Adik ooh adik – 6:38 PM

Adik ooh adik

Assalamualaikum admin, pertama sekali sy nak ucapkan terima kasih kalau admin approved. Saya nak kongsi dan minta pandangan semua tentang satu masalah saya.

Saya ialah mahasiswi disebuah institusi di luar semenanjung. Saya anak sulung dan ada seorang adik perempuan yg baru tamat SPM pada tahun lepas. Adik saya ni boleh dikatakan agak high-class, sukar mendengar kata dan sukar menerima nasihat. Ceritanya begini, memandangkan saya belajar jauh dari rumah, saya hanya dapat pulang ke rumah family dalam 2 kali setahun (waktu cuti semester panjang).

Saya ada habit suka membaca whatsapp adik saya (utk memantau pergaulannya). Saya amat terkejut dengan satu conversation antara adik saya dengan teman lelakinya, M (saya rasa itu boyfriend dia), mereka merupakan junior di sekolah menengah saya dulu. (tapi tak kenal sangat M sbb saya dah form 5 dan mereka baru masuk form 1). Saya dah lama perasan adik saya ni suka ketawa sorang-sorang sambil menghadap telefon bimbitnnya. Yang buat saya betul2 terkejut (dan takut) ialah conversation mereka berbaur lucah (atau di Barat digelar "sexting") Masa tu hanya Allah saja yg tahu apa perasaan saya. Perbualan mereka dah macam suami isteri (saya tak nak huraikan macam mana). Satu ayat daripada M minta adik saya hantar gambar *private part* dia. Masa tu saya rasa betul2 rasa nak nangis. Saya, sebagai seorang kakak yg busybody cuba selidik lagi. Jadi satu hari, bila adik saya keluar (mungkin jumpa dengan M), saya cari diary dia. Di situ saya dapat tahu adik saya memang dah tangkap lentok dengan M sehingga dia tak kisah bagi apa saja pada M. Patutlah baru-baru ini mak saya beritahu yang adik saya ada minta izin untuk ke Port Dickson bersama-sama kawannya, mujur Abah tak izinkan. Perasaan saya jangan cakap la. Nak nangis. Saya tak sangka, adik saya yg boleh dikatakan rajin solat dan baca Al-Quran ada fikiran macam tu. Saya cuma berdoa dia belum dan tidak akan sekali-kali melakukan perkara-perkara terkutuk bersama M (atau orang lain). Saya risau sama ada nak beritahu ibubapa. Maklumlah, ayah saya sudah berumur lanjut, ibu saya pula selalunya pulang lewat ke rumah dan selalu letih jadi saya tak mahu susahkan hati mereka dengan masalah ini.

Saya pula akan kembali ke kolej pada hujung bulan ini, bermakna tiada siapa akan menjaga adik saya. Jadi sepanjang saya berada dirumah saya cuba tembak dia dengan soalan2 random macam "kenapa girl sekarang suka hantar gambar pelik2 kat boyfriend eh?" dan saya nampak adik saya mula gelisah. Saya rasa dia tahu yang saya dah baca whatsapp dia.

Adakah saya bersalah sebab saya dah kacau privacy adik saya? Saya sayang adik saya dan family saya. Tolong, berikan saya idea bagaimana nak menasihati adik saya ni.

– #Sis Risau

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *