Terima kasih kerana admin approve post ni…
post ini hanya sekadar ingin menjawab persoalan yang sering diutarakan kepada saya. Oleh itu saya harap ramai yang dapat ambil iktibar cerita panjang lebar di bawah … terima kasih :)
Islam menolak liberalism, Islam menolak sekular, dan Islam juga menolak sebarang idealism yang lain yang bercanggah dengan Islam. Perkara sebegini sememangnya tidak dinafikan kebenarannya tetapi ada dalam kalangan umat Islam sendiri bertanya adakah Islam menolak kebaikan yang dibuat oleh golongan di atas?
Jika mereka melaksanakan kebaikan seperti memberi bantuan kepada orang susah, bergotong-royong membersihkan kawasan, menentang korupsi dan melawan penindasan golongan yang lemah, adakah kebaikan sebegini Islam tidak mengiktirafnya sebagai kebaikan atau asalkan mereka anuti fahaman selain Islam maka segala kebaikan mereka akan automatik dianggap kejahatan?
Sebelum persoalan di atas dijawab, marilah kita telusuri beberapa sirah Nabi Muhammad untuk kita hayati. Kisah yang akan diceritakan ini secara tidak langsung akan menjawab persoalan yang sering dikemukakan sama ada mencari kebenaran atau sebagai sindiran, ingin menguji atau mengeji.
Kisah pertama sewaktu penghijarahan Nabi Muhammad bersama sahabat Baginda iaitu Saidina Abu Bakar dari Kota Mekah untuk ke Yathrib atau sekarang dikenali sebagai Madinah. Nabi Muhammad dan Abu Bakar menggunakan khidmat seorang lelaki berbangsa Yahudi yang mahir dengan selok-belok padang pasir. Nama orang tersebut ialah Abdullah bin Uraiqat. Dengan bantuan dan “kebaikan” yang diberikan oleh beliau itu menjadi salah satu asbab hijrah Rasulullah itu menemui kejayaan.
Kisah kedua ialah ketika hijrah para sahabat ke negeri Habsyah untuk mendapatkan perlindungan di bawah Raja Najasyi yang terkenal dengan keadilan setelah pelbagai tekanan diberikan oleh penduduk Mekah kepada penganut Islam. Meskipun, bangsawan Mekah menghantar wakil untuk mengambil kembali umat Islam yang berhijrah ke sana tetapi Raja Najasyi tidak mengizinkannya. Alhamdulillah, dengan “kebaikan” daripada Raja Najasyi itu telah Berjaya menyelamatkan nyawa dan iman umat Islam yang berlindung di bawahnya.
Kisah ketiga ialah ketika peperangan Khandak. Perang Khandak adalah antara peperangan yang amat genting. Penentangan berlaku di dalam dan luar Kota Madinah. Pengkhianatan kaum Yahudi dan juga persepakatan mereka dengan bengsa Quraish Mekah telah membina pakatan harapan penghapusan umat Islam di madinah. Namun, seorang sahabat yang bernama Salman Al-Farisi telah mengusulkan satu cadangan yang ganjil pada zaman itu dan tidak pernah digunakan di medan peperangan di negara arab pada waktu itu iaitu pembinaan parit. Teknik menggali parit berasal dari Parsi. Atas jasa dan “kebaikan” taktik yang berasal dari bukan Islam ini telah berjaya memenangkan Islam dan menghalang tentera kafir Quraish dari mara menggempur tentera Islam.
Mengikut kepada sirah Nabi Muhammad di atas, dapat kita simpulkan bahawa Islam menerima baik “kebaikan” biarpun dari bukan beragama Islam. Islam tiada masalah menerima strategi, teknik, taktik, atau sebagainya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk kerjasama untuk tujuan kebaikan malah amat digalakkan untuk bersatu di atas dasar-dasar kebaikan. Tetapi harus diingat bahawa memperjuangkan aqidah mereka adalah tidak akan berlaku sama sekali.
Seperti mana Rasulullah dan Saidina Abu Bakar yang menerima baik pertolongan dari Abdullah bin Uraiqat meskipun bukan beragama Islam tetapi perjuangakan aqidah Yahudi adalah tidak pernah berlaku sama sekali. Meskipun Rasulullah menggunakan taktik perang dari Parsi tetapi menganggap agama anutan rakyat negara Parsi iaitu agama Nasrani adalah agama sebenar sebagaimana Islam yang diperjuangkan oleh baginda adalah tidak mungkin sama sekali.
Dalam menerima dan memberi kebaikan, ada batasan yang perlu dijaga. Terimalah yang baik dan tidak menyalahi syariat sahaja dan tidak perlulah sehingga menganuti fahaman ciptaan manusia yang akhirnya membawa ke lembah kehancuran. Cukuplah Islam sebagai anutan. Islam telah menyediakan segalanya dari cara-cara buang air kecil dan besar, makan sehingga kaedah dan dasar percukaian yang adil semuanya telah tersedia di dalam Islam.
Malah Islam satu-satunya agama yang sanggup memerangi golongan kaya yang menentang dari mengeluarkan zakat untuk diberikan kepada golongan asnaf dan ini tidak pernah terjadi di dalam ajaran Kristian, Yahudi, fahaman Liberalism, Sekularism, dan segama jenis isme yang yang lain. Peristiwa ini berlaku sewaktu kekhalifahan saidina Abu Bakar. Pada zamannya sudah wujud golongan umat Islam yang tidak mahu membayar zakat sehingga Abu Bakar bertegas dengan menggunakan ketenteraan.
Ada juga golongan yang mahu disamakan perjuangan mereka yang berfahaman sekular, liberal ini dengan perjuangan Islam hanya kerana secebis keadilan yang mereka perjuangankan tetapi harus diingat bahawa adakah fahaman ini mengesakan Allah sebagai Tuhan Yang Satu? Mengajak manusia bersaksi
Nabi Muahmmad itu Utusan Tuhan?
OLeh itu, terbuktilah bahawa fahaman ini tidak boleh langsung dikaitkan atau disamakan dengan perjuangan Islam. Mana mungkin fahaman yang tidak membawa manusia mengenal dosa serta pahala, syurga dan neraka, sama dengan Islam.
Jika mereka mendakwa mereka juga memperjuangkan keadilan seperti Islam, soal mereka balik jika keadilan yang mereka perjuangkan itu sudah ada dalam ajaran Islam, mengapa tidak perjuangkan Islam sahaja ?
Islam bukan sekadar berkisar perihal Teologi (perihal ketuhanan), bahkan merangkumi segala aspek. Dalam Islam ada bab ekonomi, bab perkahwinan, bab undang-undang, bahkan bab basuh najis air kencing dan tahi. Cuba bawa satu fahaman lain yang mengajar cara-cara membasuh tahi kita selain Islam? Selengkap itu Islam sudah menghidangkan penyelesaian cuma manusia yang ingin bertindak mengatasi Tuhan.
Ada juga yang seakan memerli, mengapa negara Islam tidak aman, membangun seperti yang diwar-warkan? Jawapannya mudah iaitu kerana Islam tidak diambil secara keseluruhannya tetapi diambil mana yang berkenan di hati dan membakulsampahkan yang dirasakan tidak sesuai dengan aqal fikirannya. Ada yang mengambil bab kebersihan sahaja dan meninggalkan bab undang-undang jenayah. Ada yang mengambil Maqasid sahaja dan membuang Syariah.
Akhir kata, anutilah ajaran yang mampu membawa ke Syurga dan buanglah fahaman yang hanya sekadar berlegar dan akan hilang lenyap di dunia sahaja.
– Legasi Penjaga Agama
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Penunggang penunggang agama need to read this