ADIK AKU TAK MACAM ADIK KORANG ?

Firstly, macam yang orang lain cakap: thankyou admin for approve, hahaha! Today aku nak confess pasal adik aku, memandangkan aku tertengok cerita ape ntah tv2 semalam, berkenaan adik OKU.

Untuk pengenalan semua, aku adalah seorang kakak kepada dua adik lelaki, dan aku juga adalah adik bongsu perempuan kepada abang2 dan kakak2 aku. Haha, saja je nak bagi korang sakit otak mikir. Jumlah family biarlah rahsia, yang penting lengkap. Abang, adik, kakak semua ada haa.

Yang aku nak cerita ni, berkenaan adik bawah aku sorang ni. sebut je lah nama dia A, dan yang kecik sekali tu a.k.a official bongsu ? namakan saja B. si A ni umur 17 this year and dia seorang OKU. Yang si B pulak form 3 kut. Dia duduk asrama. A dengan B ni memang lah kamcing, gossip, main semua buat sesama. Kalau si B ni balik umah cuti minggu, tak lekat kat umah dua2 orang ni. Melampau!

Si A ni sekarang sekolah, tapi duduk dalam kelas khas. For information, dia ni bukanlah cacat mental, cuma fizikal je. Otak dia waras, cerdik la jugak sikit. Kata umi, dia jadi camtu sebab time tinggal di Sik dulu, abah siram sekor biawak dengan air panas. Biawak tu hidup depan umah kitorang, bila panggil je 'abu', mesti dia keluar dari lubang tu. Entahlah kenapa abah aku boleh gi siram biawak tu. Hmm, sebab tu lah tangan adik aku keras, pastu cakap tak terus sangat, gagap sikit je. Tangan dia takleh buat keje lelama, nanti lenguh. Pegang pensil pun kena yang size besar, untuk mudahkan dia. Doktor selalu marah umi aku sebab letak dia di kelas khas walhal otak dia boleh belajar akademik. Tapi nak buat caner, cikgu yang letak.

Okay, straight to story, aku ni rapat la jugak dengan 2 adik aku ni, yelah, aku manada kawan. (korang nak tak jadi kawan aku? Aku cantik lahhh! Hahaha). Kakak2 aku sume dah kawen, tinggal aku je. The only one daughter yang tak kawen lagi (masuk line cepat), pastu abang2 aku. So kawan2 dalam family aku semua lelaki. Jarak kakak aku yang last tu dengan aku, sangatlah berjarak. Oleh kerana jarak banyak sangat, maka aku ni kasar sikit! ikut perangai abang2 aku. Dah adik bawah aku pun laki lagi! Caner tak gangster? Agak kalau aku ajak dorang main masak2, nak ke??? Last2 aku jadi polis, ligan dorang as penjahat lol!

Okay sambung citer balik, jauh terpesong. Oleh disebabkan aku ni kasar, aku selalu gaduh ngan lelaki2 yang ada dalam umah aku ni. Paling kerap dengan budak kecik 2 orang ni lah memandangkan mereka bawah aku, senang lah aku nak buli. Dulu……, bila aku gaduh dengan si A, aku selalu cakap "dah cacat tu cacat ar wey". Kasar gila an? Boleh dikatakan selalu! Ya Allah, berdosanya aku. Walaupun dia oku, dia juga ada perasaan. Perasaan dia normal like us! Kalau gaduh dengan si B, dia suka masuk tandas, nangis. Biasalah, bongsu. Manja sikit. Tapi dengan si A ni, kadang aku tension, sebab bila aku buat dia, dia balas. Untuk memuaskan hati aku yang kotor ni, aku pun maki lah macam orang tak sedar diri. Tapi tu kisah dulu………. Dah lama aku tak kata kat dia, aku dah sedar diri ??.

Nak dijadikan cerita, kemarin ada open house rumah cousin aku. Kitorang pergi kereta asing2. Adik aku 2 orang tu naik kereta mana entah. Aku naik kereta dengan abang2 aku. Sampai je open house, kitorang pun makan2… Aku duduk semeja dengan si A ni.Dah kenyang apa semua, sembang2 dan kitorang pun nak balik dah. Time balik ni berpecah pulak. Aku naik kete ngan kakak aku and umi, adik aku 2 orang tu naik kete ngan abang2 aku. Time dalam kete, tetiba kakak aku bukak citer,

"Tadi kat open house, A tak makan pun".
umi balas "Laaa, knp tak makan?". (umi aku puasa 6)
Kakak aku balas "Dia malu kot, dia kan tak makan sangat kalau depan orang. Dia takut orang tengok dia. Tadi pun abang suruh pi amik air, dia cakap dia tak boleh pegang. Kakak nak pi amik makanan, dia takmau". Ya Allah, aku baru perasan dia tak makan pun even duduk semeja! Baru teringat, Haritu bulan ramadhan, aku ada keluar berdua dengan dia untuk berbuka di dataran depan masjid. Mati2 dia takmau, katanya suruh taruh makanan, dia nak makan dalam masjid ke. Tapi aku paksa gak! Last2 dia akur. Huhu. Time tu pun dia ada cakap dia takmau makan kalau orang ramai. ?

Sambung cerita, sebelum sampai umah, kakak singgah di kedai beli makanan berbuka untuk umi and abah. Aku pun turun sekali, beli air satu cup besar tu. air green tea. Then naik kete balik umah. Dah sampai umah, air aku banyak lagi. Untuk pengetahuan lagi sekali, hobi aku ni suka sentuh2 orang. tak kira la kasar ke tak janji sentuh. Haha, so sambil tangan kiri pegang air, tangan kanan pergi jentik orang2 yang dalam umah. Sekali aku jentik si A ni.

Nak dijadikan cerita, dia nak balas perbuatan aku tu, tapi terkena my water! Apa lagi, Tumpah penuh lantai! Aku pun hangat ah! Bulat mata aku. Marah dia. pompang2. "pahal tak balas aku, pahal tumbuk air aku. bla bla bla" Semua mata dalam rumah tu perati je la. Yang si B ni, ada di situ, dia pun menyebelahi aku. Dia kata kat si A mengada, orang buat sikit je. Aku tau, sebenarnya si A memang nak balas sikit je. Macam selalu. Bila aku jentik2 dia, dia akan balas camtu2 je. Tapi harini tetiba terkena air aku. Lepas aku bebel sambil tangan pegang mop, duk jap, adik aku si A ni blah. Entah dia gi mana (still dalam umah). Aku sambung je mop……… Time tu dah petang, pukul 7. After kejadian tu, aku masuk ah bilik. lepak. Lepas i'syak aku keluar bilik, tetiba si B ni terjerit2 panggil nama aku. Pahal budak ni? Tengok2 kat tangan dia ada air green tea, aku pun terpinga2. Why? Dia kata si A suruh beli, gantikan air yang tumpah siang tadi. Ya Allah…. Padahal aku yang salah, aku yang buat hal kacau orang. Tetiba dia yang ganti ??. Sedihh, tapi nasib tak nangis depan tu (aku memang gentle).

Guys, jangan pandang serong dengan family kita yang lain sikit. setiap family mesti ada sorang yang lain sikit. kan? ke tak? Kadang dia lebih baik dari kita. Dia juga ada hati dan perasaan.

– kakak yang gangster tapi penyayang cuma tak tunjuk.

– amyna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

23 Comments

  1. melawak kasaq ang nie.. dia mau jadi gini.. ang accident dan jadi oku lumpuh sebelah badan baru ang ada akai.. aku cukup pantang melawak fizikal ngan kasaq nie.. aku pun x tau apa tujuan post ang dsini.. nak menghina adek sendiri dan nak bagitau ang tu kakak yang barua celaka dok kasaq ngan adek.. phhuuii.. respek la sesama beradek.. tambah yang oku.. patut.. ang tunjuk jalan kat dia “bagi joran tuk kail ikan” menghadapi kehidupan atau ajar pelajaran ka apa.. pfffff

  2. Nak kasar lantak kau la tapi bahasa tu jaga la sikit. Bohong la adik beradik tak kasar tapi ada batas. Perempuan kasar tak nampak cool tapi nampak bodoh.

  3. Motif kau confessed kat sini: suruh jangan pandang serong dengan family yang lain sebab depa ada hati and prasaan.

    Tapi saranan kau tu tak tally dengan perangai kau. Jahanam toi… Silakan ubah diri dulu ok.

  4. Adik oku tuu. Awat lagu tu hang buli dia? Tak patot ooiiii. Kesian laa kat dia naa. Dia tak mengharapkan utk dpat tangan sebegitu. Cita2nya tinggi. Klau tangan spt org normal, dh lame cita2nya tercapai. Bleh menulis novel, melukis dgn kreatif, memegang makanan. Hang sebagai akak kenalah bg semangat kat adik A hang tu supaya dia dpat truskan hidupnya spt manusia normal yg lain. Ada akal tu hang jgn laa kasi bubuh kat lutut hang tuuu oooiiii… Ggrrr…

  5. Maaf laa dik..tp perangai kau tu yg teruk semacam..org tu xde apa kau gi kacau pastu acah2 kau x salah..tah pape laa kau ni..xpyh confess pn cite kau ni..just pergi muhasabah diri je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *