Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin sekiranya admin post luahan saya ini.
Luahan saya ni lebih kepada pengalaman saya. 2 tahun lalu, saya ada berkenalan dengan seorang perempuan di media sosial, setelah berkawan hampir sebulan setengah, baru saya dapat tahu yang dia ni berpurdah. Saya tak sangka pada awalnya sebab dia chat macam orang-orang lain(aka tak kisah walaupun chat saya yang lelaki ni).
Lepas saya tahu yang dia berpurdah ni, saya lebih minat untuk mendalami ilmu agama sebab nak bagi lebih berilmu(terasa bila perempuan lebih arif bab agama), saya juga ada belajar sedikit sebanyak perkataan arab yang saya tak pernah terniat pun nak belajar dulu, ini semua sebab nak ambil hati dan rapat dengan dia. Sungguh masa berkawan tu, saya sangat berkenan dengan cara dia.
Tak lama lepas tu, kami lebih rapat, boleh dikatakan kami tahu yang kami saling suka sama suka. Sampaikan dia pernah tunjuk wajah dia supaya saya lebih mengenali dia dan tak menyesal kemudian hari(aka tak lawa). Orangnya cantik yang amat tapi secara tetiba dia mintak saya untuk ada ikatan dengan dia sama ada tunang atau kahwin. Saya memang terkejut yang amat lah kenal tak sampai 4 bulan macam tu dah mintak ada ikatan, kenal pun melalui media sosial, entah perangai sebenar dia tu betul atau hanya sekadar lakonan. Saya minta waktu sebab saya ada rujuk pada keluarga dan mereka pun tak berapa setuju kerana kami hanya kenal di alam maya dan singkat sangat tempoh perkenalan kami, masih tak tau hati budi masing-masing. Dia faham katanya, dan sanggup tunggu saya habis belajar.
Namun, tak sampai sebulan lepas tu, perangai dia berubah, nak tau apa yang mencetuskan perubahan dia tu? Dia ajak saya join tabligh beberapa kali tapi saya menolak atas alasan saya tak berapa berkenan dengan cara berdakwah tabligh yang tinggal isteri, anak-anak sampaikan tak tinggal pun duit untuk belanja dan cerita daripada mulut orang. Dalam tempoh tu juga lah dia mula menjauhi saya, tak tanya khabar macam selalu. Dalam hati ada lah juga terpikir dia ni betul-betul nak kahwin dengan aku atas dasar suka sama suka atau sebab nak ajak aku masuk tabligh?
Elok-elok saja lepas tu, tetiba dia langsung tak chat, mesej. Berulang kali saya chat dan mesej tanya sama ada dia masih nak tunggu saya atau tak. Lepas banyak kali hantar tu, satu mesej yang ringkas ja dia hantar, "maaf, saya tak boleh nak tunggu awak dan saya dah tak sukakan awak". Masa tu, memang tak fikir banyak dah, memang dah syak yang dia terburu-buru nak ada ikatan ni sebab nak tarik saya masuk tabligh, bila saya tolak, dia pun tolak macam tu ja, kiranya, semua sebelum ni hanya palsu semata-mata.
Saya takdalah kecewa sangat sebab dia yang terburu-buru tapi sayangnya, dialah penyebab saya terbuka hati untuk lebih suka kepada orang yang berpurdah berbanding rupa. Sejurus tu, saya jadi anti dengan golongan berpurdah ni, memang fikiran sempit masa tu, tambah-tambah isu orang bash perempuan berpurdah dan tudung labuh ni hangat diperkatakan masa tu.
Tapi sekian lama, kian matang pemikiran saya dan saya dah tak menilai masyarakat hanya kerana salah seseorang dalam kelompok tu. Saya minta maaf kalau ada yang terasa bila saya cakap pandang sengkek dekat orang yang menutup muka ni. Manusia tak lari daripada kesilapan. Sekian.
– jejaka keliru
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
xsalah pon… tp berpurdah pon kena ada ilmu
memandai seja ko nie ikut ckp org lain yg tabligh nie tinggal anak bini x bagi itu ini..ko ingat senang2x mw keluar b’tabligh tinggal anak bini klu x kena tafakut(interview) dlu??aq syor ko keluar dlu 3 hari baru ko tw hehe..tpi keluar islah diri kerana Allah bukan sebab perempuan b’purdah tu..peace:-)
It’s ok. Move on.
Purdah dgn akhlak taksama.. kita takleh judge ohh purdah mesti baik.. takleh mcm tu..lain org lain perangainya mungkin yg awak kenal ni lain.. nanti awak jumpa perempuan purdah lagi,mungkin lain perangainya.. husnuzon ya
sorry confessor but bab yg tinggal anak isteri tak tinggal duit etc tu TAK betul. suami saya dah byk kali pegi dgn jemaah (alhamdulillah) begitu juga dgn suami kawan2 saya, dan semuanya (ye semua) ditinggalkan dgn cukup serba serbi malah berlebihan. masa nak pegi 40 days yang latest haritu dia pegi beli stok makanan 5 minggu sbb x mau sy susah2 pegi kedai dgn children. Sampai x tau nak sumbat kat mana makanan2nya. Suami kwn2 saya pun mcm tu (kita tahu sebab bila suami diorang pergi , kita offer la nak tlng shoppijg etc tapi semua nya kata x pyh sbb dah ada belaka, dah beli..
Memang sy sndiri personally x prnh jmpa lagi la isteri yg bersungut pd saya atau pd kwn2 saya ttg suami mcm tu (tak dinafikan MAYBE ada tapi mereka sgt sedikit and are not my frinds , not friends of my friends)
part tu pls jangan pukul rata , tq.
part lain sy malas komen ,lenguh nak type :p
x salah anda berfikiran begitu, sesetengah dari kita mungkin x setuju dan sesetengah adanya setuju. cumanya disini, jika niat sudah baik apa salahnya utk kita menerima. bg sya, sebelum kita menghakimi sesuatu seharusnya kita mengalami nya dulu, in shaa Allah. moga dipermudahkan segala urusan saudara.