Adakah Saya Derhaka, Trauma Atau Depression?

Assalamualaikum.. Harap cerita saya disiarkan. 

Saya Mira. Disini saya ingin minta nasihat kepada pembaca semua tentang sepanjang kehidupan yang saya lalui.. Saya datang daripada “Broken family” yang mana arwah abah saya seorang yang panas baran..

Arwah abah meninggal pada tahun PKP akibat kanser tulang. Arwah abah tidak mempunyai kerja yang tetap ini bermaksud pendapatan arwah abah juga tidak tetap untuk menanggung kami 6 orang beradik.

Manakala ibu saya berkerja sebagai seorang guru disekolah menengah dengan gaji yang agak stabil. Oleh itu, ibu yang mengambil alih semua tugas arwah abah menanggung kami 6 orang beradik.

Pada mata saya ibulah ketua keluarga, ibu jugalah seorang bapa kepada saya. Ibu menanggung dan mengambil alih tanggungjawab arwah abah dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.

Ibulah bayar bil, ibulah beli barang dapur, ibulah yang bayar segala komitmen dan ibu jugalah yang menanggung perbelanjaan sekolah kami hingga ke universiti.. Ibu juga la yang memberi didikan agama kepada kami dari aspek solat, puasa, pergaulan dan sebagainya.

Sepanjang saya membesar tidak pernah sekalipun arwah abah berpuasa penuh dan solat penuh 5 waktu..

Arwah abah tidak pernah berpuasa dan akan makan sesuka hati pada waktu siang di hadapan kami adik beradik. Tetapi alhamdulillah kami 6 beradik tetap berpuasa penuh dan solat hasil daripada didikan ibu. 

Arwah abah tidak pernah ambil tahu mahupun ambil berat soal kami adik beradik lagi-lagi bab agama. Yang arwah abah tahu hanyalah meminta duit daripada ibu untuk beli rokok.

Arwah abah suka berhutang keliling pinggang dan yang akan melunaskan hutangnya adalah ibu dan abg saya akan tolong bayarkan separuh menggunakan duit biasiswa pelajarannya. Sikap arwah abah yang panas baran dan lepas tangan memberi kesan kepada ibu.

Ibu juga menjadi seorang yang pemarah dan baran. Yang menjadi mangsa untuk ibu dah arwah abah melepaskan marah kepada kami 6 orang beradik. Saya dipukul hingga cedera jika buat salah walau sedikit, saya di herdik jika saya tidak memasak..

Saya sudah diajar memasak sewaktu sekolah rendah lagi.. Jika saya tidak memasak saya akan di marah dan diherdik.. Zaman kanak2 saya tidak begitu bermakna seperti kanak2 yang lain. 

Saya pernah digelar sundal dan betina oleh ibu dan juga arwah abah hanya kerana saya nakal. Normallah seorang kanak2 tidak pernah lari daripada sikap nakal kan? Saya juga pernah dianggap anak yang tertukar dihospital sewaktu melahirkan saya oleh ibu.

Sungguh kata2 itu saya tidak boleh lupa sehingga hari ini walau sudah berbelas tahun berlalu. Ini semua akibat daripada sikap arwah abah yang memberi kesan kepada ibu menjadi seorang yang pemarah. Mungkin ibu stress. 

Ibu juga pernah beberapa kali tidak bertegur sapa dengan saya selama 3 hari berturut-turut hanya kerana saya nakal dan tidak mengemas rumah. Hal ini, hanya jadi kepada saya tapi tidak pada adik beradik yang lain..

Saya dipaksa memasak, mengemas rumah jika saya tidak melakukannya saya akan dipukul, diherdik, dimaki. Mungkin kerana saya satu-satunya anak perempuan. Saya ada seorang adik perempuan bongsu tapi ibu melayannya baik.

Adik perempuan saya tidak boleh dimarah atau ditegur jika saya melakukannya pasti saya dipersalahkan oleh ibu. Saya sangat2 cemburu dengan layanan ibu terhadap adik saya. Sikap arwah abah yang juga panas baran tidak lari daripada memukul kami adik beradik sehingga cedera.

Layanan ibu dan arwah abah memberi kesan kepada saya sehingga hari ini. Pernah sekali arwah abah mengamuk hanya kepada abg2 saya tetapi ibu tetap menyuruh arwah abah memukul saya tanpa sebab yang saya tidak tahu. 

Mental dan emosi saya juga tidak pernah ibu dan arwah abah ambil tahu. Jika saya ada masalah atau stress ibu tidak pernah menyokong sebaliknya dimarahi. Setiap kali ingin berangkat ke sekolah saya tidak pernah lepas daripada dimaki, dicaci dan diherdik setiap pagi.

Pernah sekali saya kejutkan arwah abah untuk bersalaman sebelum ke sekolah dan meminta duit belanja, yang saya dapat hanyalah tamparan dimuka dan dimaki sepuasnya oleh abah kerana mengganggunya tidur.

Ibu juga tidak pernah memujuk saya jika saya dipukul, dimaki sebaliknya ibu akan memarahi saya juga. Adakah saya ini seorang anak kepada seorang manusia? Kenapa saya dilayan seperti anak haiwan?

Kesan daripada layanan arwah abah dan ibu memberi kesan kepada mental dan emosi saya sehinggalah saya sudah berkahwin sekarang ini.

Pernah sekali sebulan sebelum berkahwin ibu hampir ingin menampar muka saya hanya kerana saya bertengkar kecil dengan adik perempuan bongsu saya.

Dan yang paling membuat saya terkesan dengan kata2 ibu sehingga kini ibu mengatakan “ibu serahkan kau sepenuhnya pada mak mentua kau, kau hiduplah dengan mak mentua kau lepas kahwin nanti” seolah-olah ibu tidak mahu aku lahir sebagai anaknya.

Adik saya seperti biasa ibu tidak akan memarahinya. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang sebagai seorang anak daripada ibu dan abah. Saya sangat cemburu melihat rakan2 saya yang mendapat sepenuhnya kasih sayang sebagai seorang anak daripada ibu bapa mereka. 

Alhamdulillah selepas berkahwin saya mendapat seorang suami yang sangat penyabar dan amat mengambil berat soal saya sepenuhnya.

Kini saya mendapat sebuah kasih sayang yang saya dahagakan selama ini walaupun kasih sayang saya hanyalah sebagai seorang isteri.

Akibat daripada layanan ibu dan abah saya juga menjadi seorang yang pemarah dan panas baran kepada suami dan anak saya.

Setiap kali saya teringat peristiwa layanan ibu dan abah kepada saya, saya akan menjadi marah, sedih, benci dan berdendam dengan ibu dan arwah abah. Suami dan anak saya lah yang menjadi tempat untuk saya lepaskan marah. Kesian suami dan anak saya.

Suami saya sangat penyabar dialah yang menasihati saya agar buang sifat dendam, pemarah dan panas baran agar anak kami tidak menjadi seperti saya.

Setiap kali saya teringat perbuatan ibu dan juga arwah abah setiap kali itulah saya akan jadi pemarah, pendendam dan benci kepada ibu.

Dan setiap kali itu jugalah hati saya berbisik yang saya bencikan ibu dan arwah abah sehingga saya menganggap ibu dan arwah abah tidak layak menjadi ibu bapa..

Astaghfirullahaladzim. Derhakakah saya jika saya terfikirkan macam tu sekali sedangkan saya tidak ada niat untuk menderhaka kepada mereka.

Namun setiap kali lepas solat saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kebahagian buat ibu dan arwah abah.

Asbab daripada perbuatan ibu dan arwah abah saya hilang keyakinan, saya menjadi baran, pendendam, pemarah yang menjadi mangsa saya adalah suami dan anak saya.. Kasihan suami dan anak saya menjadi mangsa untuk saya lepaskan dendam saya. Allahuakbar. 

Kini saya celaru dengan diri saya sendiri adakah saya derhaka dengan ibu dan arwah abah kerana terbitnya rasa benci dan dendam?

Saya takut saya tidak dapat masuk syurga hanya kerana saya membenci ibu dan arwah abah. Bila saya sudah mempunyai seorang anak tidak tergamak saya melayan anak saya seperti ibu dan arwah abah melayan anak2 mereka. 

Saya perlukan nasihat dan bimbingan daripada pembaca sekalian. Adakah saya depression, trauma atau derhaka? Saya sangat celaru. 

Terima kasih,

Wasalam… 

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. you can break the chain Mira
    you can change by treat yourself as precious soul created from God.
    put you, your husband and your child number first.
    don’t let your past life haunt you or kill you..

  2. mak ayah u mcm tu, takkan u pun nak jadi mcm tu? come on. biarkan je dwg dgn life dfgn, doakan je dr jauh. layan suami and anak2 mcm u nak dilayan masa kecik u. takecare!

  3. Puan, mungkin puan perlu dapatkan kaunseling atau psikiatri. Jangan malu untuk dapatkan bantuan agar trauma zaman islam tersebut dapat diurua dengan baik. Bertindaklah segera sebelum terlambat! Semoga Allah kasih pada puan Dan Keluarga serta beri jalan keluar dari masalah ini. Rasa kasihan pada suami Dan anak2 sahaja tak cukup puanz, rasa ITU mesti disertakan dengan tindakan, usaha untuk membaiki diri puanz jadi hamba allah yg baik. Barulah puan akan jadi isteri Dan ibu yg jg baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *