Addicted Dengan Kebencian

Aku Ayam (bukan nama sebenar). Gadis lewat 20-an yang masih bujang dan hanya menjadi suri rumah tanpa suami. Basically NEET versi perempuan.

Aku ketagih. Bukan dengan dadah or porn apa lagi alkohol. Aku addicted dengan kebencian. Terhadap diri sendiri. Yang over sangat.

Umur aku 13 tahun bila aku screwed up or buat salah, spoil mood orang or apa-apa aku akan k3lar diri aku. Badan aku penuh dengan parut. Aku tak boleh pakai seluar pendek or baju lengan pendek dalam rumah.

Aku juga suka k3lar diri aku, sambil kata kat diri aku “Ayam, kau dah lah buruk hodoh. Biar aku burukkan diri kau lagi. Ini balasan kau sebab hodoh”.

Agaknya aku nak prep untuk marinate diri aku dengan kebencian sebelum aku masak dengan dunia ni.

Bila orang lain nampak potential diri aku suruh buat itu ini, aku akan cabut. Aku akan lari. “Diorang tu silap pilih kau and tak nampak diri sebenar kau. Baik kau cabut daripada kecewakan diorang”. Tu monolog harian aku.

Mungkin tu salah satu sebab aku jobless apart dengan family yang lagi control aku tak boleh kerja itu, kerja kat situ, gaji macam tu, working hours macam tu. Aku kalau nak makan dalam rumah ni pun aku berkira.

Aku masak tapi bila makan aku akan pilih lauk-lauk semalam, kelmarin. “Kau tak layak makan apa-apa sebab kau tak menyumbang apa-apa dalam rumah ni”. Tu yang aku kata kat diri aku. Aku benci diri aku.

Kalau dalam dunia ni ada 100 orang yang benci aku aku salah satunya. Kalau ada 1 orang je yang benci diri aku akulah orang tu. Kalau tak ada yang benci aku dalam dunia ni maknanya aku dah mati.

Aku didiagnosed MDD masa umur 20-an. Atas sebab resources (duit) yang limited aku stop pergi hospital. Aku tak ada support system. Family aku cakap pill tu semua bahaya, rosakkan buah pinggang. Kawan?

Aku boleh kata dah tak ada kawan. Sejak graduated, kalau kawan-kawan aku ajak pergi ke mana-mana family aku akan bantah. “Duduk rumah kemas rumah lagi baik.” “Buat apa keluar dah lah jauh bazir minyak, bazir tol, bazir masa”.

Aku pun menurut. Aku akur sebab memang aku tak layak kelaur or pergi mana-mana aku tak ada duit. Habiskan duit, beras, api, air family aku sahaja. Maybe dunia lebih baik kalau aku tak ada.

Tapi aku bukan sesiapa dan tak penting. Kalau aku tak ada dunia akan tetap bergerak. Family aku akan hidup macam biasa tanpa rasa sedih atau apa-apa. Mungkin marah sebab aku susahkan mereka dan tak ada siapa lagi buat kerja rumah.

Kebencian diri aku ni macam candu. Best. Nak ai. Apa-apa aku nak buat, aku takut, aku sedih, dia ada. Dia pujuk aku. “Memang patut jadi macam tu kan aku cakap dah jangan”. Aku rasa selesa even bahagia dalam kebencian ni.

Kebencian ni wujud macam BFF aku tatkala aku ada 0 kawan. Bila family aku marah-marah dia ada untuk ulang benda yang sama.

Aku takut keluar bilik. Aku takut jumpa family aku even serumah. Aku akan duduk dalam bilik berdua dengan kebencian aku.

Itulah saat paling tenang dalam hidup aku. Tak salahkan? Aku tak harm sesiapa pun kecuali diri aku. Aku sayang dengan kebencian aku.

– Ayam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. itulah yang saya lalui dari zaman sekolah hingga sekarang…umur saya sama mcm cik ayam….totally numb terus life diri sendiri…hidup survive rasa macam tak berbaloi kat dunia ni

  2. Jgnla gitu. Hidup ni kalau pikir psl diri kita je, mmg rasa xbest Dan meaningless. Bykkan fikir nk bg benefit pada makhluk lain. Xsemestinya manusia je. Bg mkn kt kucing atau anjing jalanan ke, bersihkan pantai atau kutip sampah dkt taman ke, bercucuk tanam ke. Mmgla awk suka dgn kebencian tu tapi kalau xmendtgkn manfaat utk org lain nanti menda tu jd mudarat gk. Mcm suka tgk porn xkacau org lain pon tapi lama2 akn mudaratkan org jugk kan?

  3. keluar la dik, at least jalan kaki ke kedai runcit beli telur ke, garam ke.. jangan terperuk. nnt lagi rasa teruk. berdoalah selalu pada allah, supaya angkat rasa sedih, angkat rasa marah, dimurahkan rezeki dan dikurnia aafiyah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *