Adakah Suami Aku Gay?

Assalamualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah SWT, saya Aliya (bukan nama sebenar). Terima kasih sekiranya coretan ini disiarkan, maaf jika ayat tidak tersusun sebab saya tidak pandai menyusun ayat.

Saya ingin meluahkan apa yang saya rasa. Saya dah berkahwin dengan suami hampir 3 tahun kami masih tidak peroleh rezeki anak.

Saya ingin meluah dan saya sudi mendengar nasihat pembaca semua.

Ceritanya begini, suami seorang yang jenis berahsia, maksud saya disini saya tidak pernah tahu password hp suami, suami tak akan bagi buka hp dia sebab dia cakap ini adalah hak private dia.

Masa tu saya masih hormat dan percaya pada dia. Hampir 3 tahun saya tidak tahu password dia. Puas diminta tapi dia tak layan.

Akhirnya saya diamkan diri sebab malas nak bergaduh.

Awal bulan lepas november, permulaan pergaduhan saya sampai ke hari ni. Saya dengan senyap2 buka hp suami saya ketika dia sedang tidur.

Hp suami pakai tab screen finger tu so semasa dia tidur saya cuba nasib dan alhamdulillah Allah bantu, hp berjaya dibuka.

Saya lihat telegram dia ada sedangkan sebelum ni dia beri tahu saya dia dah delete telegram.

Sebelum ni kami pernah bergaduh pasal telegram sebab saya pernah nampak dia berchat dalam telegram seperti berchat dengan someone siap ada emoji love.

Disitu saya bertanya, berlaku pertengkaran dan dia cakap dia delete acc tersebut.

Berbalik pada saya lihat telegram itu, saya nampak banyak group2 g4y. Saya buka salah satu group tu, saya lihat perlakuan tidak senonoh antara lelaki sesama lelaki.

Keesokkan harinya saya confess pada suami. Saya bertanya, suami menafikan, dia cakap tu semua orang invite dan dia tidak add group tu. Saya seperti percaya atau tidak.

Selepas kejadian tu saya jadi tidak percaya pada suami.

Saya dapat idea untuk buat wasap Web di hp dia. Sekali lagi Allah bantu saya. Saya berjaya buat tanpa pengetahuan dia.

Malam tu suami pergi kerja, suami kerja shift. Tepat jam 10 malam saya buka wasap Web tu dan alangkah terkejut saya apabila dapati suami sedang berchat dengan seseorang lelaki, dalam chat tersebut banyak unsur2 lucah.

Paling saya tidak lupa ayat suami yang rindu nak bau t&@£r lelaki.

Saya screenshot semua chat dia dengan lelaki tu. Suami balik kerja terus saya tanya.

Oh ye wasap Web yang saya buat dah kantoi so saya kena terus terang. Suami marah saya konon ganggu privasi dia.

Saya tanya suami apa semua ni, dia cakap dia saja reka cerita wasap lucah ni sebab nak tahu siapa yang hack wasap dia.

Saya minta dia terangkan semua ayat yang ditulis dalam chat tersebut tapi dia menafikan.

Mertua saya tahu tentang ini dan mertua saya datang rumah. Depan mertua saya, suami cakap dia tak buat semua perkara2 terkutuk tu.

Saya antara percaya atau tidak. Saya beritahu suami, untuk buat saya percayakan dia.

Saya minta dia beri saya buat wasap Web di hp dia. Suami beri sebab dia cakap dia nak tengok sejauh mana saya boleh percaya dia.

Suami layan saya ada masa baik dan ada masa kasar.

Kadang2 sebagai wife kita ingin bermanja dengan suami, bila ada masa saya peluk suami dia ok saja tapi ada masa dia akan tepis kasar seperti tidak suka, dia cakap dia rimas. Kadang2 saya jadi pelik sangat2 dengan suami.

Tentang hubungan ‘itu’, so far semua baik. Suami akan mulakan dulu dan bila datang keinginan saya untuk bersama dan saya ajak dia, dia akan follow.

Saya Google tentang ciri2 lelaki g4y, tapi semua ciri2 tu tiada pada suami, saya betul2 buntu.

Suami cakap dia sayang saya. Saya tanya suami betul ke dia buat perkara tu dan dia cakap gila ke nak buat semua tu.

Saya bagaikan percaya atau tidak saja. Saya ada hubungi lelaki yang chat suami saya tu.

Lelaki itu nafikan mereka kenal satu sama lain tapi dari chat yang ditulis mereka bagaikan sudah banyak kali berbual sebab lelaki tu panggil suami dengan panggilan sayang.

Saya selama ini, perasan acc tiktok suami ramai kenalan lelaki, dan dia suka like video2 lelaki tak berbaju atau lelaki yang ada muscle.

Saya fikir itu lumrah seorang lelaki. Adakah suami saya jenis biseksual? Yang boleh suka lelaki dan dalam masa yang sama bernafsu juga dengan wanita. 

Bantu saya pembaca semua, apa perlu saya buat? Saya sayangkan dia, mohon pembaca bagi saya motivation atau nasihat.

Terima kasih, Assalamualaikum..

– Aliya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Sejujurnyalah kan cik. sy pun pernah dapat suami mcmtu . sekarang dah jadi ex. mmg suami cik tu gay. percayalah, diorang memang takkan mengaku. tpi cik sendiri dah jumpa bukti. kalau rasa boleh bertahan dengan hubungan toksik mcmni . teruskan dengan makan hati dan curiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *