Adakah Dia Bukan Jodoh Aku?

Assalamualaikum, nama aku Sofie umur aku 27 tahun, berstatus bujang, aku ada teman lelaki yang juga sama umur, kami berhubungan sudah lama sejak dibangku sekolah menengah lagi.

Aku nak kongsi dekat sini sebab aku rasa aku tak ada tempat untuk buat luahan hati. Aku rasa orang keliling aku tak paham situasi aku ni. Yang diorang tahu cuma mendesak aku supaya cepat kahwin.

Okay berbalik kepada cerita, aku ada seorang teman lelaki, aku gelarkan disini sebagai Dean, aku dengan Dean sebaya, dia ada kerja tetap, aku pun ada kerjaya sendiri. umur kami tahun ni dah menjangkau 27 tahun.

Tapi masih belum ada perancangan untuk bernikah. Aku malu dengan semua orang dengan family dengan kawan², sebab mostly kawan aku semua dah berkahwin & ada anak.

Kawan² yang sama² dengan aku double date pun dah selamat mendirikan rumah tangga.

Aku ni saja lah masih dalam alam “cinta monyet” agaknya.

Kalau orang tanya apa status aku bila nak kahwin, kenal dah lama tapi tak kahwin2, kadang2 aku rasa umpama aku salah pilih orang untuk dijadikan pasangan, sebab macam tiada kepastian,

Dean ada tunjuk usaha untuk menghalalkan aku, dia kumpul duit kahwin, & akan beritahu aku jumlah simpanan duit untuk kahwin tu tapi dia tak pernah bagitahu aku bila waktunya dia nak menghalalkan hubungan kami ni.

Kalau ikut jumlah simpanan tu boleh saja kalau nk buat majlis. Boleh sangat. Tapi itu lah tiada kepastian, bila aku tanya progress dia kata nanti lah, sabar lah, tapi sampai bila dia nak aku sabar?

Kadang2 aku sabar sebab aku cuba paham situasi dia, mungkin dia nak kumpul duit sampai boleh tampung kehidupan lepas kahwin tu mungkin. Haha entahlah.

Situasi aku dengan dia berbeza kerana aku adalah anak sulung perempuan, of course pressure banyak dekat aku parents suruh kahwin, sedara mara pun sibuk tanya bila nak kahwin lepastu dibandingkan lagi dengan sepupu sepapat yang lebih kurang umur aku.

Berbeza pula dengan Dean dia anak bongsu & anak lelaki tunggal dalam keluarga. Mungkin dia kurang pressure daripada keluarga bab jodoh ni. Sebab dia sendiri tak memberikan keyakinan dekat parents dia.

Kadang2 aku terfikir seronokkan jadi lelaki no pressure benda² personal macam ni.

Bila jadi macam ni aku rasa berada dalam hubungan yang tiada kepastian, dan membuang masa berbelas tahun kenal & macam sia-sia.

Kadang2 aku rasa nak putuskan hubungan ni, kalau itu yang terbaik. Tapi aku tak pasti, aku sayang dekat Dean aku sayangkan hubungan ni tapi aku rasa terkilan.

Aku banyak buang masa selama berbelas tahun ni dalam hubungan yang tak tahu dimana hujungnya, aku pun manusia ada tahap kesabaran. Aku cuma inginkan kepastian.

Kadang2 bila aku mempersoalkan hal ni dia akan diam 2-3 hari. Salah aku ke tanya pasal kemana hala tuju hubungan ni? Patut ke aku lepaskan dia & bawak diri.

Aku dah penat fikir semua ni. Kadang2 aku terfikir, adakah aku tak layak untuk bahagia macam orang lain ada suami ada family sendiri.

– Sofie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *