Adakah Permintaan Mak dan Ayah Melampau?

Adik saya berkahwin dengan orang yang tua daripadanya, 14 tahun macam tu.

Kami fikir, Insya Allah, bolehlah suaminya membimbing dia kerana kematangan umur dan adik ketika itu masih muda serta perlu belajar banyak benda, terutamanya melayari kehidupan berumah tangga dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Selesai sahaja majlis nikah dan bersanding pada sebelah malam, adik dan suami pulang ke rumah suami esok paginya selepas bersarapan.

Mak dan Ayah terkejut sebab menyangkakan mereka akan tinggal lama sedikit sebelum adik dibawa pergi.

Alasan yang diberi suami adik, kena jaga Nenek dia yang sakit dan ibunya yang tidak kuat kaki.

Suaminya pula tiada adik-beradik yang lain.

Mak dan Ayah terpaksa melepaskan adik pergi.

Walaupun rumah suaminya lebih kurang 30 minit perjalanan, adik dan suaminya langsung tidak datang menziarah kami selepas itu.

Bayangkan, kami jumpa mereka waktu Raya sahaja, itupun untuk beberapa jam.

Alasan, Nenek dia sakit dan ibu tak kuat kaki.

Ok, takpe.

Kami cuba memahami situasi adik kerana mereka bertugas memandikan dan memberikan Nenek makan sebab dia betul-betul uzur.

Ibu kepada suaminya pula memang sakit kaki dan tak boleh berjalan.

Alhamdulillah, 2 tahun selepas berkahwin dan selepas 2 kali keguguran, adik dikurniakan seorang anak.

Mak meminta izin suaminya untuk menjaga adik ketika dalam pantang dan bagi cukup 44 hari.

Malangnya, baru seminggu adik di sini, suaminya sudah bertanya bila nak balik dan ibu suaminya juga mula buka mulut, cakap "Mana ada orang pantang lama-lama dan tinggalkan suami lama-lama. Tak sayang kat suami ke?"

Allah. Sedih betul dengar.

Mak nangis kerana suami adik minta adik pulang.

Sekali lagi, Mak dan Ayah terpaksa melepaskan adik pulang ke pangkuan suaminya.

Kalau adik pulang, memang dia akan kena buat kerja rumah dan memasak, sambil belajar untuk menjaga anak yang baru lahir.

Beberapa bulan kemudian, kami dapat tahu suaminya tidak bekerja.

Suaminya mula mesej adik-beradik kami untuk meminta wang.

Alasan diberi, nak belikan susu dan lampin untuk anak.

Kami cuba beri mana yang mampu.

Mak menghulurkan duit selama mana suaminya minta dan tidak bekerja dan bila dikira semula, jumlahnya turut mencapai RMxx xxx!!!!

Kami adik-beradik tidak pernah pinjam duit Mak.

Tidak!

Tetapi adik ipar saya ni boleh pula pinjam duit dengan selamba tanpa membayar balik pun.

Ok, takpe, kami masih lagi bersangka baik.

Yalah, rezeki masing-masing dan kita tidak tahu masa depan kita macam mana.

Selama adik ipar saya tidak bekerja, ibu mertua adik sering menuduh adik membawa malang kepada keluarganya, sebab adik gugur 2 kali dan suaminya tidak dapat cari kerja.

Kami sekeluarga sepakat membantu adik.

Setiap bulan, Mak dan Ayah akan belikan barang-barang dapur, kelengkapan mandi, susu dan lampin bayi, makanan etc untuk dihantar ke rumah adik.

Setiap bulan Mak dan Ayah tak pernah miss dan jumlahnya ada dalam RMxxx.

Ibu mertua adik? Sering merungut, kononnya jenama yang Mak dan Ayah beli tak bagus.

Allah. Mak dan Ayah sabar sahaja.

Kami terpaksa akur yang adik tidak dapat ziarah keluarga kami kerana suaminya mungkin ada masalah kewangan kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Jadi, Mak dan Ayah usahakan untuk mengambil adik dan anaknya pulang ke rumah untuk 2-3 hari dan meminta izin suaminya.

Mak kata, nak buat setiap bulan, bolehlah dia melepaskan rindu dengan anak dan cucu.

Itupun ibu mertuanya bising jugak. Cakap lama adik balik sini. Takde sesiapa nak masak kat sana.

Padahal sebelum adik ke sini, dia akan siapkan makanan untuk 2-3 hari dan mereka cuma perlu masak nasi serta panaskan lauk sahaja.

Ibu mertua adik turut menuduh Mak hendak putuskan kasih kerana membawa cucu dia pergi selama beberapa hari.

Impian Mak untuk tengok adik dan cucunya setiap bulan tidak kesampaian.

Seperti biasa, mereka akan ke sini masa Raya sahaja, untuk beberapa jam.

Sepanjang 7 tahun perkahwinan mereka, ibu mertua selalu mengatakan adik saya tidak pandai masak (walaupun adik saya yang masak di rumah itu dan mereka akan makan apa yang dia masak) serta menuduh adik saya malas mengemas rumah (walaupun adik saya setiap hari menyapu serta mengemop lantai dan membasuh bilik air).

Dia juga menuduh adik saya kuat makan, walhal adik saya makan sedikit sahaja dan dia teramat-amat kurus serta selalu nampak lemah dan lesu sahaja.

Kadang-kadang adik ada telefon Mak, walaupun dia tak cakap banyak tapi dia nangis di telefon.

Kini, walaupun suaminya sudah dapat kerja tetap, mereka masih lagi tidak selalu balik sini.

Mak dan Ayah masih membelikan mereka susu dan lampin kerana baru-baru ni, suami adik kata kat Mak, sudah tak perlu belikan barang-barang dapur etc.

Adik sudah ada 2 orang anak sekarang.

Adik masih kurus dan selalu penat.

Boleh nampak, adik yang uruskan anak-anak dia, suaminya melekat dengan handphone.

Buat apa?

Saya tengok dia layan FB atau video sahaja.

Sedih sangat.

Kami terpaksa akur dengan perjalanan hidup adik yang sebegini.

Adik yang dibesarkan oleh Mak dan Ayah dengan penuh kasih sayang, dijadikan orang gaji di rumah mereka.

Bukan itu sahaja, untung betul suaminya kerana Mak dan Ayah sanggup memberikan bantuan kewangan selama bertahun – tahun.

Adakah dia berterima kasih?

Hanya di mulut.

Mak dan Ayah tidak tuntut pun hutang, mereka cuma nak tengok anak dan cucu-cucu mereka sahaja.

Kalau susah sangat nak hantar ke sini, Mak dan Ayah dah cakap, diaorang boleh je pergi amik dan hantar balik.

Adakah ianya permintaan yang sukar dan sangat membebankan?

Adakah permintaan Mak dan Ayah yang satu ini melampau?

Takpelah.

Buat lah apa yang awak nak buat, wahai adik ipar.

Jika ini ketentuan Allah SWT, kami redha dan mendoakan keluarga anda dimurahkan rezeki dan Allah permudahkan segala urusan, Insya Allah.

– -Kakak Redha-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

113 Comments

  1. Tlg la adik tu.bwk gi jabatan agama.suruh bincang sama2 baiik2 dgn suami.tp kalau xmakan saman jgk dan buat hal yg sama jgk (xbagi nafkah),repot pd jabatan agama.laki mcm tu ptt masuk neraka selayaknya.ak tahan marah je ni.adoi

  2. Suruh cerai sabaja daripada berdosa mengadu domba.
    Rezeki di tangan allah. Tidak semestinya cerai satu keburukan yang mana Nabi pernah menawarkan cerai kepada salah seorang isteri baginda namun ditolak dan malam2 giliran beliau dihadiahkan kepada Saidatina Aisyah.

    IIUMC confessions ni terlalu fokus kepada cerita negatif.sebaiknya selitkan sedikit nasihat untuk neautralize balik cerita.

  3. tu la masalahnye…mk bpk manjakan…bg duit jugak…tu kn tanggungjawab laki die…biar die rasa…dah bg duit pun ade die layan elok?? kulikan adik ko lg ade…adik ko pulak redha je?? sampai da kurus kering…tah2 x dibagi mkn pun kat umh….taat pada suami tu berpada2 jgn mkn diri…suruh adik ko duduk umh mak ko bawak ank2…buat aduan pada pejabat agama….kalau bercerai pun ank2 tu mmg dpt kat adik ko..jgn jd hamba!

  4. Tolonglah jangan ‘redha’ confessor. Selamatkan adik kau. Dalam hal ini, adik kau ada hak untuk tuntut fasakh dan family kau ada hak jagaan ke atas anak tersebut. Kumpul bukti yang adik ipar tidak bekerja dan adik jadi hamba kat rumah mertua. Tuntut hak. Entah – Entah adik kau kena dera, kena buat macam – macam dalam rumah tu yang korang tak tahu.

  5. moga si kakak dapt suami dan mak mertua perangai macam suami dan mak mertua si adik.
    time tu cakap lah redha ye.
    usaha dulu baru tawakal
    bukannye tawakal je tapi langsung tak nak usaha.

  6. -kakak redha- ye ?? Merana lah adik kau sepanjang hidup diaa….haihh…walaupun aku sndiri seorg perempuan tapi aku tetap tak faham pompuan yg rela diperlakukan mcm ni…

  7. 7tahun? Hmm . Tak kesian ke kat adik n anak buah awak ? Dia nak kena urus nenek n mak suami dia , anak2 lagi .
    Suami gitu ,, ayah kau boleh je bawak lari adik n minta fasakh kat pejabat agama .
    Keji nya perangai keluarga suami dia . Kena bawak adik dan anak buah kau keluar dr situ baru diorang sedar yg selama ni adik kau yg urus semua . Bayar bibik pon seribu sebulan . 2hari cuti sebulan .
    Geram betullah aku baca . Tolonglah kesian kat adik kau . Please .

  8. Cene boleh dia kata redha tengok adik dier camtu???x kesian ke kat adik awak tu…semakin kurus kot.means dier menderita.kene buat sesuatu.memglah meruntuhkan rumahtangga tu berdosa.tapi kalau terseksa ceni…xkan nak biar aje?eh.pantang betul kiter ngan laki biawak hidup ni.wake up la…do something sebelum adik awak tu kene register mana2 hospital dsebbkan tekanan.setakat syg tp x buat ape…konon “redha” je…bertempat la…nk tunggu adik tu dah dok lam liang lahad baru nk kata x redha tanpa usaha?adik awak tu manusia la…ada hati..ada perasaan..bukan robot..memg la syurga isteri tu bawah tapak kaki suami..tp adik awak hidup dlm neraka dunia ciptaan suami dia…baik biar bertempat.jht jgn sekali kakak redha…
    #geram

  9. kakak, kau kna bertindak jgk. xblh kau nk redha berserah mcm tu je. doa diiringi usaha. ksian adk kau nti jd hamba abdi dkt kuarga yg xreti bhs tu. mnanggung biawak hdup adlh sia2!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *