Adakah Masih Ada Sinar Untuk Bahagia?

Assalamualaikum dan hi, aku sekarang berada di pertengahan umur 20 an, begitu jugak suami aku. Dia tua setahun saja dari aku..

Kami berdua bekerja di sektor swasta. Kami mempunyai seorang cahaya mata yang amat comel, penyejuk mata dan penenang dikala stress dan bakal dapat anak kedua. Alhamdulillah.

Cumanya, kat sini aku nak luah ape yang terpendam selama hampir 3 tahun aku kahwin, aku tak pernah luahkan dekat sape sape pun, dan ini kali pertama aku luahkan kat sini. Sebelum ni jadi silent readar jee.. hehe

Ni benda-benda yang aku buat sepanjang kahwin!

– Mesin basuh, TV, aircond, set katil bilik tidur, almari humaira, karpet, tikar rumah, langsir, cadar.. semua pakai duit aku untuk beli benda tu semua..

– Mostly aku yang masak, suami balik kerja, tinggal makan saja.. benda yang jarang aku buat, basuh dengan sidai baju dan buang sampah (takkan aku kan nak buat semua)

– Perbelanjaan kat rumah pun memang akan aku tolong sbb gaji suami memang tak cukup tuk cover sampai hujung bulan. Apa yang aku nak makan, aku beli saja guna duit sendiri. Nafkah? Apa tu nafkah?

Aku sampai tak tau berapa kali saja aku pakai, bagi aku, takde langsung la kot duit nafkah sebab dia tak pernah pun cakap tu duit apa,

Dia transfer tapi nanti kuar balik tuk beli barang keperluan rumah cam makanan dan barang basah etc.. tapi tak cukup pun duit tu tuk cover perbelanjaan, tu pasal aku terpaksa cover..

– Ada joint loan tuk beli rumah pertama, tapi macam tadi lah, dia transfer kadang 300 tuk bayar rumah dengan nafkah ke?? (aku pun tak tau) tapi kadang 300 tu jugak keluar tuk beli barang, jadi rumah tu guna duit aku jugak la kan?

Menyesal joint loan, baik apply tuk nama aku sendiri saja, so tak ada la berkira nak bayar rumah tu.

– Pengasuh anak pulak. Ni memang dari sejak hantar lagi sampai la sekarang, aku sorang saja yang bayar! Ni anak aku sorang saja ke?

Ni sekarang tengah pregnant anak kedua (ni aku da rancang ye, memang pakai perancang dan bukan rancang sendiri, tapi masih lekat), mesti la aku kan yang bayar pengasuh? huhu.

– Aku ada 2 buah kereta, dua-dua under nama aku, 1 aku beli cash, 1 aku beli pakai loan, loan kereta ni pun aku yang bayar.. suami tinggal pakai saja.. memang dari awal, aku saja yang bayar setiap bulan tanpa bantuan satu sen pun dari suami.

Aku tak kisah tuk bayar loan kereta ni sebab memang nama aku.. Suami ada buat loan tuk motor, tapi motornye excident sampai tak boleh pakai, tapi loan jalan, sudahnye kereta aku jugak dia pakai buat ulang alik kerja.. Loan motor tu dia bayar sendiri

– Kos kereta rosak pun, aku yang bayar, untuk dedua kereta ye! bukan 1 buah.. Servis kereta pun sama! Semua aku yang tanggung, dia ada la sekali atau dua tolong bayar servis kereta yang dia pakai ulang alik kerja tu, selain tu semua aku.

Roadtax pun aku yang bayar ye! Even isi angin, cek minyak hitam, nak suruh aku bising dulu, baru dia tolong buat.. Kadang aku malas nak bising, aku saja yang cek sendiri..

– Kalau aku nak deco rumah ke, aku saja la yang beli semua, da rumah tempat kite rehat kan, takkanla nak biar nampak suram saja, ni kalau rumah suram, tak bersih, lagi la bertambah stress aku.

Apa yang dia buat sepanjang kahwin? Ni aku cuba sedaya upaya tuk tak tinggal 1 pun yang dia buat ye.

– Bayarkan coway dengan netflix (netflix pun kongsi dengan kawan-kawan, jadi jimat la kat situ) Yang ni pun kitaorang start langgan bila tahun kedua (Coway) dan ketiga (Netflix) kahwin.

– Bayarkan sewa rumah sekarang dengan bil air dan letrik.

– Bayar loan motor dia sendiri.

– Basuh dan sidai baju, kadang lipat sekali, tapi aku ada tolong ye kadang2. Sama dengan buang sampah, selalunye dia yang akan buat, tapi kalau da sampai nak keluar ulatnye, aku tolong la buangkan, sebab nye nanti aku jugak yang susah nak kene bersihkan ulat2 tu.

– Pernah la belikan aku baju 3 helai dengan gelang emas( ni pun kene tambah duit aku sebab aku nak yang fesyen haha). Tapi yang banyaknye duit aku.

Surprise2 birthday ni ada la buat sebab aku pun buat tuk dia. Mase birthday 1st lepas kahwin, paling sedih sebabnya aku yang belikan kek tuk aku sendiri, dia teman saja sebab duit da takde, maklumla birthday aku hujung bulan, haha.

– Dia selalu tolong urut aku kalau aku lenguh2, tapi kadang tu gaduh jugak sebab dia malas nak urut, sebab dia cakap takkan nak urut selalu, dia pun lenguh jugak tangan kalau asik urut.

– Masa alahan tu, bila da gaduh ape semua, baru dia rajin tolong uruskan rumah tapi tu pun tak kemas, tapi sebab aku memang tak larat, aku biarkan jee.. Bia saja la dia buat ape yang dia mampu, kadang ada jugak bising, baru dia buat..

– Masa alahan jugak, dia suka buatkan air tuk aku.. yelaa, aku memang tak larat nk bangun sangat, dahla asik nak muntah, dengan angin nye, jadi aku mintak la air milo tuk buat aku rase kenyang sikit. Nasib la dilayannya.

Sekarang bila da habis alahan, aku pun mampu da buat kerja rumah, masak-masak, kurang da dilayan..

Semalam sampai bergaduh sebabnya dia tengah tengok cerita kat Netflix, aku cakap la aku lapar lagi, selalu masa alahan, kalau aku cakap aku lapar, dia pegi la buat air milo dengan bawak biskut.

Tapi malam tadi, dia buat tak tau saja, aku okay lagi la masa tu. Mase nak tido tu, saje la buat buat merajuk sebab tak dilayan masa cakap lapar tadi. Sekali kita pulak yang kena.

Dia cakap, dia pulak rasa dia macam isteri sebab kena buatkan air dengan urut aku, mungkin bagi dia, setiap isteri kene buat macamtu kot.

(Memang aku jarang sangat buatkan dia air sebab aku kan da masak. Dia pun tak pernah mintak tolong aku buatkan apa-apa untuk dia, lagipun aku buat air tawar, dia suka yang kaw kaw, jadi dia lagi suka buat sendiri airnya. Yang aku bayar segala benda tu, dia tak nampak pulak ye).

Faham faham la kan orang pregnant ni macam mana, mesti kita nak dilayan manja kan, bukan mintak banyak pun, bukan mintak duit pun..

Sekarang pun aku didiagnosed ada masalah sikit dengan mental aku, aku dapat result teruk untuk ujian saringan minda masa nak buka buku pink anak kedua.

Takde siapa tau pun kecuali kawan rapat dengan suami, tapi aku pun tak tau suami aku percaya ke tak dengan masalah mental yang aku hidap ni. Sebab haritu dia cakap, ni semua macam mana kita set minda kita. Haha.

Ye, aku tau untuk rawat masalah ni, kita kena pandai kawal emosi, da hari2 aku rasa stress, sedih, lonely, kau ingat senang ke aku nak kawal minda aku? Memang orang tak rasa, takkan tau macam mana benda tu, so boleh la cakap, cakap memang senang ye, pakai air liur saja..

Aku pun boleh cakap benda tu. Masalah mental aku tu da sampai tahap aku terbayang-bayang kerat tangan aku sendiri. Tapi sekarang ni memang aku da dipantau oleh doktor, ada appointment dengan kaunselor, doktor pun cakap aku da makin elok.

Aku jarang sangat rasa bahagia dengan perkahwinan ni, belum citer lagi side mertua.. Malas la nak citer, tu pun buat aku stress! Dapat luah yang ni pun, rasa macam lega sedikit.

Nak mintak pandangan semua, macam mana ye nak bahagia? Aku rasa macam suami tak hargai apa yang aku buat, ke aku saja yang tak nampak?

Bila setiap kali gaduh, benda yang selalu buat gaduh selalunya sebab dia tak layan aku la (macam aku cerita kat atas tu la), aku akan jadi tak ikhlas nak bagi dia pakai kereta, nak bayar itu ini, ntah, aku rase kebanyakannya aku yang tolong bayar.

Ke memang semua isteri2 cam aku jugak? Da bincang leklok pun, dia masih buat benda yang sama.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca luahan aku.

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *