Pesanan Buat Lelaki

Pesanan Buat Lelaki

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Kali ni aku nak ulas topic jodoh jugak. Ye ye aku tahu topic ni cliche gila nanti ada la yang kecam pi komen asyik pasal jodoh je. Tapi kan masalahnya topic nilah yang korang duk komen, share, view tinggi. Yang topic pasal mental illness, keinsafan ramadhan, sendu je aku tengok. Yang komen pun top fan je. Ye idok admin? So izinkan lah aku meluahkan apa yang terbuku di hati ini. Ok done intro sambil membebel.

Nama aku Y dan berumur 27 tahun. Ye ye sekali lagi aku boleh rasakan pasti ada yang komen, dik kau muda lagi tak payah la nak gelabah. Tapi dah aku nak gelabah nak buat macam mana. Hahaha. Aku ada la group single girls aku, kitorang macam aim la this is the year to get marry or at least get the man first. Pastu aku dengan yakin nya menyatakan aku akan all out this year. Aku faham bende jodoh ni kena doa, tapi kena juga usaha tak gitu. So aku pun cuba berikhtiar di samping doa. Ok itu serba sedikit background aku yang korang kena tau sebelum aku meluahkan perasaan aku dengan lebih dalam.

Isi penting aku dan apa aku nak luahkan ialah WEI LELAKI KORANG BOLEH TAK JANGAN MAINKAN HATI PEREMPUAN. Aku tidak berniat untuk menjadikan confession ini sebagai tempat untuk bash lelaki, jadi bias dan menyatakan semua lelaki trash. Aku cuba untuk jadi rasional.

Korang mesti akan kecam aku, terutamanya lelaki cakap hakak ni mesti baru kena tinggal ni. Yes memang. Marilah aku ceritakan pengalaman aku yang sedikit ni untuk kita renungkan sama-sama. Kan aku cakap tahun ni aku nak all out usaha kan. Memang aku all out la. Hasilnya, ni baru bulan 5, tapi aku dah 3 kali heartbroken. Rasa dia memang pedih, seksa, kosong, rasa macam what is wrong with me.

My first time for this year, that guy approach me. Aku memang susah ye nak on dengan orang yang nak approach aku. Aku approach org takpe, orang approach aku, aku doubted skit. Tapi yang ni aku macam try jelah. So we text each other. Everything went smooth, until this guy follow instagram aku. Aku dapat rasa dia macam slowly dismiss himself from me. Perempuan always can sense any indifferent. Yelah, sebelum ni kau layan aku amboii effort dia tu boleh bagi penghargaan la.

Text all the time, caring nak mampus, tanya makan ke tak. Macam la sebelum ni kau takde, aku tak makan kan. Tapi tulah, aku ni kan pompuan, pompuan ni bodoh la jugak. Aku layan je, seronok la katakan ada orang bagi perhatian. Ehhhh pompuan mana yang tak suka ada lelaki care pasal kau. Haa pastu tetiba kau macam tak mesra, text pun dah makin lambat. Sikit-sikit je. Aku pun sedar diri, angkat kaki jelah.

Aku tak tau la apa masalah dia, apa benda yang dia jumpa kat ig aku, ke aku tak cantik macam dia nak ke. Ayat last yang dia bagi aku ialah ayat biasa orang dah takde hati; awak terlalu baik untuk saya. Then I realize, it’s not me. It’s him. Dia yang problem. Lantak la kau. Tapi kan aku sedih. Sedih nak mampus sampai aku rasa nak lempang diri sendiri kenapa aku kena sedih untuk this kind of man. Tapi tulah wehh, hati perempuan nak buat macam mana. Please faham dan jangan kecam ye. Slowly, aku cuba move on. Then ada pulak jantan lain approach aku.

Ni pun sama la jugak. Caring dia tu mak aihhh. Aku tak berharap pun kat dia ni. Tapi dia macam radar, keep coming to me. Lama hilang, tiba-tiba ada. Sekali lagi aku jadi bodoh. Well wanite, dalam diam aku jadi berharap. Tapi lepas tu, sama jugak, tiba-tiba jugak la dia hilang. Dia blok aku kot. Aku pun apa lagi, blok la dia balik. Dia ingat dia je boleh blok orang. Yang ni aku sedih sikit je tapi sedih jugak la. Lepas yang ini aku dah malas. Aku cakap kat diri aku, ‘this is it Y, you have to stop’.

Tapi kan ada plak yang ketiga ni. Yang ni lagi kurang ajar. Dia start text aku, aku mula-mula tak layan sebab tak kenal. Ntah sapa-sapa ntah. Lagipun aku kan mcm dah nekad tadi. Tapi dia punya effort tu pun bleh bagi 5 bintang. Aku pun macam layan jelah, tak rugi apa pun kot. Dia ni punya sweet memang takleh bawa bincang. Aku dah boleh agak ni mesti player ni. Tapi kali ni aku bodoh jugak haa. Aku boleh dikatakan suka la jugak kat dia. Dalam masa yang sama aku cari dia kat fb n ig. Aku tau full name dia tapi name dia common sangat. So agak susah pencarian aku.

Aku tak putus asa, aku cari dan cari selama beberapa hari dan yes aku jumpa. DP dia pun dah dengan perempuan weh. Mula-mula aku macam nak husnuzon sbb gambar tu takde la pegang tangan ke apa, tapi aku tak puas hati. Aku kena cari jugak sapa pompuan tu. Dia hide friend list dia, but well , women is women. Kitorang punya investigation skill memang A. Beware guys.

Then aku jumpa account perempuan tu. Dalam account that girl, banyak je gambar mesra. Gamba macam tu bukan adik beradik dah gais. Hasil penyiasatan aku diorang punya relationship dah lama. Dalam 5-6 tahun dah. Tapi kan, dekat akaun dia tadi ada 2 je gamba dengan that girl and gmba tu syariah compliance berbeza dengan gmba di profile that girl. So tetiba aku kesian dekat girlfriend dia.

Rasa macam nak pm je, kau hati-hati la dengan pakwe kau tu. Ntah berapa ramai pompuan dia layan. So kesimpulannya jantan tadi tu player. Sampai ke saat ini dia masih text aku. Aku macam dah malas dh tapi kita tengok sejauh mana permainan dia. Ehh memang kurang ajar la dia ni. Puji-puji aku sampai ke langit ke 7 di bulan ramadhan.

Tiap-tiap hari tanpa gagalnya text selamat sahur la bukak la. Mula-mula tahu dia dah couple, aku memang sedih gilaaa. Bukan aku sedih sebab dia ni dah ada girlfriend, aku takkan dapat dia tapi aku sedih sebab kenapa aku kena jumpa lelaki-lelaki macam ni. Aku tak nak la nanti aku sendiri tawar hati sebab selalu jumpa this kind of guy.

Jadi lelaki-lelaki diluar sana, boleh tak kau jadi baik. Kau jangan nak gatal-gatal, try-try bagi harapan kat perempuan tu perempuan ni. Kau tak payah la nak friendly sangat. I mean friendly yang vague, yang mcm buat perempuan ni ragu-ragu dia ni suka aku ke. Kau tak tau ke yang kami ni mudah perasan.

Please la jangan nak bagi attention 24/7, caring nak mampus, lepas kau dah bosan, kau jumpa yang lagi cantik, kau tinggalkan dia. Lepas tu boleh plak kau cakap eh I takde niat pun nak serius dengan you, you je lebih-lebih ingat I suka you. Tumbuk kat muka nak? Susah tau tak nak move on, umpama nak kena kutip hati yang dah hancur tu satu-satu. Pastu nak kena pura-pura evertything is well. But after all, Allah kan ada. This line always struck me *nangis

Masalahnya benda ni bukan jadi dekat aku je. Dekat kawan-kawan aku pun. Memang la bukan semua kawan aku. Tapi ada la a few. Kawan-kawan aku ni semua baik-baik, cantik-cantik weh. Kalau jadi kat aku maybe korang boleh cakap kau ni tak cukup baik kot dik, tak cukup cantik kot. Okey fine, aku terima kecaman itu. Tapi bila jadi kat kawan-kawan aku juga.. Diorang semua baik, lawa tapi kena jugak hadap jantan yang perangai macam apa ni.

Korang eh lelaki-lelaki ni, korang jangan sampai semua perempuan baik, lawa ni tawar hati dah malas nak layan korang malas dah nak kawen ke apa, haa baru korang tau. Baru la tak bertambah spesis manusia di dunia ini. Dan masa itu impian Thanos menjadi kenyataan, tak perlu dah nak kutip stone pastu kena snap. Eh tiberr. Hahaha.

Kepada player di luar sana, tolong la setia kepada pasangan anda, kahwini dia, tak payah la nak look around dah. Kau kalau dah lama-lama dengan pasangan tu kenapa nak cari baru, kau dah bleh terima dia kan. Tak payah la nak ada tayar spare ke apa. Loser tau tak. Bila kau tak setia, kau bukannya lukakan satu hati pompuan, tapi dua. Pasangan kau and that new girl. Unless dalam kes yang perempuan start dlu tu haa memang dua-dua aku nak sula la kan. Dan kepada lelaki yang suka hilang tiba-tiba tu, kau apa masalah kauu hah? Kau jadi mesin basuh lagi elok la. Jadi lelaki menyakitkan hati. Spesis ni pun nak makan penumbuk jugak.

Lagi satu, perempuan kan, kita lps je kna tinggal ke, heartbroken ke dengan lelaki ke, kita tend to say this (maybe tak semua) ‘dia buat aku mcm ni biar lepas ni adik dia ke kakak dia ke anak dia yg rasa’. Kdg-kdg aku fikir ke ni tuhan dah makbulkan doa ex-ex abang aku, adik aku. Hahaha. So guys tolong la jadi baik demi adik perempuan kau, kakak kau, anak kau nanti. Supaya takde orang doakan mcm tu kat mikerr.

Okey dah la tu. Semoga mesej aku ni sampai kepada mereka yang sepatutnya. Tolong la sampaikan pesanan ini kepada semua lelaki yang suka layan apps dating tu. Kalau bleh sebarkan dalam group pubg korang, group gym, group futsal. Spread this word. Kaklong bagi arahan ni hoi! Hahaha.

Dan tolong lah jadi baik! This world need more nice people. And to nice people, may god bless you. Dan untuk wanite-wanite, perempuan-perempuan, all my sisters, semoga yang tak pernah rasa heartbroken tu, takyah la rasa sebab susah nak mampus nak move on dan kpd yg pernah rasa, may it be the last time you rasa, lepas ni you tak jumpa dah dengan trash, jumpa yang the right one terus. i believe, masih ada. Marilah kita berdoa.

Panjangnya confession aku. Harap admin post. Tolong lahh!

– Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit