Adik Perempuan

Assalamualaikum.

Brother ini seorang lelaki yang sangat suka budak kecik lagi-lagi perempuan. Hal ini disebabkan brother telah dilahirkan dalam keluarga yang semuanya 7 lelaki. Bahkan nama brother pun seakan akan perempuan. Selalu jugalah kena ejek nama macam perempuan ini. Bukan brother sahaja. Abang abang brother pun nama macam perempuan tapi tak ketara sangat nama keperempuanan mereka.

Brother teringin nak adik perempuan sampailah sekarang mak ayah brother buat tak jadi jadi. Hahaha. Yang ini lawak….. Yang keluar asyik lelaki sahaja. Teringin juga nak bawa adik perempuan keluar jalan jalan teman dia shopping ke apa. Huhuhu

Kesian dengan mak brother sebab rumah sentiasa berselerak sebab adik beradik lelaki. Hahaha. Kita orang memang suka duduk dapur tolong mak masak. tapi tak suka mengemas. Kalau membebel memang tak rasa bingit pun rasa kesian dengan mak brother. Darah tinggi dia mesti spike lepas membebel. Kesian.

Awal tahun ini brother dapatlah anak buah perempuan. Bukan main sukanya brother lagi lagi mak brother. Dia memang nak sangat anak perempuan tak dapat cucu pun jadilah. Dapat pula anak buah comel sangat mata bulat. Bila brother balik brother akan dukung bawak lari anak buah brother pergi taman bagi makan aiskrim bagi makan pelik pelik sebab sayang sangat kat dia. Balik rumah kena marah dengan mak dia. Hahhaha. Dan selalu juga berebut dengan mak nak dukung anak buah ini bila dia bangun tidur. Sampai nangis dia. Memang Hari hari berebut kalau kat rumah.

Masalahnya anak buah brother ini takut dengan brother sebab perwatakan brother macam ganas suka picit pipi dia kuat kuat. Peluk dia tak bagi gerak sampai dia lemas. Kahkahkah. bukan apa sebab geram. Bukan dia sahaja takut anak anak kecik jiran sebelah rumah pun takut. Bila nampak brother kompom mereka menangis tapi brother just nak picit pipi diorang je. Kahkahkahkah.brother ini memang nampak ganas tapi brother suka budak budak kecik. Tapi diorang mesti lari kalau nampak brother walaupun brother offer aiskrim. Sedih. Hahaha.

Brother tak pedo ok. Hanya Teringin nak adik perempuan. Doakanlah brother. Dapat anak perempuan. Sorang pun jadilah yang tak takut dengan brother. Huhuhu

– BroGanas

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *