ADIK AKU DAN DUNIA NYA

Assalam. Aku saja nak kongsi dengan korang. Tak kisah korang nak caye ke tak.. Tapi aku nak cite gak. Hehe

Aku ada sorang adik.Umur dia sekarang 18 tahun. Sejak dia umur dalam lingkungan 2 tahun, kami semua sedar yang dia tak macam anak org lain. Buas semaacam.. Suara ada tapi tak bolehbercakap. Langsung takde kata2..Bila dia semakin besar dia semakin aktif, selalu lari dr umah. Kami semua adik beradik boleh katakan tiap hari main lumba lari dengan dia. Doktor kata dia hyperaktif , tapi bomoh atau ustaz kata dia ada kawan dr dunia lain iaitu bunian.

Ntah la, aku tak reti nak ckp sebab aku tak permah jumpa atau alami. Cuma arwah mak aku je slalu dpt mimpi dari konon2 mak kepada adik aku tu. Dia kata adik aku tu dia tukar masa dlm perut lagi, sekarang dia nak amek balik. Tapi dia x dpt amek blk dan aku tak tau kenapa dan bagaimana adik aku tu tak boleh cakap langsung walau satu ayat, dia cuma tau nangis dan bebel mcm budak 1 taun yg bru nk blajar ckp even sekarang dia dah umur 18 tahun. Paling dasat masa arwah mak ada dulu, dia mimpi yg mak kepada adik aku tu kata adik aku tu sebenarnya laki tapi perempuan siap cakap nama `Ratna Ikma Ayu' .
kalau korang tak caye aku tak kisah ,tapi aku caye sebab adik aku tak pernah pandang anak mata org dan dia hidup seolah2 dalam dunia yg lain. Dia tak pedulikan org sekeliling even masa mak aku meninggal pun dia tak tau pape..

Sekarang adik aku tinggal dengan pusat jagaan oku, sebab dia terlalu buas dan selalu lari rumah. Serius, dia lari tanpa hala tujuan seolah2 dia cuba cari jalan. Sekarang Alhamdulillah dia tak aktif sgt mgkin kesan ubat doktor yg dibekalkan.

Adik beradik semua ada keluarga sendiri dan aku jugak bakal berkahwin. Aku risaukan hidup dia lepas nie sebab tinggal aku je yg last bujang.Aku bukan risau ape, aku risau nnti kalau aku dah beranak pinak aku semakin abaikan dia. Harap2 tak lah, inshaa Allah..

Korang semua tolonglah doakan adik aku sihat dan boleh bercakap. Aku nak sgt adik aku normal, sebab fizikal dia langsung takde cacat cela. Aku tau dia anak syurga dan takde sape boleh ubah takdir Allah. Tapi aku tak pernah lupa doakan dia. Aku nak dia sihat, kalau dia tak sempay sebut Mak, at least nak dia sebut kakak…. Kat aku..

– Kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

41 Comments

  1. adik awak autisme kot. try masuk grup autism malaysia. sbb tanda2 tu macam autism. autism ada verbal and non verbal. my sis pun autism . dia boleh cakap tapi cakap cara dia la. bab eye contact tu sama.

  2. Yes.. setuju dengan NurSyuhada Anisya Azlan… adik awk mungkin autism.. dia xde ape masalah pon dgn benda2 bunian tu.. bdk autism mmg hidup dlm dunianya sndiri n verbal dia agak terhad. Kalau dia naik angin mmg buas lah.

  3. Selalunya autism sbb saya pun ada adik kembar lelaki autism. umur 23 thun hyperaktif n buas juga dan x bertentang mata. ada gak org cakap yg dorg jadi gini sbb ada nk ambil la ada org bunian nak la. ntahla nk caya ke x. tp dh disahkan doktor dorg ni autism. Memang x reti cakap. Selalu menghilang cabut dri rumah dari kecil smpailah skrg. saya syak adik awk autism je. sbb ciri2 dia sbiji mcm autism. bawa la ke pakar

  4. Allah.mimpi tu mainan tidur…tak semestinya betul.adik awak ni kemungkinan ada autism…kena refer pakar.kena ajar dia at least cara nak urus diri.kalau suatu hari dia tinggal sorang2,sape nak jaga dia.nak bagi makan dia.
    Memang anak2 autism tak mampu berkomunikasi – part tu dia sangat lemah.dia manusia biasa,bukan bunian,bukan makhluk halus.tolong jangan percaya semua tu.tolong.

  5. Ni mcm autistik je. Adik sy pun sama tp tak hiperaktif kecuali bila moody. Bibir ni pecah berdarah byk kali dah kena hentak dgn kepala dia sbb nak lindung dr dia hentak kepala kat dinding or tumbuk kepala sendiri. Tak boleh bercakap kecuali bebel n jerit2 (tak faham).. dah 13 tahun tp 4 tahun lps br boleh jalan sikit lepas saya latih dia berdiri setiap hari tp sekali jalan takde arah tujuan (kebetulan sy br habis blajar kat sabah and belum keje). Kena pegang tgn dia. Tak boleh berdiri sendiri n kena angkat dia utk berdiri. Abah berhenti kerja utk jaga dia. Saya juga pilih sambung belajar dkt dgn rumah so boleh jaga dia juga. Alhamdulillah dah 13 tahun. Tak dengar suara jeritan dia boleh sunyi la hidup kami sekeluarga..walaupun dia dalam dunia dia je tp kami layan dia mcm baby. Hahaha. Kami takleh terima kenyataan baby boy dah besar..

  6. Doktor tu patutnya diagnose dgn lebih lanjut bukan sekadar cakap hyperactive. Symptom paling common autism is tak bertentang mata and lack of interaction/understanding of situation. Yelaa orang kita pun baru aware pasal autism and the like, ikut 18 tahun dulu benda ni masih ‘rare’ and parents pun tak sedar yang anak-anak ni kena ada special care and education. Baru boleh develop and even progress further than people with no autism. Takleh nak salahkan parents and family jugak. Luckily now people acknowledge more about this condition instead of simply saying a child is slow. As for the supernatural part of it tu entahla kan kot berkait ke tak, but just focus on the medical and developmental aspects and seek help accordingly.

  7. Cume jika diagnosis autisme pun..still leh bercakap..pernah jumpe kanak2 umur 6tahun bijak bercakap..n dia suke copy ayt bile ckp dgn dia.. cume penyakit ni family dia taw dr awal..dia sgt aktif dan mdgr arahan dgn baik..malah ade doktor yg membantu utk stp progress.

  8. mcm simptom2 autisme. kategori non-verbal. autisme ada yg Verbal Dan Non Verbal. so yg mmg x boleh berckp tu dipanggjl Non Verbal. n mmg some of them ada prob suka lari dr rumah suka hilangkan diri.

  9. Alhamdulillah ramai komen mcm apa yg saya nak komen. Adik awak mungkin kids on the spectrum / autism. Boleh cuba diagnos dgn pakar di hospital2. Saya kerja dgn kanak2 autism. Mereka memang dalam dunia mereka sendiri. Mereka special sgtt

  10. Rasanya adik awak autisme.sbb budak autisme mmg link dengan dunia lain..slalunya budak ni ade jagaan lain..dan sng di dekati dengan mkhluk2 halus.macam student saya mmg cmtu sume kalau autisme..nthen adik awak hyperaktif plus adhd.dalam pendidikan khas mmg slalu terima student cmtu..yang dapat berckp ada xdapat pon ada..yang speaking bi lancar bm xpandai langsung pon.pastu klebihan dorg comey2 putih bersih..smpai skrg autisme slah satu pnyakit yang buat dunia perubatan blur nk cri punca yang pasti.sorg student saya, sgt comel, bercakap dengan ‘kawan’ setiap hari.perempuan kawan dia ckp. Xboleh belajar dengan baik.tp salah sorag hafazan/ tilawah kebangsaan.kelebihan dia kat situ..xpe.jangan lupa jaga die.anak syurga.tiket untuk awak skli.

  11. Waktu kacil pernah bawa jumpa pakar?
    Early intervention dia mcamana?

    Adik awak special, sangat special
    Allah bentangkan kapet merah untuk ke syurga.
    Jaga elok2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *