Salam semua. Pokya mari pulok doh. Kali ni Pokya toksey kecek banyok pasal Kelate (rayo kelate sedak weyyyyy *pegang perut*) nanti orang sembur Pokya toktahu nak jawab gapo. Loni Pokya nak tegur sepatah duo lah pasal kaum hawa ni. Pokya kecek KL lah sebab Pokya doktahu sangat naip bahasa kelate taip ikut bunyi takut ado tok pehe payoh pulok.
Pokya scroll Facebook, Instagram nampak kaum kaum hawa ni, Pokya mmg bergetar semua daerah. Maaf cakap, sebenarnya mmg kecewa dengan pakaian yang utamakan fashion daripada SYARIAT. comey mmg comey tapi hilang manis. hilang jati diri sebagai MUSLIMAH. Pokya sikit tak jealous deh sebabnya? Aku laki kang gila pula orang kata aku jealous.
Pokya sendiri malu dengan kaum kaum wanita yang macamni. Pokya petik hadis Nabi saw,
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:
"Ada dua golongan ahli neraka yang belumku lihat sekarang, iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang berlenggang lenggok dan miring rambutnya seperti kelasa unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal bau syurga itu dapat tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini"
( Sahih Muslim, bab jahanam dari kitab A;aadzal laahu minhaa 17:190 )
Betul apa yang Nabi saw cakap, berpakaian tetapi telanjang. Astaghfirullahal adzim. Mudahan Allah jaga kita daripada azab azab api neraka. pedih tak boleh nak cakap. Yang pakai ketat tu kurangkanlah ketatnya. Yang nampakan bonjol bonjol mesra tu labuh labuhkan lah tudung labuh labuhkan baju. takrugi. takpa tak sama dengan kawan kawan tak menarik macam kawan kawan. yang penting solat khusyuk hati tenang. insyaAllah.
Adik Kakok Pokya weyyy,
Allah letak kaum wanita tinggi setinggi tinggi tinggi lagi cinta sama kamu. ok saja jangan marah. Allah letak martabat wanita tinggi dalam islam. masyarakat dunia sekarang berperang dengan islamophobia. kita ni ambassador islam. julanglah identity islam tu. biar kita mati nanti, kita takmalu jumpa baginda rasulullah saw.
Point terabur, sebab Pokya takda mood kerja. Anyway,
Maaf kalau ada sesiapa tersinggung. Yang baik drpd Allah, yang buruk drpd kekurangan Pokya.
PS: Malah dop nak pergi kijo esok. *kelih jam, kelih iron (takgosok baju lagi)*
– Pokya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Syaqira Zoon
Buuuu
Terbaik pokya
harap pokya tundukkan pandangan hihi
Makruh pokya follow gadis2 seksa tu..
#OstatTeddy
#resign #ex-ostad
Salute!!
Emy Shahiza
Zakaria Shaharim pokya
Hahahahaha…bisa pokya tu Emy Shahiza…hehehe
Power ayat die ? . Hee