Assalamualaikum. Salam syawal utk yg beragama islam.
Aku seorang perempuan, berumur 20-an belajar medic. Aku nak tanya pendapat pembaca-pembaca page ni, adakah aku perlu jumpa psychiatrist?
Aku tak pandai bercerita tapi to make it short, aku rasa aku ada depression, tapi aku sendiri keliru, adakah apa yg aku rasa tu sekadar nak tarik perhatian orang sebab aku lonely atau aku memang ada depression.
Nak cakap symptom aku, boleh dikatakan aku sedih, depressed mood most of the days, kalau dalam seminggu mungkin 5 hari aku rasa down. Dalam 2 hari rasa nak okay tapi lepas tu rasa down balik. Aku punya pelajaran takde la affected sangat sebab aku still pergi kelas macam biasa, cuma balik rumah aku memang selalunya tido je. Bilik pun memang tak terurus. Kerja semua terbengkalai, basuh baju tak berlipat, sampai berlonggok atas katil. Lately ni aku cuba tenangkan perasaan aku dengan tengok drama. Beberapa bulan lepas aku memang loss of pleasure gila sebab aku takde dengar lagu atau tengok drama ke ape, memang hidup aku tido je.
Kalau musim exam selalunya aku memang tak boleh nak study. Study sehelai lepas tu give up. Aku takut je fail ke ape, tapi still takleh nak push diri untuk study. Aku pernah skali tu takleh study, takleh tido, berdebar2, takleh makan langsung 2 hari sebelum exam. Tapi Alhamdulillah aku takde lagi fail paper sebelum ni.
Benda ni aku dah rasa lama sebenarnya, dalam 2 tahun macam tu. Dulu benda ni berlaku kalau aku ada masalah dengan kawan-kawan ahli rumah. Tapi sekarang aku memang dah tak masuk dalam hati kalau kawan2 buat hal, sekarang aku rasa depressed sentiasa, walaupun aku tak stress. Aku takleh nak enjoy hidup aku.
Exam yang kebelakangan ni aku memang tak boleh study langsung, baca buku pun memang tak habis, tak buat latihan pun, so markah aku turun sikit. Selera makan pun berkurang kebelakangan ni, tapi tido still okay. Cuma penat tu makin teruk, pagi2 dah rasa out of energy. Raya hari tu pun aku memang tak rasa enjoy langsung.
Aku ada sorang kawan baik, dia dulu suka aku, tapi aku dah friendzone dia, sekarang kitorang still berkawan baik. Dah lama berkawan aku rasa aku tersuka dia pulak. Aku confess tapi dia pun dah takleh terima aku. Aku pun takdelah harap dia terima pun sebab aku memang ada reason yang solid kenapa aku takleh terima dia dulu. Dia pun dah faham rasional reason aku tu. Dia baru2 ni didiagnos ada Major Depressive Disorder. Tapi dia taknak terima dan dia tak compliant ambik ubat. Aku pun kurang dah rapat dengan dia sebab dia depress yg teruk, ada social withdrawal, dia kata aku sorang je yg stick dengan dia. Tapi aku pun dah penat jaga hati dia, aku pun nak juga dia jaga hati aku. Aku pun ada masalah aku sendiri. Dulu aku perasan dia akan down kalau aku bergaduh denga dia. Aku dulu selalu cari pasal dengan dia kalau aku depressed. So sekarang kalau setiap kali dia down aku pun down jugak. Aku rasa dia pun one of stressor aku jugak. Masa dia okay dulu aku pernah mengadu kat dia aku rasa depressed, aku tanya dia, perlu ke aku jumpa Dr, tapi dia taknak bagi aku jumpa Dr. Dia cakap dia taknak aku depress. So smpai sekarang aku takde keberanian lagi nak jumpa dr.
Dulu aku pernah jugak fikir alangkah bagusnya kalau aku meninggal muda. Sebab aku sedar, orang bunuh diri takkan masuk syurga.Aku pernah bercita2 nak kena langgar kereta, meninggal muda. Tapi sekarang paling2 pun aku just nak sakit2 sikit, mak ayah concern, kawan aku tu concern. Takdelah orang ignore je kalau aku cakap aku sedih.
By the way untuk pengetahuan korang, aku memang jenis pendam masalah aku. Mak aku pun taktau kalau aku rasa murung. Cuma adalah sekali dua dia macam dapat rasa aku pelik. Tapi aku cover cakap stress exam je.
So sekarang aku penat dah rasa sedih, loss of pleasure, hopeless semua tu. Aku nak rasa pure happiness and pleasure. Aku nak kembali jadi aku yang dulu,happy-go-lucky, bright. Aku nak study nak aim markah tinggi2.
Korang rasa aku patut ke pergi jumpa psychiatrist? Ke aku sebenarnya mengada-ngada je, attention seeker?
– Fatimah (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Masalah iman ko ni. Fullstop!
wow ???????
Sumpah tergelak baca cmmnt nii ???
Yo lahh…klu x ingat Allah…mne leh depress..berbalik pada agama. That all
Jangan la mudah sangat menilai based on one post. We don’t know what she went through in her life :)
Dont jump into conclusion please…
Masalah kesihatan mental/psikiatrik ni bukan perkara main2
Org yg beragama sekalipun boleh diuji dgn masalah mental ni
Klu mcm ni conclusion awk, ramai la yg jd mcm ni sbb ramai lg yg tak solat dan tak kembali pd agama…
Pls seek advice from the professional
Most gov hosp ada psychiatrist, psychologist or counsellor…
Amboih. Macam mata x-ray boleh teropong orang ingat Allah ke tak, ek?
Ingat orang yang ingat Allah tak boleh kena penyakit cancer ke?
Kalau org ingat Allah boleh kena cancer, kenapa org yg ingat Allah tak boleh kena depression?
Depression tu penyakit. Harap maklum :)
Antara contoh org bangang yg aku bnci.. Meowwww
aduh komen dia….mampu geleng kepala je
Sesedap rasa ckp masalah iman…(asal usul pontian…elok lah tu sama sengal mcm amat maslan)
Org yg x pernah rasa mmg x faham…
Assalamualaikum…
Kalo sudi pm sy…. Terima kasih
Tak boleh nak pm. Eh tp sy bukan confessor ??
Mysara Newrie eh yeke…
Aah tkbolehh. Tktau knp
Mysara Newrie dh boleh ???
Okay dah
pergi lah jumpa psychiatrist biar dia kaunseling apa patot buat apa xpatot buat sambil2 dekat kan diri kat Allah sambil mengadu pd Dia segala cerita..pesan kat kawan tu jgk, rawatlah jgn sampai melarat
Aku penah kena lebih kurang macam ni. Hari hari rabak je tak tahu asal. Anxious 24/7. But i had anxiety disorder years before the depression so i kinda had a brief idea on what to do.
But when the major depression occurred to me, salah satu cara aku buat is bangun every morning at 4/5 AM and mandi air sejuk. Air paip biasa aa kan sejuk pepagi tu. Lepas tu solat sunat. Buat la solat taubat ke, aku dulu buat solat hajat minta tenang.Buat la seminggu dua (and go on forever if mampu) insha allah it’ll help. Boleh buat research la, religiously, psychologically and biologically memang mandi time tu banyak membantu. It helped me a lot. I hope it may help you too! Cuba la. Kuatkan semangat pagi pagi tu. Insha allah. Mandi mandi!
Betul sis. Solat malam & mandi sebelum solat malam memang sangat membantu.
Waalaikumsalam wbt saudari.Saya pasti setiap kita hadapi ujian hidup yang berbeza-beza.Tapi,ketahui satu..ujian Allah tu didatangkan dalam bentuk yang kita mampu nak bertahan,mampu nak atasi.Sejujurnya,saya tak rasa saudari mengada-ngada bercerita di sini. Siapalah yang mahu buka aib diri sendiri kan?
Saya cadang,saudari berjumpa dengan seseorang yang saudari percayai untuk share masalah dan fikirkan bagaimana cara nak move on,nak atasi masalah sebenar.
Adapun,kalau betul kita nak berubah,nak jadi positif,nak move on semua kena bermula dari diri sendiri.Perbaiki diri kita dengan memperbaiki hubungan kita dengan Allah.Refleksi diri semula..terjaga tak hubungan dengan Allah?solat bagaimana?al-quran bila last baca?bila last berdoa bercerita mengadu rasa kat Allah? Tanya diri.
Yang memegang hati2 kita adalah Allah.Nak kuat,nak positif kena banyak rujuk hati padaNya.
Nak hidup terarah,
perbaikilah hubungan dengan Allah.Kurangkan bergantung harap atau meletak harapan terlalu tinggi pada makhluk.Saudari pun baru 20an,masih belum terlambat untuk membuat satu perubahan.Saya doakan saudari diberi kemudahan dan kekuatan. Kuatlah ya!
standart la tu…banyakkan main dgn kwn2..nampak mcm tak logik.tapi kamu perlu main..tak kisah la main apa pown..yg penting main…
u need a recharge….pegi holiday kat pulau….makan byk2….tido puas2…
kena cari satu benda yg awak rasa happy bila buat..
contohnya memasak ke, travel ke, join team outdoor ke..
bila suka mesti rasa happy nak buat..dan baru rasa hidup lebih bermakna..
ye la..klu setakat tidur, bangun, study, dan ulang..mmg la stress..
cuba cari 1 aktiviti yg awak suka..good luck!
Adik, pergi jumpa doktor. Tapi rasanya jumpa counsellor pun dah cukup. Kalau adik nak, boleh PM saya.
Banyakkan beristighfar….zikrullah…zikir kuat2 sendiri sehingga hati n kepala tk fikirkan apa2 lg melainkan ketakutan kepadaNya…hanya diri n DIA yg maha pengasih shj yg ada dlm kotak fikiran n hati…bila terfikir lemah jer…terus zikirullah kuat2…lawan perasaan tu dgn zikrullah…
Sis, apa yg sis rasa sama mcm apa saya rasa. Kdg saya nangis2 minta Allah ambil saya cepat. Saya rindu dan tak nak lawan dah apa yg saya fight setiap hari. Saya faham apa sis rasa. Dan tak semua org akan faham apa kita lalui. Kalau dulu saya banyak mengadu dan luah pd kawan saya sampai satu tahap saya malu nak cerita bnda yg sama lagi.. down je slalu
Saya cuba mcm2 cara juga utk hadap benda ni. Solat, baca quran.. kdg ia membantu, kdg saya rasa malu sbb lg rasa down.
Saya ada join grup fb anxiety disorder malaysian community dan ada join grup whatsapp dorg. So far, saya x rasa keseorgn..malah ada yg dah sembuh dan sedang berubat.
Dulu saya pun takut nak fikir perlu jumpe psikiatri ke.. tp saya anggap ni usaha dan ikhtiar sy je dulu.. kalau ok sy teruskan, x ok saya cuba cara lain.. psikiatri akan diagnos kita nanti.. sis cuba lah apa yg boleh.. sy dah try kaunselor tapi x berjaya, saya rasa dipersalahkan bukan didengari..
Cara nak refer psikiatri, awk pergi mana2 klinik kerajaan, minta doktor referal letter ke doktor psikiatri hosp kerajaan yg berdekataan tmpt awk.
Apa2 boleh je pm sy..
elakkan termenung..elakkan banyak berfikir…sibukkan diri dengan buat kerja..Kalau malas study..main game ke..baca buku ke..dan kurangkan menghadap media sosial..elakkan benda2 yang bagi pengaruh negatif.
Awk belajar medic dan awak pun tahu kan beberapa symptom yang awak nyatakan tu
1) lebih tidur
2) hilang selera
3) loss pleasure
4) suicide thought
5) hilang attention time study
6) mudah give up
Dan lain2 tu.
So just nk suggest pergi jumpa counselor tmpt belajar awk kalau perlukan study leave. Dan plg pntg, jumpa doc, lepas tu cerita apa yg awk confess ni. Nanti dia akan decide la samada akan rujuk awk ke psychiatrist ke tak.
Maaf kan orang2 yang komen negatif disini ye. Mereka tak faham mechanism MDD selagi tak alami sendiri.
Moga dipermudahkan :)
Jumpa kaunselor bertauliah a.k.a kaunselor berdaftar dengan lembaga kaunselor malaysia.
Kaunselor akan bantu ko. Mungkin dia akan bagi ujian psikologi ker apa ke untuk tengok tahap ko. Kalo ko perlukan kaunseling saja, dia akan buat sesi kaunseling berkala dengan ko… sampai ko setel.
Kalo keadaan tak ok, dia mungkin akan refer ko kepada psikiatri.
Sebaik2nya ko jumpa kaunselor dulu. Sebolehnya elakkan diri jumpa psikiatri terus. Sebab kalo jumpa psikiatri, ko dah start consume ubat. Bukan semua orang tahan kesan ubat ni. Sebaiknya ko try kaunseling je dulu.
Seterusnya… ko banyakkan solat malam, nanges dalam sujud. Bila dahi lama kat tempat sujud, insya Allah akan datang kelegaan. Buka hati ko seluas2nya, merayu pada Allah, datangkan rahmat dan rahimNya dalam hidup ko.
Insya Allah ko akan ok nanti.
Kuatkan diri!
Ye jumpa psychiatrist. Mgkin awk ada bipolar mood disorder mcm kwn sy. Kdg2 stress kdg2 ok.. 1 keje xleh wat . Cpt sensitif dan boleh bergaduh
Bila diri tidak disibukkan dgn solat dan ibadat kpd Allah… Syaitan akan mengisi dada kita dgn seribu rasa kekosongan dan hal2 yg melalaikan..
Sibukkan diri dgn beribadat .. atau sekurang2nya sentiasa berwudhu’ dan percaya kita tidak pernah keseorangan.. Allah sentiasa ada bersama2 org2 yg mengingatiNya..
Wallahhua’lam
Jumpa psychiatrist buat orang jadi makin worse. Makin terikut-ikut dengan perasaan lonely, lone wolf, depressed, narcissist personality disorder, anxiety disroder, rasa macam diri berbeza dari orang lain dan macam-macam lagi. Saya ada join group macam Asperger Syndrome, Bipolar Disorder, LLI, dan beberapa group yang berkaitan dengan psikologi. Sebenarnya makin kita baca tentang penyakit psikatri ni, semakin kita terdorong untuk cenderung dalam keadaan tu. Tambah kalau berjumpa psikiatri. Trust me. Psikiatri pun takkan dapat bagitahu spesifik penyakit psikologi apa yang sedang orang seperti ini hadapi. Ini mungkin saranan biasa yang kita dengar. Tak apalah. Saya sarankan jugak. Berbalik pada agama. Biasakan bangun tahajud pada waktu malam. Jangan tinggal solat malam. Itu penawar terbaik untuk penyakit psikiatri. Awak akan rasa perbezaan dia dengan membiasakan diri solat tahajud.
Setuju part tahajjud tu. Dan mmg perlu sentiasa dibuat, walaupun tak ada sakit :)
Apa pun, harap pendapat awak takkan buat orang salah faham kepada doc psychiatry, dan menjauhkan orang mendapatkan khidmat perubatan yang sesuai :)
Nur Sakeenah Saya tak berniat untuk buat orang salah faham tentang doc psychiatry. Saya pernah ke Jabatan Psychiatry di salah sebuah hospital di Malaysia, saya lihat sendiri pesakit-pesakitnya, dan bercakap sendiri dengan doc. Pesakit sebelum didiagnose saja dah disarankan untuk mengambil ubat hanya kerana mereka mengatakan mereka mengalami tekanan. Di beberapa page pesakit psikologi di fb yang saya join (close group) macam group schizoid personality disorder, asper syndrome, bipolar disorder, anxiety disorder, manusia yang mendakwa mereka LLI, kebanyakan mereka mendapat rawatan rasmi daripada pakar psikiatri. Di group tu saya pernah membaca status-status pesakit psikiatri yang nak bunuh diri, yang bertanya-tanya tentang makna kewujudan mereka hidup di dunia ni, mereka bertanya tentang kewujudan Tuhan, mereka bertanya tentang adakah hidup selepas mati. Mereka semua ni kebanyakannya orang-orang pintar yang mempunyai IQ above average dan dapat rawatan psikiatri dan bergantung pada ubat untuk mengatasi masalah jiwa.
Bergantung pd ubat. Ada ye doc psy yg prescribe ubat sblm diagnose? Melainkan klu di swasta. Di kerajaan tak pernah dgr lagi. Mgkn doc tu tahu keperluan utk prescribe ubat tu.
Ada ubat yg doc hanya akan beri slps diagnose, dan akan membantu utk proses penyembuhan.
Support group sgt mmbntu mereka2 yg mmg ada mslh. Supaya mereka tak rasa kesorangan, dan ada yg memahami. Begitu juga bantuan daripada perawat termasuk psychiatrist dan psychologist.
Org normal mgkn kurang sesuai berada dlm support2 group tersebut sbb org normal takkan pernah rasa bagaimana pesakit2 tu rasa.
Suicidal ideation, hopeless dlm hidup tu mmg symptom yang mereka akan hadapi ketika dlm sakit tu. Nanti dah sembuh, mereka dah takde rasa perasaan2 negative tersebut, insya Allah. Semua org tak kira status pelajaran, sosial, ekonomi ada tendency utk dpt penyakit mental.
Doakan mereka kuat dan dpt harungi ujian tersebut :)
Nur Sakeenah Ada. Sebab adalah saya bagitahu.
Nur Sakeenah Tapi bergantung pada persetujuan pesakit. Kalau pesakit setuju, doc akan beri ubat, walaupun belum di-diagnose. Kalau pesakit menolak, doc tak paksa terima. Mungkin perkataan saya ada tersilap sedikit. Saya patut guna perkataan “doc akan sarankan ubat sekian..sekian…”
Meh pm sy.. Sy bosan nih.. Mana tahu lehh berkaawan…
mengada- ngada jk tu…
bagus jaga sholat..
amalan zikir..hadir majlis ilmu..
insya allah..
Ko ptt jumpe aku je. Haha
Hmmm.. Untungla xfail paper medic lg stkt ni.. Cube cri bnda yg menarik slain belajar.. Main gitar ke.. Cari kawan yg rajin jungle trekking..pnjt gunung ke… Hidup sbgai medic student ni xleh ngadap buku dgn patient je.. Sibukkan diri dgn kawan2 baik..Pergi jumpe kaunselor pun xleh harap.. Hancus je..ngadu kan tuhan.bce al quran..bcinta tu lupekan dlu..jgn bkk media sosial tu..tmbh stress je..
Aku pon kadang2 kene jugak bende nih..semua simpton tu aku ada,mudah letih,nak tido je,rasa kosong dan semua bende aku takot nak buat dan whatever lah..aku cek punya cek owhh ada simpton gerd rupanya..so lepas tu alhamdulillah okey dah..
Siti Fatimah nk kena sula nie
Hmmmm.. Die x dpt kontrol stress die.. Awkk.. Tu bukan sy. ??
Haha gurau jeee..
Heee.. Awk la ni.. Stress sy.. Hee.. Gurau2.
Pushh pusssshhhhh
Cari org yg sama.. Org yg tak sama dgn kamu akan bash kamu, sbb mereka tak faham kamu sedang berjuang.
Ko takde la smpai depression, you just need a vacation. Kalau depression,ade 9 major symptoms. Nangis tanpa sebab,tido asik terjaga tgh2 pagi buta,rase nak bunuh diri etc.
huhu tu simptom2 yg ada.pd sy skrg. lepas amik ubat alhamdulillah dh blh tdo mcm biasa. ubat ni membantu sebenarnya
Besenye Doctor bagi 2 ubat,satu ubat tidur yang 0.25mg dan satu lagi ubat untuk anxiety. Alhmdulillah awak dah sembuh.
Takde la. Kau normal je. Just kau ada dlm satu fasa apa tah dlm hidup kau. Cuma nasihat aku. Leave negative people heartlessly. Kau akan sedih utk seminggu dua but u’ll live life to the fullest nnti. Trust me
Firdaus Nordin Mmk
Kau kena baca quran skali terjemahan bagi khatam. Nanti kau akan tau macam mana cara untuk hidup, yang tak buat kau lemas, dan tak lemaskan orang lain, emosi dan kelakuan.
Cuba sis muhasabah diri semula, sis fikir semula apa yang buat sis rasa down. Ok maybe ada org akan cakap, “kalau aku tau apa masalahnya, tak payah lah aku confess kat sini”, but deep down inside, u actually know what is/are disturbing u, tp sesetengah org, dia cuba nafikan punca masalah tu. Study medic ni, bukan senang, kalau preclinical, stress dgn byk topic nak kena revise, lecture notes bertingkat2 nak kena baca, kalau clinical pulak, stress kena reject dgn patients, kena marah dgn dr, etc. Sebab tu kadang2 rasa down. 1st thing to do, tanya diri balik adakah aku ikhlas belajar medic ni? Belajar medic sbb pilihan sendiri/parents? Bila dah muhasabah diri, tp still rasa depressed, refer counsellor. Bila kita bercakap dgn org lain, kita dpt dengar dgn telinga kita masalah kita sendiri, compared to kita just pendam and fikir sorang2 pasal problem kita sampai nak pecah kepala. Bila kita dengar masalah kita, sometimes kita akan fikir balik dgn lebih rasional masalah kita tu. And sometimes kita akan terfikir masalah aku ni tak lah berat mana. Aku je yg terlebih fikir. And dlm masa yg sama, bykkan berdoa, minta tolong dgn Allah :) In shaa Allah, you can go through this
Normal kot lbih lg bila study amik course yg susah. Perlukan sgt sokongan dri keluarga yg sentiasa gembira.
Bila ko study bnde yg susah ni, mmg ldg tido mlm pun leh terjaga sbb teringat2. Tp dia ni budak pandai. Ok.
Sbb tu kena rajin cri kwn yg boleh bwk kita dekatkan diri pd Allah. InsyaAllah.
Kwn2 pun bz gak ek? Xpe, ko cari hobi. Aku pernah kena cam dia few months ago, tp, aku cari hobi yg buat aku gain benefit yg bagus sgt2. Its good. Hobi sunnah.
Pastu, aku cuba sibukkan diri aku. Sibuk sana sini. Alhamdulillah.
Bykkan beristighfar juga dik. Solat taubat, solat jgn tinggal ok? Kena sentiasa percya, bilamana kau jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kau dik.