Ok gais, to make it short, senang cerita macam ni la.
Aku ni adalah seorang anak yang dididik dengan cara yang agak tradisional which is kalau kau betul kau akan dapat reward and so on tapi kalau kau salah kau kena.
Tu cara aku dididik dari dulu kecik so aku praktikkan benda yang sama untuk anak-anak aku. Ini adalah kata-kata pengenalan dan isu berkaitan dalam cerita aku ni.
Aku ada 2 Alhamdulillah comel dan baik perilaku even kadang-kadang aku pening tengok perangai sorang-sorang. Hahaha. Sebab kemain la akalnya banyak betul.
Anak aku yang first nama dia Yonson (bukan nama sebenar of kos) dan no 2 nama dia Yonsen.
Yonson dengan Yonsen ni kalau main diorang main bergaduh diorang berdua je. Dua beradik ni kalau main ke apa memang bercubit ke bercakar ke apa main berdua jela.
Tapi so far, paling teruk pun si Yonson pernah la tolak adik dia sampai jatuh sebab adik dia kacau dia tengah main susun-susun buat trek macam Hot Wheels tu.
Nak dijadikan cerita, anak aku ni Yonson lama sorang sebelum dapat adik.
So dia memang peramah, suka berkawan and aku ni pun sentiasa la ingatkan dia kalau nak main ke nak apa jangan sesekali tolak orang, pukul orang ke apa. Nanti orang tak suka kamu, tak nak kawan kamu.
Alhamdulillah anak aku dengar cakap aku. Tapi yang membuatkan aku emosi sikit, bila datang sepupu dia ni, kalau main mesti habis dia belasah anak aku.
Kadang geram jugak la tengok main karang mesti aku tengok badan Yonson ada kesan gigit la, cakar la, macam ada sekali tu sepupu dia tolak Yonson dari sofa. Geram betul aku tengok.
Haaaaaaaaaaaaa, mesti korang nak kata budak-budak pun aku sibuk je nak masuk campur kan.
Point aku is, bukan pasal budak-budak. Point aku adalah kalau anak itu agresif, mak ayah kena main peranan la.
Kalau dah depan mata kau anak kau pegi tumbuk anak orang sampai bengkak muka budak tu, tak kan kau setakat “Sayang, jangan, tak elok.” Ehhhh, akuuuuu. Berapi je aku.
Patut kau cakap syukur aku tak debik anak kau balik.ahahahahahaha (Ni aku main-main ye. Gila apa masuk campur hal budak.) Kau kena kenalkan anak kau dengan sistem reward& punishment ni.
Kalau buat salah dia kena, kalau betul tak kan kena apa-apa.
Jangan la kalau kau dah nampak anak kau main2 kasar macam tu, rosakkan barang orang semua, kau setakat jangan jangan jangan. Haaaa, tu memang aku yang rasa nak kakikan mak ayahnya.
Siapa mak ayah dalam dunia ni tak sayang anak woi. Kalau anak kau jenis boleh kena tegur cakap jangan dia ikut tak mempersoalkan kau balik tak jerit kau tak pukul kau, tu aku terima.
Ni aku tengok kalau tegur pun tak jalan, siap kau yang kena jerit balik kena pukul, kau kena rotan sikit bagi dia takut. Bukan aku suruh rotan bagi patah riuk.
Sakit hati ni bila tengok anak muka bengkak sana sini, badan calar balar, kesan kena cubit smpai luka-luka. tapi maybe sebab anak aku nak main kan, dia tahan jela.
Kesian budak kesepian. Biasalah, budak dalam era covid, bertahun-tahun main dengan mak ayah je dapat kawan sebaya rela jela kena apa pun.
Aku geram bukan sebab budak tu, biasalah budak kan, masing-masing ada perangai. Anak aku pun sama je, tapi kalau dia buat salah aku memang bagikan.
Memang kat rumah aku, rotan tu tergantung tinggi ha, kalau aku rasa apa yang dia buat tu salah, aku tanya kenapa buat dan jawapan dia memang tak boleh diterima akal, memang kena.
Aku pegang macam ni la, budak-budak, kalau kita didik even sedikit kasar pada pandangan masyarakat sekarang yang nak ikut sangat style omputih, mereka ni senang nak dibentuk.
Diorang akan ingat mana betul mana salah, Tapi nanti kalau umur dah masuk umur yang pandai melawan cakap memberontak semua, baru kau nak pukul kau nak tinggi suara marah, lambat dah tu.
Anak-anak sedara aku semua sedia maklum aku ni ibu yang garang. Tapi tulah, aku cakap kat anak aku takpe la, biar orang buat kita jangan kita buat orang.
Doa je semoga dengan apa yang jadi, Allah gantikan dan hadiahkan dengan yang lebih baik.
Sekian kisah dari ibu yang emosi pasal anak orang, tapi tidak bermakna aku cakap anak aku terpaling maksum ye.
– Mak Jem (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit