Adik Aku Si Pencurang

Assalamualaikum.. aku ambik masa juga nak taip ni sebab menanti waktu yang sesuai untuk meluahkan segalanya dalam bentuk penulisan.

Seperti yang tertera di tajuk, ya.. adik aku curang terhadap isteri dia.

Pendek cerita, adik aku ada perempuan lain (baru baru ini mereka bertunang) dan hendak berkahwin selepas ceraikan isteri sekarang (which is adik ipar aku). Sekarang dalam proses nak bercerai dan nak mula naik mahkamah bulan depan.

Mari aku ceritakan sedikit latar belakang tentang adik aku dan isterinya. Adik aku dah berkahwin dengan isteri dia lebih kurang 15 tahun. Mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Isteri adik aku, Deeja (bukan nama sebenar) bekerja di syarikat besar. Cukuplah aku katakan, jawatannya tinggi dan gajinya ‘sedap’. Tetapi sudah pasti jawatan yang tinggi datang bersama tanggungjawab yang besar.

Sebagai kakak kepada adik, aku dapat menghidu masalah rumahtangga adik aku ni seawal tahun pertama perkahwinan dia lagi. Adik aku, Fadzli (bukan nama sebenar) ada perempuan lain pada waktu itu. Tetapi isterinya memaafkan dan teruskan rumahtangga seperti biasa.

2 tahun selepas itu, Fad (Fadzli) ada perempuan lain lagi. What the Frog? Isteri dia mengamuk kali ini dan menghalau Fad keluar rumah. Mereka bertengkar tapi entah macam mana mereka berbaik semula dan decided untuk give the relationship a chance.

Fast forward, dah 14 tahun hidup bahagia, anak pun dah 4, tiba-tiba Deeja perlu berpindah di Sarawak atas sebab sebab tertentu yang disyaratkan oleh pihak syarikatnya.

Deeja sedar, tanggungjawab dia besar jadi dia tidak mahu membuat banyak alasan dan setuju untuk berpindah ke Sarawak untuk bekerja di cawangan di sana.

Di tahun ke 15 perkahwinan mereka, Deeja mula nampak perubahan Fad. Fad dah jarang balik rumah di Sarawak dan apabila Fad di rumah, Fad lebih banyak menghabiskan masanya dengan bermain handphone. Anak berak, anak tak sihat atau anak mahu perhatian pun tidak diendahkan.

Deeja memang ada maid akan tetapi, suami juga haruslah turut sama membantu. Tak gitu?

Fad tak ada apa-apa. Kereta pun tak ada. Rumah apatah lagi. Semua yang diguna sekarang adalah kepunyaan Deeja. Tergamak Fad buat Deeja seperti itu setelah segala pengorbanan Deeja?

Pendek cerita, pada suatu hari, Fad hubungi aku untuk meminta bantuan. Dia nak aku pujuk keluarga untuk menjadi rombongan tunang dia. Aku sebagai kakak dalam adik beradik, jadi sebab itu dia cari aku. Tiada angin tiada ribut, dia call dan cakap macam tu maka terkejut lah aku.

Dia menceritakan kecurangan dia di mana dia ada perempuan lain, dia dah bosan dengan rumahtangga dia, etc etc. Dia nak bertunang dengan perempuan itu sedangkan dia masih suami kepada Deeja. Sudah pasti aku dan keluarga aku tidak mahu berkomplot untuk menjadi ahli rombongan bertunang Fad.

Satu keluarga besar menentang perbuatan Fad. Tetapi Fad licik, Fad dan wanita orang ketiga telah upah orang lain untuk ‘’menjadi keluarga” dia sewaktu majlis tersebut maka selamatlah Fad dan orang ketiga ini bertunang.

Tujuan aku menulis ini adalah untuk mendapatkan pandangan pembaca semua. Yang aku tahu, Deeja tetap mahu pertahankan rumahtangga dia, akan tetapi Fad tidak mahu malah dia mahu segerakan penceraiannya dengan Deeja.

Aku kasihankan Deeja kerana dia seorang diri menjaga 4 orang anaknya sementara adik aku sendiri sudah angau dengan perempuan lain. Aku berharap Deeja dan Fad dapat menyelamatkan rumahtangga mereka jika itu yang terbaik buat mereka. Dan buat wanita orang ketiga itu, hentikanlah niat awak.

Awak tahu Fad itu suami orang tetapi awak tetap nak s0ndol. Di manakah akal fikiran yang diberi oleh Allah SWT? Sanggup berkomplot upah orang kampung supaya jadi ahli rombongan pertunangan supaya pertunangan tetap terjadi? Terdesak?

Buat wanita orang ketiga, hentikanlah. Fad tidak mempunyai harta yang awak harapkan. Awak telah tertipu. Kereta yang awak nampak Fad bawa itu kereta isterinya yang sah pada waktu ini. Insaflah wanita orang ketiga. Teringin sekali merasa duduk KL ke atau macam mana.

Boleh saja awak berkahwin dengan lelaki bujang yang lain. Umur juga baru 19 tahun. Saya sebenarnya berharap awak boleh sambung belajar awak atau banggakan ibu bapa awak. Sebagai wanita, saya juga risau tentang awak. Awak terlalu muda.

Tolong semua bagamana saya boleh nasihatkan adik saya dan tenangkan adik ipar saya yang sedang stress dan sedih sekarang ini. Deeja seorang yang baik. Sayang seribu kali sayang jika dilepaskan. Terima kasih pembaca. Doa untuk Deeja Khalid dan Fadzli Harun.

Nota kaki: Pasti akan ada yang cakap lelaki boleh berkahwin 4 akan tetapi adakah dengan cara menipu itu adalah baik? Adakah menipu dan abaikan isteri adalah amalan terpuji?

Sehingga sekarang Deeja tidak tahu Fad telah bertunang dan menanti hari untuk berkahwin. Deeja hanya tahu Fad mempunyai wanita lain buat masa sekarang. Terima kasih.

– Anim Harun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *