Wahai amin, mohon admin yang baik hati approve confession ini supaya orang rami boleh mengambil iktibar dan mendoakan kami. Terima kasih admin. Aku ada sorang adik perempuan umur 20 tahun. Sekarang tengah buat first degree, nak masuk 2nd year dah. Kira dah besar panjang, mumaiyiz. Tapi dia ada perangai yang membuatkan aku rasa tak suka balik rumah setiap kali dia balik cuti sem. Sebab apa? Sebab dia terlalu gilakan kartun anime jepun tu.
Benda tu bukan setakat melalaikan tapi merubah personality adik aku. Dia sekarang semakin pemalas, pemarah dan pendek katanya hidup dia jadi sgt unhealthy. Semuanya bermula bila dulu Astro ada buat promotion channel Animex, jadi dpt tgk channel tu free seminggu macam tu. Kau tahu je lah anime ni macam mana, bersiri-siri panjang berjela ceritanya. Jadi bila Astro dah habis promo free channel tu, adik aku jadi curious nak tahu sambungan anime kat channel tu. Mula-mula dia download komik Mangga anime tu. Takpe lah lagi. Tapi lama-lama, dia dah berubah. Tak boleh langsung nak kacau dia. Bila mak aku panggil minta tolong buat kerja, dia akan turun menghentak kaki, muka masam, cakap meninggi suara dengan mak aku, lepas tu tolong/ buat kerja tak semenggah, cincai bocai, hempas barang sana sini. Bila mak aku tegur elok-elok, dia tengking mak aku balik dia kata kalau tak suka cara dia buat kerja tak payah minta tolong dia lain kali and dia naik bilik dia hempas pintu sekuat alam. Ya Allah, nasib baik Allah bagi aku kesabaran time tu, kalau tak memang aku dah lempang dia sbb cakap dengan mak aku macam tu. Kalau adik bongsu aku (lelaki) ada lalu depan dia time dia tengah marah tu, dia cubit lah, tunjal kepala lah. Masa tu adik bongsu aku baru 5 6 tahun. Tak faham pape pun lagi. Tak faham kenapa kakak dia marah apa lagi sebab kenapa dia dihukum sedemikian. Sejak aku tahu dia buat adik bongsu aku macam tu, I never let him out of my sight or alone. Aku taknak adik bongsu aku terpengaruh dengan perangai dia. Aku stress bukan sebab apa, tapi sebab dia buat perangai macam tu kat mak aku. Aku stress takpe lagi, tapi mak aku mesti sedih anak yang dia lahirkan dan besarkan sanggup buat macam tu kat dia. Hati mak mana tak sayang anak. Macam mana marah pun, mak aku cakap berlembut jugak. Aku yang selalu hampir hilang sabar. Adik perempuan aku yang lagi sorang tu pulak sangat berdisiplin and garang tapi dia ni jenis jaga hal sendiri. Dia mmg tak masuk campur hal-hal lain melainkan kalau benda tu affect dia. Safe move tapi bagi aku tak patut sebab ni ahli keluarga kau. Sejak bila family matter is not your problem?
Kalau aku terbangun lambat masa cuti sem, aku masuk bilik dia and tengok dia dah bangun tapi dok menghadap laptop. Dah pukul 10 pagi, dia boleh menghadap laptop tu entah dari pukul berapa taktahu, entah tidur entah tak, tahan tak mandi and tak makan. Nak basuh kain atau tolong buat kerja rumah jangan dikenanglah. Aku kadang-kadang bosan dengan perangai dia tapi malas nak ruin hari aku dengan marah dia. Aku celik mata je dah sakit hati tgk perangai dia. Lagi sakit hati, kalau aku turun bawah siap masak semua, elok pulak dia berjalan turun makan ! Tak mandi lagi pulak tu, padahal dah nak tengahari. Eyyy menyirap bandung aku ! Apa dia ingat aku ni bibik dia? Sedangkan aku si tukang masak ni pun tak makan lagi. Itu aku, kalau dia buat kat mak aku? Ya Allah, sampainya hati dia. Masalahnya dia ni perempuan, kalau lelaki tu aku boleh lah tolerate sikit. Benda ni dah jadi banyak kali dah. Disebabkan aku terkenangkan mak aku yang dah tak berapa banyak kudrat, nak pulak dengan perangai adik aku yang menggoyang kaki, aku sadokan hati balik jugak. Aku doa sentiasa supaya Allah beri aku all the patience that I need to live with her.
Mak aku ada masalah lutut, jadi tak boleh angkat berat dan buat kerja berat. Sepatutnya kena buat operation tapi mak taknak. Aku selalu terfikirkan mak. Kalau nak balik uni mesti aku berat hati lagi-lagi kalau adik aku tu tak habis cuti lagi. Aku terbayang mak aku buat kerja rumah sorang-sorang padahal ada je anak lain. Aku jadi sedih mengenangkan perkara ni. Bila aku nak balik rumah dari uni pun stress sebab aku balik nak release stress and nak rehat sehari dua tapi bila tgk mak aku mengerah kudrat sengsorang, aku jadi tak sampai hati. Nak taknak aku tolong jugak sebab sayang mak. Pendek kata, aku memang sentiasa stress. Sampai lah satu hari, lutut aku sakit sangat. Bila pergi jumpa doctor, doctor kata aku ada arthritis. Doctor pun pelik, kenapa aku ada arthritis awal sangat. Hmm, sekarang baru aku tahu kenapa mak sakit lutut selalu, semua sebab terlalu banyak berkerja- di rumah dan di tempat kerja. Sebak hati aku.
Aku ada juga tegur adik aku tu elok-elok tapi dia selalu sentap tak bertempat. Aku cakap habis baik dah tu. Dia buat muka masam, hempas pintu bilik, berkurung berjam-jam, tak makan sekali dgn family. Lepas org dah tido, baru dia makan. Aku tahu sebab aku tak tido lagi. Aku stress. Aku taktahu nak buat apa. Aku cuma minta dia jangan buat perangai tak sopan dia tu dengan mak aku je. Sebab mak aku ni single mother. Bayangkan hardship single mother nak besarkan anak-anak single-handedly. Ingatkan anak dah besar, bolehlah nak tolong-tolong, sekali makin besar makin macam budak kecik. Semua nak kena uruskan untuk dia. Kalau tak masak, dia tak makan. Padahal boleh je dia at least goreng telur ke apa ke berbekalkan kudrat, tangan dan kaki yang Allah so generously gives her. Makan pula berselera macam buat kerja buruh. Tapi lepas tu mengular, menternak lemak. Takde energy output langsung. Dalam erti kata lain, dia ni menghabiskan beras je.
Laptop dia pulak on je sentiasa. Almost always plugged in. Tu belum cerita power bank, handphone dia lagi. Laptop habis battery, handphone pulak dia rembat. Habis battery phone, bedal powerbank. Powerbank habis, dia amik guna laptop balik. Then repeatlah benda ni everyday. Semua gadget dia ada anime. Adik aku adalah sebab major kenapa rumah aku takde wifi. Kalau ada wifi, aku rasa dia 24jam membatu depan laptop, tak makan tak minum tak mandi tak bercakap. Ya Allah. Takde wifi pun dah macam gini kemaruk kat anime. Allahu. Korang bayangkanlah sendiri. Aku rasa bil elektrik tu 50% tu memang sebab dia. Kalau dia balik bil mesti melambung. Mak aku cikgu biasa je, gaji tak besar mana, single mother lagi, adik beradik aku bukan berdua je tapi berempat, semua tgh belajar lagi pulak tu. Aku yang jadi susah hati tgk bil utility. Betapa bersalahnya dan berdosanya aku rasa kalau aku terbazir apa-apa masa duduk rumah, tak kiralah air ke elektrik ke makanan ke, sebab aku tahu tu semua hasil titik peluh mak aku.
Disebabkan aku tahu susah payahnya mak aku, aku belajar sungguh-sungguh until one day I got tired of doing/trying my best. I just wanted to rest. Tambah pulak perangai roommate aku yang selalu je nampak aku ni salah, tak kena. I lapsed into depression, lost 4 kg in 2 weeks. And lost another 2 kg in the next month. Didn’t really talk, eat or study. Belajar macam tuang air kat daun keladi, tak serap langsung. Aku tahu perkataan yang aku baca tapi aku tak dapat faham apa konteks teks yang aku baca. It made no sense. I made no sense. Depression made my life so much more miserable. Aku dah recover sekarang tapi kadang-kadang tu macam ada tanda-tanda nak relapse. Itu baru aku, mak aku? Dia pun ada depression sampai pergi psychiatrist dulu.
Banyak sangat yang mak aku korbankan untuk anak-anak. Buat personal loan untuk kami sambung belajar. Aku tak faham kenapa adik aku sanggup buat perangai macam ni sedangkan dia tahu je apa yang aku tahu ni. Aku minta para pembaca yang baik hati untuk mendoakan agar Allah mengampunkan dan beri hidayah, kekuatan dan keharmonian pada keluarga aku especially adik aku ni. Janganlah engkau menjadikan dosa-dosa kami yang lampau asbab kepada terhindarnya adikku ini dari hidayahMu, Ya Allah. Aku sangat memerlukan doa korang. Terima kasih semua.
– kak long
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit