ADHD Atau Gangguan Mistik?

Assalamualaikum. Aku harap cerita aku ini admin approve, sebab aku perlukan bantuan para pembaca.

Aku ibu kepada 2 anak, dan baru sahaja melahirkan anak kedua aku. Waktu ini aku diuji dengan bertubi-tubi ujian seperti kewangan, kesihatan, keluarga dan anak. Hampir-hampir meroyan juga aku rasakan.

Tapi aku tak nak bercerita semua masalah aku tu, aku cuma nak share masalah anak aku yang buat aku resah, dan ini yang lebih utama dari segala masalah aku yang lain.

Anak sulung aku, lelaki baru menginjak umur 5 tahun, dan bersekolah tadika tahun ni, baru-baru ni, aku dipanggil oleh cikgunya kerana mereka tak dapat mengawal anak aku lagi,

Mereka kata anak aku terlalu aktif, berlari, memanjat dan melompat waktu sesi pembelajaran, dia tak bagi kerjasama dan tak berminat untuk belajar. 

Ya, mesti korang akan cakap anak aku berkemungkinan ada ADHD. Anak aku memang aktif dari kecil, tapi dia tiada masalah menerima arahan, apa yang aku suruh, dia akan buat,

Contohnya susun mainan lepas main, basuh pinggan lepas makan, berus gigi, kadang aku tak suruh pun dia akan buat sendiri, contoh macam pintu bilik terbuka, dia akan tutup, ambil barang dari laci, dia akan tutup semula, mana dia ambil barang, dia akan pulang di tempat yang sama.

Aku tak pernah arah atau suruh pun, maybe sebab dia melihat dan mengajuk, kadang dia akan minta aku story telling atau dia yang bercerita, cumanya percakapannya masih pelat, bila aku ajar dia menulis, dia tunjuk minat dengan meminta aku pegang tangan dia untuk tunjukkan macam mana menulis huruf itu dan ini, ataupun melukis.

Dia tiada masalah mengenal huruf, dari segi emosi, dia menunjukkan empathy yang baik, contoh bila nenek dia menangis sakit, dia berlari ke dapur ambilkan air untuk nenek, sama juga bila aku sakit, dia akan well behave, mintak tolong itu ini pun dia boleh buat, cumanya dia akan mengamuk nangis bila tak dapat sesuatu yang dia nak.

Sosial? Dia sangat suka berkawan, dia pernah hilang dari rumah parent aku (anak aku sejenis pantang bila pintu tak dikunci, mesti akan keluar),

Kami jumpa dia di rumah jiran yang ada anak ramai, dia rajin menegur dan nak bercakap dengan sesiapa sahaja yang dia jumpa. Respon? Tiada masalah dalam merespon soalan dan panggilan. 

Hanya yang aku tak dapat control, bila dia keluar main di laman, aku biarkan dia main pasir, tapi masih dibawah pemerhatian aku, cumanya bila tiap kali pandangan aku beralih, mesti dia dah hilang berlari ke rumah jiran yang kosong (rumah dalam proses pembinaan),

Perkara lain ialah, anak aku gemar makan benda kotor, contoh sisa makanan ringan lama yang dia jumpa, atau batu/tanah, daun kering, span bilik air, kadang di hirupnya air lopak kat lantai atau toilet, dan perangainya makin menjadi-jadi selepas aku bersalin anak kedua baru-baru ni.

Since aku duduk dengan parent aku dalam waktu berpantang ni, aku juga daftarkan anak aku bersekolah di kampung parent aku disebabkan kerja suami aku yang terkadang memerlukan kami berpindah randah. 

Tak dinafikan atok dan nenek dia terlalu manjakan dia, so, bila dengan mereka, perangainya berubah, dia jadi seakan memberontak, tak nak dengar arahan, tak nak bagi kerjasama, tak fokus, tak boleh duduk diam bila kami ziarah ke rumah orang, dia akan berlari, melompat, kacau barang orang.

Aku ni pulak jarang nak naik angin kat anak, mana yang boleh sabar, aku sabar, bila dah keterlaluan barulah aku merotan, itupun memang last option aku buat selepas slow talk bagai.

Tapi bila dah duduk dengan mak ayah aku ni, dia ada lah back up besar, kalau aku nak merotan, mak aku akan cepat-cepatlah tarik dia.

Itu baru cakap pasal perangai nyata, belum lagi yang mistik, anak aku ni dari kecil hijab dia terbuka. Bila aku sedar benda ni?

Aku sedar waktu umur dia dalam setahun lebih, masa tu kami keluar malam nak bawa dia ke fun fair, tapi kami tersesat masuk ke rumah banglo kosong yang lama ditinggalkan, waktu ni anak aku duduk dengan aku kat seat belakang.

Masa suami aku reverse kereta nak keluar dari tempat tu, anak aku seakan terpaku, mata dia diam memerhati ke arah rumah tersebut,

Selepas keluar dari tempat tu, barulah suami aku bagitahu yang dia nampak lembaga besar berbulu dan mata merah keluar dari rumah tersebut, seakan-akan marah bila kami memasuki ruang halaman rumah tersebut. Anak aku demam panas selepas balik dari sana. 

Perkara ni makin lama makin menjadi-jadi, lagi-lagi bila dia dah mula bercakap, dia akan tegur benda-benda tu, ada sekali tu, aku dan suami berpindah rumah atas urusan kerja, kami duduk rumah tu setahun sahaja.

Pernah ye satu hari tu, waktu Maghrib, aku keluar dari bilik air selepas ambil wudhu’, dia berlari ke arah aku jerit “ibu.. ibu.. cong.. cong..” sambil melompat-lompat dan tunjuk luar tingkap, arah jalanan kosong.

Aku buat tak layan, tapi dia mengajuk lagi benda tu “ibu.. cong.. ”, aku cuma jawab, tak ada apa sana, sambil tutup langsir tingkap bilik tersebut. 

Cerita lain waktu suami, adik dan ayah aku balik dari memancing kat sungai berdekatan, suami aku jarang memancing, hanya kerana menambah aktiviti waktu parent aku datang melawat kami.

So ya, waktu tu dah dalam pukul 1am, aku dan anak aku kebetulan tidur di ruang tamu sebabkan di bilik panas, waktu meraka masuk tu, sliding door tak ditutup (suami aku lupa tutup), mata anak aku merenung kat 1 sudut dengan dahi berpeluh-peluh, aku perhatikan sahaja gelagat dia,

Tiba-tiba seakan ada angin bertiup keluar ke sliding door membuatkan langsir yang menutupi tu bergoyang kuat seakan dilanggar, anak aku tak semena-mena bangun dan berlari ke pintu tersebut, memerhati arah luar kiri dan kanan, kemudian dia kembali kepada aku sambil kata “I am scared ibu”. Aku terus bangun dan tutup sliding door tersebut. 

Banyak kejadian lagi nak diceritakan, terutama waktu bulan hantu (kepercayaan cina), sewaktu mereka bakar-bakar, tinggalkan makanan kat tokong-tokong kecil, anak aku mesti akan tegur, “papa.. dia pakan apa?”, atau “papa.. papa.. ada momok” padahal kami tak nampak apa-apa bila dia tunjuk.

Pakan kat sini bermaksud ‘makan’, since anak aku masih pelat. Tu belum lagi bertembung dengan pelaris, dia paling takut dengan pelaris, mesti akan buat dia demam panas.

Dan aku paling tak gemar bila dia demam panas, ada masa dia akan jerit meracau, ada masa mata dia non stop melilau tengok arah siling, terkadang dia boleh senyum-senyum dan ‘hi’ kan benda tu.

Bukan aku tak ikhtiar tutup hijab dia, pernah aku bawa dia ke pusat perubatan islam, jawapan mereka sama, mereka kata anak sebaya anak aku ni memang biasa akan nampak benda-benda tu, dan akan hilang sendiri bila anak dah lancar bercakap. 

Dan yang terbaru, iaitu semalam, selepas dipanggil oleh cikgunya, aku terus bawa anak aku jumpa seorang ustaz yang disyorkan oleh jiran kami.

Jarak perjalanan hampir 2 jam lamanya, kami gerak selepas asar dan berbuka di masjid bedekatan. Rumah beliau agak terpencil, hinggakan terpaksa melalui jalan kecil kuburan cina lama yang luas dan tak berturap,

Sewaktu melaluinya, anak aku sekali lagi menegur “Hi Tuan” “Bye Tuan” sambil melambai-lambai arah kuburan tersebut, tak lama selepas tu, dia bertanya pada mak aku “nenek, mana rumah kawan adik tadi”. Boleh pulak dia bahasakan benda-benda tu kawan dia.

Sampai sahaja rumah ustaz tersebut, kami teruskan sesi ruqyah, ustaz tersebut mengatakan, benda tersebut dari keturunan suami, suami aku mualaf, beragama kristian sebelum berkahwin dengan aku, dan benda tersebut tak terima/redha waris keturunan bertukar agama.

Suami aku anak lelaki tunggal dalam keluarga. Aku pula tiada masalah dengan mertua atau ipar aku. Ustaz tu jelaskan pada kami, benda tu dari keturunan orang lama-lama yang mungkin tak disedari pun kewujudannya, dan benda tu sekarang dah sebati dengan anak aku dari kecik,

Jadi dalam diri anak aku tu bukan lagi dikawal oleh anak aku sendiri, mata anak aku tu pun bukan lah pandangan dari mata anak aku sendiri, semua adalah dari benda tersebut.

Kami dibekalkan air bacaan dan beberapa nasihat dari beliau. Dan harini adalah hari pertama kami mengamalkannya.

Andai kata tiada perubahan, aku mengharap sangat bantuan dari kalian agar dapat berkongsi cerita masalah mistik anak aku ni sehingga ada pengamal perubatan islam yang kalian kenal mampu membantu anak aku hidup normal macam anak-anak sebaya dia.

Kalau ada yang sudi membantu, bolehlah tinggalkan contact number untuk aku hubungi di ruangan komen. Dan berkaitan ADHD atau tak, insyaAllah bulan depan appointment aku bawa dia rujuk pakar kanak-kanak.

Mohon doa yang baik-baik dari kalian. Sekian terima kasih. 

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Tiba2 teringat kwn kat ofis dulu dgn bangganya dia cerita yg dia byr mahal kat anak buah dia yg jadi babysitter anak dia and budak tu stay sekali dgn dia. Sbb bayar mahal katanya, so budak tu kenalah juga buat housechores mcm basuh baju lipat baju semua tu. Sampaikan appt klinik pun dia heret budak tu sekali, kalau pergi mana2, budak tu yg dokong baby, even dlm kereta juga. Dia jln melenggang kangkung persis majikan terhormat. Sekali bila tanya,mahal tu berapa? RM350!!! Hahahahha. Bibik Indonesia pun minimum RM1400 tau sekarang

    So dik, sila angkat kaki. Awak syg anak buah tu, layan & main je dgn dia bila dia blk rumah parents. Jaga hati & diri sendiri dulu. Sekarnag ni hati sakit+penat dapat+pahala pun yilekk. Takyah fikir pasal org tau. Diorang punya anak, pandailah diorang yg fikir

    • macam takde kaitan je reply awak ni… jenuh saya nak kaitkan dengan story ADHD / mistik atas ni

  2. Puan pergi je ke Darul Syifa terdekat. Cari yang berdaftar. Biasanya kalau perawat yg syarie ni dia takkan mentioned keturunan2 ke ape. Ustaz baca doa atau ayat Quran untuk tutupkan hijab. Tgk tanda mmg ada tanda gangguan pun.

    Kalau puan nak berubat sendiri pun lagi bagus sebab puan ibu. Doa ibu lebih makbul dari 40 orang wali. Puan boleh amalkan bacaan zikir Mathurat yang pendek , sekali sehari pun tak pe kat rumah.Zikir belakang tu baca sekali bacaan pun xpe.Baca niat utk anak sembuh.

    Atau paling senang amalkan baca zikir pelindung bismillahillazi la yadurru 3x je pagi dgn ptg. Dengan auzubikalimatillah 3x. Pegang kepala anak doa Allah lindug anak puan.Puan boleh search zikr ni.

    Lama2 puan boleh nampak anak ada perubahan.Senang je puan, xperlu ustaz pun, puan boleh buat sndiri. cubalah InsyaAllah.

    • Terima Kasih komen sis.. saya penulis luahan ni, saya ada ikhtiar sendiri sebab saya juga tahu doa ibu lebih mujarab.. memang tak pernah gagal saya doakan anak2 sy, bismillah 5,yasin mubin, Al-Rahman 1-10,zikir2 lembut kan hati anak, yang terbaru nasihat dari ustaz tu minta saya sedekahkan fatihah pada jasad,roh,sifat anak saya tu.balik dari sana memang anak saya demam juga,2 hari lemah badan dan xnak makan lepas saya amal sedekah fatihah. Tapi hari keempat balik semula perangai sama..

      disebabkan perangai anak semakin menjadi2 tula sy ikhtiar cari orang luar,orang yang lebih arif dan pakar..tapi contact yg saya dapat tak banyak

  3. Kalau perawat syarie takkan sebut keturunan2 ni sis. Sis doakan je pun lagi baik, doa ibu lebih makbul dr doa 40 orang wali.
    Bukak bacaan ruqyah kat rumah atau amalkan zikir pelindung, bismillahillazi dengan auzubikalimatillah 3x pagi ptg je. Tiup kat kepala ank niat Allah sembuhkan dia.
    Anak sis tu memang ada tanda gangguan dah pun.
    Lama2 sis perasan gangguan tu hilang sendiri. Antu tak tahan nak duduk sebab malaikat jaga 😂

  4. Boleh x saya nak baca luahan awak ni dkt tiktok? Saya ajak pendengar kalau2 boleh bantu awak? Cuma mereka boleh reply di ruangan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *