Hai Admin!
Hari ni adik nak tulis dekat sini, perkara yang dah lama adik pendam.
Iye, kalau jadi adik bongsu ni, kalau dapat anak saudara, memang perasaan cemburu tu ada. Adik memang cemburu tengok mama dengan papa selalu berkepit dengan anak saudara.
Tapi adik tak kisah.
Dulu, kakak duduk rumah. Sebab suami dapat kerja tempat lain. Papa memang berusaha besungguh-sungguh laa nak abang ipar adik tu balik duduk dekat dengan kami.
Adik tak kisah.
Adik duduk asrama universiti, memang jarang balik walaupun dekat sangat-sangat dengan rumah. So, memang jarang jumpa mama dengan papa.
Mama and papa tak kisah sangat.
Adik pun tak kisah.
Sekarang ni, abang ipar dah dapat kerja sini. Duduk pun sekali.
Mula-mula adik ingat tak lama lagi kakak dengan abang ipar akan cari rumah sendiri. Iye laa, dah berkeluarga, takkan nak duduk celah mama dengan papa lagi kan?
Mula-mula adik okay je. Keluar bilik kene pakai tudung. Nak makan, pakai tudung. Nak tengok tv, pakai tudung.
Tapi satu hari tu, adik dengar-dengar, yang papa cakap kat kakak, tak payah pindah. Nanti kalau pindah, tak boleh nak main dengan baby lagi.
Hmmm…
Ada satu hari tu, mama and papa keluar seminggu. Hal-hal kat rumah, mama serah kat kakak. Tapi kakak macam tak dapat nak jalankan tugas sangat. So, mama nasihatkan kakak, kalau ada rumah sendiri, takkan nak macam ni jugak (sebab kakak bagi banyak sangat alasan masa mama bagi nasihat)
Pastu kakak cakap, kakak kan nak duduk dengan mama.
Adik tetiba jadi marah. Adik cakap cari la rumah sendiri, takkan nak duduk dengan mama je. Adik dengan tak sengaja cakap, adik letih asyik kene jaga aurat je setiap kali keluar bilik.
Waktu tu muka abang ipar adik bertukar keruh.
Then, adik yang kena marah balik.
Sedih tahu.
Sebab sebenarnya dah lama adik pendam.
Tapi sebab papa nak main dengan baby je hari-hari, papa tak bagi kakak pindah.
Adik jadi kisah sekarang.
Sekarang tengah cuti sem.
Adik jadi shut-in
Adik dah malas nak tahu ape-ape yg berlaku kat luar bilik
Ape yang adik nak sekarang, cuti sem, cepat lah habis.
Kalau adik ni lelaki, adik tak kisah. Tapi adik ni perempuan, takkan nak buat tak kisah jugak?
– Adik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
hmmmmm buatnya satu ari mak ayah dah takde… adik beradik jer tinggal… jaga silaturrahim … baby kecik memang atuk nenek suka.. bg la dorang peluang bermanja ngan cucu… sekian…
Alahai dik.. jangan la benda kecik pn smpai nak kecik kan hati org. Bukan nya abg ipar tu jahat mengintai adik mandi ke ape. Buang sikap pentingkan diri. Kalau mak ayah dh meninggal, kakak tu jugak yg kutip adik nnti. Ingat tu. Jangan kerana sikap tak matang, adik hilang keluarga harmoni. Rajinkan diri baca confession org yg dh xde family. Masa tu kalau x bersyukur lagi tak tau la..
Adik instead of pendam, cuba la slow talk dgn mak/ayah. Adik ckp betul2 dgn diorg apa yg adik rasa. Akak faham sbb adik pun duduk dlm rmh tu, adik pun ada hak adik. Tp yelah kan, ayah dh terlepas ckp suruh jgn pindah plk..maybe ayah terlepas pandang dari sudut pandangan adik. Apa2 cuba slow talk dulu ya
X rase boleh la korang komen mcm kat atas ni..cube kene kat korang…dlm rumah sendiri x boleh bebas nk lepakx2 free hair..takkan nk terperap dlm bilik je..itu belum lg kalo ko nak buat kerje rumah peluhx2 masak basuh pinggan lap lantai..