembaca mungkin dapat teka kenapa ianya menjadi masalah lagi2 dari segi berpuak dan tidak bergaul dengan yang lain.

A kata mindset family beliau sukar diubah untuk menerima ahli baru terutama yang berasal dari sana. Malah saudara maranya turut tidak menyukai orang kelantan.

A minta saya jalan penyelesaian. Tapi apakan daya. Perbincangan kami bertukar hambar apabila saya minta A untuk jangan berubah dan sama2 menyelesaikan. A umpama ambil endah tak endah akan isu kami. Semakin hari A semakin jauh.

Tipu lah saya katakan saya tak sedih dengan apa yang berlaku2. Lebih2 lagi keluarga saya menerima A seadanya walaupun A berkerja kg. Dan takde apa2 harta dengan nya. Cuma saya tak boleh terima bila keluarga A tak cuba untuk belajar kenal saya dan A sendiri tak mampu nak defend saya.

Saya cuba untuk ceritakan pada keluarga dan akhir kan dengan baik. Tapi saya belum mampu. Moga Ramadhan kali ni menjadi hikmah untuk apa yang berlaku.

Buat A. Kalau awak sendiri tak ada usaha dan tak kisahkan perkara ni. Jangan tanya kenapa saya akan pergi diam2. Buat pembaca dalam setandan pisang bukan semuanya busuk. Kalau ada orang buat salah, jangan lah mainkan sentimen negeri. Kenal dulu baru nilai orang tersebut…

Selamat menyambut Ramadhan.

– Gadis ’03’ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit