Assalamualaikum.
Aku di sini hanya ingin berkongsi rasa. Adakah hanya aku yang merasainya, atau kalian juga memiliki rasa yang serupa atau seakan sama.
Mungkin dek kerana fenomena final exam yang bakal berkunjung tiba tanpa dipinta, fikiran sebegini kembali melayang-layang di otak aku.
"Kenapa saban tahun semangat belajar aku semakin menurun? Kenapa aku rasa sekarang ni (zaman universiti) aku makin cepat putus asa kalau dibandingkan dengan zaman sekolah dulu? Kenapa kalau aku study, ilmu susah nak lekat? Kenapa baca je buku aku susah nak faham? Kenapa walau dah faham, tapi lepas kawan minta explain, satu habuk pun aku tak ingat?"
Banyak lagi sebenarnya kenapa yang aku nak utarakan tapi cukuplah setakat kenapa yang tertulis tu.
Aku seringkali teringat akan zaman persekolahan dulu. Waktu form 5, aku rasa semangat dan keupayaan mengingat aku masa form 3 (pmr) jauh lagi bagus. Waktu asasi, aku rasa semangat dan keupayaan mengingat aku masa form 5 (spm) lagi baik. Begitulah juga untuk sekarang ni, kegigihan nak pulun study zaman asasi jauhh lagi baik dari zaman degree. Kenapa kualiti semuanya seolah menurun? Pokoknya, kalau ingin dilakar graf semangat study tu, sememangnya garisannya hanyalah menurun dan menurun saban tahun.
Maka, apabila datangnya fikiran sebegini rupa, aku kembali termenung dan reflect diri. Aku tahu "ilmu itu cahaya, dan cahaya takkan menembusi hati orang yang melakukan maksiat." Ya, mungkin aku tahu tapi aku tak mempunyai kesedaran akan hal ini. Dan even sekarang, masa aku tengah tulis ni, aku wondering, adakah aku sedar akan quote ni dengan sebenar-benar kesedaran. Atau hanyalah sekadar menulis dan melantunkan kata untuk kalian, tanpa mempunyai erti untuk diri sendiri walau secebis cuma.
Niat, usaha, doa, tawakkal, pengharapan. Benda ni semua aku tahu apa konsepnya dalam dunia pembelajaran. Bukan sekali dua tazkirah/motivasi/nasihat yang pernah aku dengar dari zaman sekolah sampai la sekarang. Tapi tu la, adakah sekadar tahu tapi tak sedar atau terleka dalam mengaplikasikannya?
Dan bukan juga aku tak punya ibu bapa yang sepatutnya aku ingat akan mereka bila aku rasa down dan malas pasal study ni. Aku tahu, besar harapan mereka pada aku yang bernama anak ni. Tidak cukupkah mereka sebagai motivasi aku?
Adakah kalian pernah rasa benda yang aku rasa ni? Fikiran macam ni normal, aku tahu. Tapi still, aku perlukan pendapat atau apa-apa pandangan dari kalian. At least ada words depan mata aku yang boleh aku baca banyak kali nak bagi percaya yang benda ni simple je untuk handle sebenarnya. Aku bukan senang nak buka mulut untuk tanyakan pendapat orang lain anyway sebab tu la aku tulis :D
Thanks a lot guys!
– Berkongsi rasa
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
baca n nilai balik quotes tu . then muhasabah diri . solat taubat, solat tahajud, solat on time n jgn tggl solat . ade mse je mulut tu zikir jgn lalai . then stdy balik n usaha selagi mampu. in shaa allah .. pcya je setiap org rejki nye lain2. just jgn benti usaha . siapa thu rjki kau kat uaha kau yg ke 102 kali ke? kan? even dah 100 kali usha selagi blom berhasil jgn bnti . pcya pd allah . smbil tu perbanyakkan amalan . in shaa allah all the best